Alhamdullilah....naskah AKUKAH JUWITA telah siap dan telah dihantar kepada penerbit.
Memang kebelakangan ini begitu sibuk dengan kerja pejabat, di malam hari dengan manuskrip
yang sudah tertangguh sebulan. Sepatutnya dihantar kepada penerbit awal bulan Januari 2011.
Nampaknya tak sempatlah nak dikeluarkan sebelum pesta buku 2011......tak apalah yang penting
akan diterbitkan tak lama lagi. Kepada rakan-rakan dan pembaca yang masih menyokong diri ini
jangan lupa dapatkan novel AKUKAH JUWITA yang bakal diterbitkan oleh pihak KAKI NOVEL.
Kepada yang ingin membacanya secara online bolehlah layari PENULISAN2U.COM.
Tetapi separuh cerita sajalah, mahu tahu selanjutnya dapatkan novel yang akan dikeluarkan....
Ok guys, love u all dan jangan lupa dapatkan novel tersebut itu nanti. Apa pun akan aku update
bila dah berada di pasaran.
Muah, muah, muah! Adios!
Strawberry Butterfly
Thursday, February 10, 2011
Sunday, December 19, 2010
MAJLIS MALAM MESRA FELDA DELIMA OIL PRODUCT
Majlis malam mesra (tempat hubby kerja) diadakan pada 18hb Disember 2010, Hotel New York Johor Bahru. Yang 'best'nya majlis ini setiap orang dapat 'door gifts' (husband & wife) beg duit BONIA dan sekotak chocolate. Terdapat juga lukisan inai di tangan, lukisan 'air brush' dan karikatur.
Pengacara majlis, Linda Onn.
Linda Onn tengah cari Jamal Abdillah Felda.
Penghibur tanah air yang menyerikan majlis,
Jamal Abdillah. Bila dia menyanyi saja bulu
roma tegak berdiri, lunak dan sedap sangat
suaranya. Terpegun lihat dia menyanyi. Malam
tu dia menyampaikan 6 lagu. Tapi lagu paling
'best', Azura dan Seroja.
Aku san sepupuku....saja nak tunjuk inai kat tangan yang
baru saja dilukis.
Inilah 'door gift' nya, siap dengan 'box of chocolate'Pengacara majlis, Linda Onn.
Linda Onn tengah cari Jamal Abdillah Felda.
Penghibur tanah air yang menyerikan majlis,
Jamal Abdillah. Bila dia menyanyi saja bulu
roma tegak berdiri, lunak dan sedap sangat
suaranya. Terpegun lihat dia menyanyi. Malam
tu dia menyampaikan 6 lagu. Tapi lagu paling
'best', Azura dan Seroja.
Label:
Dinner
| Reaksi: |
Monday, November 1, 2010
POTRET JIWA : CINTA dari Rina Farizq
Cinta akan hadir bila tiba saatnya,
Cinta akan pergi bila kita terleka,
Cinta akan setia bila kita menjaganya,
Cinta akan lebih bahagia bila kita sentiasa mengingatiNYA.
Cinta tak perlukan alasan,
Kerana cinta bukan untuk dipenuhi,
Tidak juga untuk melengkapi diri yang sentiasa terpalit dengan kekurangan.
Bila hati terasa ADA CINTA,
Bila jiwa tersedar AKUKAH JUWITA,
Ketika itulah kita akan fahami,
Cinta bukan sekadar cerita,
Cinta bukan sekadar lagu,
Tidak juga sekadar tarian hidup tetapi cinta bagaikan diri kita ketika bersujud padaNYA.........
Cinta akan pergi bila kita terleka,
Cinta akan setia bila kita menjaganya,
Cinta akan lebih bahagia bila kita sentiasa mengingatiNYA.
Cinta tak perlukan alasan,
Kerana cinta bukan untuk dipenuhi,
Tidak juga untuk melengkapi diri yang sentiasa terpalit dengan kekurangan.
Bila hati terasa ADA CINTA,
Bila jiwa tersedar AKUKAH JUWITA,
Ketika itulah kita akan fahami,
Cinta bukan sekadar cerita,
Cinta bukan sekadar lagu,
Tidak juga sekadar tarian hidup tetapi cinta bagaikan diri kita ketika bersujud padaNYA.........
Label:
POTRET JIWA
| Reaksi: |
Thursday, October 7, 2010
MOMEN INDAH!
Momen indah jarang-jarang berulang.
Mungkin ianya berlaku hanya sekali dalam hidup kita.
