Tuesday, January 27, 2009

FESYEN!

Aku meminati bidang ini dan hampir 90% perempuan memang suka! Agaknya kalau dulu aku berusaha untuk mencapai impian aku, bidang inilah yang aku pilih. Sekarang bukan tidak minat lagi dan tidak mahu berusaha, tapi minat aku dalam bidang penulisan menyekat minat aku yang satu ini. Tahu sajalah, masa tidak mencukupi walau aku tahu masa bukanlah satu alasan! Alasan utamanya - MALAS! hehehehe..... Aku suka bidang fesyen ini kerana, dulu-dulu berangan, yalah masa kecik-kecik, nak jadi fashion designer! Nak jadi cantik dan buat orang lain pun jadi cantik!!
Aku banyak koleksi fesyen, tiap2 bulan beli majalah, tengok fesyen! Aku syorkan beli ler majalah, INTREND, DIVA, EH....sebab banyak tentang fesyen! Tips n tricks!
Aku postkan fesyen yang aku suka!
Aku suka kain yang Sarimah pakai ni, corak abstrak bunga ini nampak cantik dan lain daripada yang lain!
Material kain ini juga cantik sangat! Kalau lihat betul-betul, lengga yang dipakai tu nampak mewak dengan taburan bunga-bunga kecil. So sweet!

Baju ni aku suka, direka oleh Datuk Bernard Chandran. Kainnya nampak beralun, dan sesuai sangat untuk orang yang berpinggul dan paha besar macam aku! kui kui kui kui.....

Kenapa aku suka baju pengantin yang Sari Yanti pakai ni??? Sebab nampak cantik dan elegan! Sib baik aku dah kawen, kalau tak teringin aku nak tempah cam ni gak!!
Lihatlah betapa cantik material dan potongan kain ni, nampak mewah dan sofiskated! Simple tapi menawan! Hai.....bila ler aku nak kurus??? Teringain nak pakai macam ni! Agaknya sebab tu ler aku tak kurus yek....Allah nak aku tutup aurat!

PROMOTE : CITA TAIWAN "MISS NO GOOD"

Aku nak promote cita ni sebab aku dah tengok, memang best!!! Cita ni buat kita release tension sebab tak payah nak fikir. Nak kata tak logik, biasalah cita-cita begini memang banyak tak logiknya tapi kelakar! So, saksikanlah cita ni yang akan mula ditayangkan di 8TV, 29hb Januari 2009, jam 8.30 ~ 9.30 malam setiap hari Isnin ~ Jumaat! Cerita ini dibintangi oleh Rainie Yang, hmmmm sebelum ini dia berlakon cita DEVIL BESIDE YOU & WILD WILD LOVE bersama pelakon yang aku minati iaitu MIKE HE.... Tapi kali ini dia bergandingan dengan pelakon yang aku kurenggggg minat ler.....Wilber Pan, mungkin kerana tak ensem dan wataknya dalam cerita ini kurang menyerlah. Biasa-biasa saja! Apa pun aku suka dengan lakonan Rainie Yang kali ini walaupun mak aku kata, "menyampah aku tengok pompuan bodoh ni!". Hahahahaha, memang pun watak dia dalam cita ni bodoh-bodoh! Apalah mak aku ni, tapi menyampah-menyampah pun, mak aku tengok jugak!!

So, jangan lupa tengok dan ikuti cita ni ya! Tak rugi tengok walaupun pelakon lelakinya kureeengggg ensem!

buat FACEBOOK lah pulak!!!

Aku tak tahulah nak komen apa, zaman sekarang ni macam-macam ada. Maklumlah dunia dah berubah, dah semakin maju.....aku pun terjebak sama, mula-mula blog pastu facebook pulak! Mulanya aku malas nak buat facebook tu tapi oleh kerana kawan aku ada facebook dan syarat untuk aku lihat facebooknya, aku kena ada account juga. Alih-alih aku pun ada facebook. Sapa-sapa nak tengok facebook aku, silalah.....masih gunakan nama RINA fARIZQ. Jangan cari guna nama asal aku, setahun pun tak jumpa nanti!! Sapa-sapa yang ada facebook tu, jangan lupa add aku as a friend ya..........
sekadar gambar hiasan...tapi cute kan?? teringat kawan aku "LASIAH", kitaorg suka ngan gambar ni....ada sesuatu yg menyatukan hati kitaorg bila lihat gambo ni..."betul tak kak as?".....

Thursday, January 22, 2009

Aku di-TAG oleh Myzar

Wah, susah nie nak send to 10 people...bukan susah nak cari 10 orang, tapi 10 orang yang aku kenal dan sayang serta tak mahu kehilangan mereka, ada yang tak ada blog!! Itu masalahnyer.....huhuhuhu..... anyway, aku hantar jer walaupun mungkin tak sampai 10 orang kut???



