Tuesday, January 27, 2009

PROMOTE : CITA TAIWAN "MISS NO GOOD"

Aku nak promote cita ni sebab aku dah tengok, memang best!!! Cita ni buat kita release tension sebab tak payah nak fikir. Nak kata tak logik, biasalah cita-cita begini memang banyak tak logiknya tapi kelakar! So, saksikanlah cita ni yang akan mula ditayangkan di 8TV, 29hb Januari 2009, jam 8.30 ~ 9.30 malam setiap hari Isnin ~ Jumaat! Cerita ini dibintangi oleh Rainie Yang, hmmmm sebelum ini dia berlakon cita DEVIL BESIDE YOU & WILD WILD LOVE bersama pelakon yang aku minati iaitu MIKE HE.... Tapi kali ini dia bergandingan dengan pelakon yang aku kurenggggg minat ler.....Wilber Pan, mungkin kerana tak ensem dan wataknya dalam cerita ini kurang menyerlah. Biasa-biasa saja! Apa pun aku suka dengan lakonan Rainie Yang kali ini walaupun mak aku kata, "menyampah aku tengok pompuan bodoh ni!". Hahahahaha, memang pun watak dia dalam cita ni bodoh-bodoh! Apalah mak aku ni, tapi menyampah-menyampah pun, mak aku tengok jugak!!

So, jangan lupa tengok dan ikuti cita ni ya! Tak rugi tengok walaupun pelakon lelakinya kureeengggg ensem!

No comments: