Tuesday, February 3, 2009

FEBRUARI BULAN CINTA?

Mestikah melahirkan kasih sayang pada bulan 14hb Februari saja?
Seperti yang kita tahu, 14hb Februari merupakan Hari Kekasih (Valentine Day) namun sebagai umat Islam kita tidak boleh meraikannya kerana ia bukan amalan agama kita. Islam tidak meniru dan tidak akan mengikut amalan @ budaya lain. Hal ini telah lama dimaklumkan dan setiap tahun kita dapat lihat di dada-dada akhbar, fatwa tentang amalan ini. Namun segelintir orang yang beragama Islam masih meraikannya malah secara terang-terangan dan besar-besaran.
Aku setuju, kita tidak harus meraikan hari tersebut kerana ianya bertentangan dengan ajaran Islam. Lagipula hari kekasih ini harus menjadi setiap hari dan bukannya pada hari tertentu saja. Oleh itu kita tidak perlu mengikut adat & budaya asing yang memilih 14hb Februari sebagai hari memperingati kekasih. Kerana kasih sayang itu bukan untuk satu hari saja tetapi ianya berlanjutan selagi nyawa dikandung badan.
Tetapi mahu salahkan siapa, diri sendiri yang kurang pengetahuan @ kedegilan diri yang mahu kelihatan moden dan tak mahu ketinggalan zaman. Hendak pula hari kekasih ini disambut secara besar-besaran di sini, kita boleh lihat dikedai-kedai cenderahati menawarkan pelbagai barangan yang cantik-cantik untuk diberikan kepada tersayang malah kedai bunga pun makin giat melambakkan mawar merah yang dikatakan lambang cinta. Begitu juga rangkaian tv di Malaysia yang mempersembahkan filem dan drama cinta sempena sambutan ini. Semua pihak mahu mengaut keuntungan sempena bulan cinta ini.
Bak kata orang zaman sekarang, kubur masing-masing jadi kau peduli apa?! Huhuhu...betul tu kubur masing-masing, dosa sendiri tanggung so nak kata apa tapi kerana kubur masing-masinglah kita sesama agama ni mahu mengingkatkan. Agama kita kan indah dan penuh kasih sayang, kerana itu umatnya saling ingat-mengingati dan mengambil berat.
Jadi renung-renungkanlah dan selamat beramal!
**** aku dah tak sambut sejak aku mengetahuinya pada 1997!

No comments: