Tuesday, January 27, 2009

FESYEN!

Aku meminati bidang ini dan hampir 90% perempuan memang suka! Agaknya kalau dulu aku berusaha untuk mencapai impian aku, bidang inilah yang aku pilih. Sekarang bukan tidak minat lagi dan tidak mahu berusaha, tapi minat aku dalam bidang penulisan menyekat minat aku yang satu ini. Tahu sajalah, masa tidak mencukupi walau aku tahu masa bukanlah satu alasan! Alasan utamanya - MALAS! hehehehe..... Aku suka bidang fesyen ini kerana, dulu-dulu berangan, yalah masa kecik-kecik, nak jadi fashion designer! Nak jadi cantik dan buat orang lain pun jadi cantik!!
Aku banyak koleksi fesyen, tiap2 bulan beli majalah, tengok fesyen! Aku syorkan beli ler majalah, INTREND, DIVA, EH....sebab banyak tentang fesyen! Tips n tricks!
Aku postkan fesyen yang aku suka!
Aku suka kain yang Sarimah pakai ni, corak abstrak bunga ini nampak cantik dan lain daripada yang lain!
Material kain ini juga cantik sangat! Kalau lihat betul-betul, lengga yang dipakai tu nampak mewak dengan taburan bunga-bunga kecil. So sweet!

Baju ni aku suka, direka oleh Datuk Bernard Chandran. Kainnya nampak beralun, dan sesuai sangat untuk orang yang berpinggul dan paha besar macam aku! kui kui kui kui.....

Kenapa aku suka baju pengantin yang Sari Yanti pakai ni??? Sebab nampak cantik dan elegan! Sib baik aku dah kawen, kalau tak teringin aku nak tempah cam ni gak!!
Lihatlah betapa cantik material dan potongan kain ni, nampak mewah dan sofiskated! Simple tapi menawan! Hai.....bila ler aku nak kurus??? Teringain nak pakai macam ni! Agaknya sebab tu ler aku tak kurus yek....Allah nak aku tutup aurat!

3 comments:

uncle_dean said...

hari tu kan aku ada jumpa Sari Yanti kt Sunway Pyramid......gilak ko....memang comel minah tu.....nasib la dah kawin....heheheh

Rina Farizq said...

ko ni semua comel tapi suma terlepas dr tangan ko....cari jerk ler yg kureng comel.....tapi yg penting baik hati!

uncle_dean said...

aku biasa la.....
semua mesti comel2....heheheh