Ada momen yang dapat kita rakamkan, ada juga yang tidak.
Namun yang tidak dapat dirakam tak semestinya lupus dari ingatan.
Yang indah akan kekal indah dalam ingatan.
Momen indah itu amat dihargai kerana momen itu sesuatu
yang indah dan istimewa yang tak mungkin dapat dilupakan!
Antara momen indah yang dilalui dan dihayati bersama ;
Perjumpaan keluarga mak atok (sebelah abah)
di Serom, Muar raya ke 2. Ni baru keluarga Aishah (mak atok)
belum lagi adik-beradiknya yang seramai 8 orang.
Keluargaku di pagi raya......
Murfiqah Batriysia, 13/02/10 : Anak saudaraku yang comel sekali!
Dan di bawah ini antara momen indah anak-anakku......
Aqil yang tak reti duduk diam, ada saja tingkahnya yang mencuit hati!
Tatkala dia tersenyum, dunia ini bagaikan terhenti berputar!
Kan, ayat novel aku dah kuar!
Bahagianya melihat tawanya yang riang itu!
Saat dia melihat kita dengan pandangan yang polos,
kita tahu dia juga menyayangi diri kita!
Suka terselit dan menyelitkan diri dengan abangnya!
Si Fiqah bila berada di pangkuan Papa Mamatnya....dan
Rizq ambil peluang untuk menyibuk sama......
Inilah yang membuatkan aku ingin terus hidup,
melayari kehidupan bersama 3 lelaki yang aku
kasihi, sayangi dan cintai.
Tanpa mereka, mampukah aku jalani hidup ini dengan rasa bahagia.
Label:
MOMEN INDAH
| Reaksi: |
Wednesday, July 28, 2010
Terokai AKUKAH JUWITA di PENULISAN2U
AKUKAH JUWITA dengan menggunakan nama pena SWEET BUTTERFLY (untuk di Penulisan2u sahaja) yang kini sedang dipaparkan di
Andai punya waktu dan kesempatan,
silalah baca dan semoga terhibur kerana wadah
bacaan kali ini lebih santai.
Maklum saja ramai pembaca yang mahukan bacaan yang
tidak begitu berat dan ada genre romantik serta sedikit sentuhan "sengal".
Akukah Juwita, sangat istimewa kerana ada
beberapa bab yang sememangnya
cerita benar (cerita yang dikumpulkan drpd teman baik).
Mahukan cerita lebih lanjut.......
akan aku review lagi nanti
sementara itu
bacalah di PENULISAN2U.
Chaiyokk!!!!
Label:
AKUKAH KUWITA
| Reaksi: |
Friday, March 19, 2010
SAMBUTAN CHINEESE NEW YEAR 2010
Usually sport club akan buat sambutan untuk setiap festival so yg terbaru adalah perayaan GONG XI FA CAI! Walaupun agak lambat sambutannya, 17/03/2010 tetapi tetap meriah dan gempak dengan tema MERAH menyala! Well, we all memang sporting ikut jerk tema untuk meriahkan suasana.....
Label:
SPORT CLUB EVENT
| Reaksi: |
Sunday, March 7, 2010
BEST DRESS - WEEDING GOWN
Diaorang ni bukanlah kawan aku, malah aku pun tak kenal diaorang nie tapi dari e-mel yg aku terima dari seorang kawan, diaorang ni anak (pengantin perempuan) kepada Pengarah Raja Azmi. Anyway, kenapa aku post dalam blog aku gambar kahwin diaorang nie? Sebabnya aku tertarik dan suka dengan gaun yang dipakai oleh pengantin perempuan. Simple and catchy! So aku post untuk tatapan dan dikongsi dengan kalian semua....maaf ler kepada pengantin kerana post di blog ku ini tanpa pengetahuan dan keizinan, jangan saman ya......Ok, berbalik pada gaun pengantin. Jarang sekali dapat lihat gaun yang moden, ringkas dan bergaya seperti ini. Meskipun tersangat ringkas tetapi bunga pelbagai warna yang terang berjaya menarik pandangan. Malay potongan gaun juga elegan! Amboi aku ni, sejak bila pulak jadi pengkritik ek? Tapi aku tak kisah, yang aku kisah gaun ni lawa, nasib baik aku dah kahwin kalau tak teringin gak nak wat gaun macam ni, huhuhu!
Label:
FASHION
| Reaksi: |
Subscribe to:
Posts (Atom)