1. Syima Syawal
2. Puteri Ezza
3. Dewi Sukma
4. John Norafizan
5. Lasiah Salleh
6. Blueberry


huhuhu baru 6 orang???? aduh...4 orang lagi??? aku nak masukkan kawan baik aku tapi dia orang tak ada blog ler plak......tapi mungkin suatu hari nanti dia orang buat blog kot? Kira advance ler ni.....

1. Zanariah Omar
2. Zety Akma
3. Azuddin
4. Mohd Fardusi

Wednesday, January 21, 2009

Sukaneka wanita Hydro (tempat kerjaku) kembali lagi!!!

Sukaneka wanita Hydro akan kembali lagi pada bulan Februari depan. Sepatutnya ia diadakan pada tahun lepas tetapi oleh kerana urusetia cuti bersalin, maka tertangguhlah hingga ke hari ini. Bagaimanapun kami akan berkumpul pada 15 Februari 2009 kalau tiada perubahan.

Macam tahun sebelumnya, 2007, kami seronok sangat biarpun tidak ramai yang hadir atas sebab masalah keluarga dan sebagainya. Namun 15 orang wanita sahaja sudah cukup menggegarkan Tanjong Puteri Resort! Gempak dan happening! Ada tu yg mata bengkak pun turun padang dan dinobatkan sebagai peserta yang PALING SPORTING!

LET'S CHECK OUT picture yang aku post ni:

Registration seawal jam 8.00 pagi, tengoklah siap dukung anak lagi...
Inilah dia wanita aluminium.....
dari kiri bahagian belakang : Zarul, Zeti, Linda, Thila, Sarina, Nazlina, Salmiah, Suharah, Siti Zaharah & Raziah
dari kiri bahagian depan : Aku, Norfalilah, Zieha, Norazlina & Cheah

Kemudian kami di bahagian kepada 3 kumpulan....

Gold team : Tempat pertama

Pink Team : Tempat kedua

Blue Team : Tempat ketiga


Sukaneka dimulakan dengan game :
1. Kiss (bawa bola letak di dahi)
2. Flying bomb (lontar belon air jgn smpi pecah)
3. Animal Sound (ni yg paling best : setiap kumpulan kena buat animal sound (ibu) memanggil anaknya yang ditutupi mata dgn kain untuk mencari ibunya)
4. Combat (ni yg mencabar, kena lari, masuk bawah jaring mcm askar, lobat tong, lari dlm guni...penatnyer)
5. Speetboat (ni yg best, kena racing siapa sampai dulu)
6. Wet & Wild (ni kena menyelam, cari harta karun! hehehehe bukan, cari abjad untuk dijadikan ayat "WE ARE HYDRO IRON LADY"
Jom tengok sedutan dari game yg kami lakukan:-
ini team aku : Pink Team
mereka tengah mencari aku, dan aku pulak terjerit-jerit bunyi itik panggil mereka. Sakit tekak aku, nasib baik menang!

tulah dia, aku berjaya mengumpulkan anak-anakku! Quek, Quek Quek!!
Kami berehat sebelum memulakan speedboat, kena racing woooo!


Yang ni plak memasing dah bersedia nak terjun cari putera duyung!

Tengah gelak sebab ada orang main ngelat.
Aku masih kat belakang dengan guni yang melekat di kaki.

Hai, kena jadi askar ler plak...aku terpaksa mengesot!


Ini Pink Team punya : aku tgh menyelam cari abjad!


Aku dah bersedia nak ber-racing, ingat nak buat aksi drift!!


Aku tengah tolong kawan... tapi masa tu aku tak sedar yg handphone aku dlm seluar, hasilnya phone aku terkubur dlm kotak cantik di rumah!! huhuhuhu......

Makan tengahari : Nasi ayam, nyum nyum nyum, best ooooooo....

Hadiah untuk para pemenang, eh, yang kalah pun dapat jugak ler......
Dalam pukul 1.00 tgh, selesailah sukaneka.....masing-masing pulang dengan gembira campur penat. Maklumlah kami semua lama tak servis otot, ada yang dah berkarat pun hahahahha... yang pasti aku tidak sabar untuk tunggu sukaneka kali ini, hai, macam manalah nanti.......

Ini FLYING BOMB

ini KISS.....

OK....NANTI GAMBAR SUKANEKA YG AKU AKAN SERTAI BULAN DEPAN AKU AKAN POST! TUNGGUUUUUUUU!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Aku di-TAG oleh Syima Syawal !!

Inilah soalan yang harusssss ku jawab!!


Do you think you are hot?
Hot? Tak adalah, tapi aku suka sangat makn ayam FKC, Hot & Spicy (sebab tu aku montel).

Upload your favorite’s picture of you.


Why do you like that picture? Sebab masa ni aku kurus, hahahaha, masa tu bercuti di A'Famosa, Malaka.


When was the last time you ate pizza?
03 Januari 2009, pizza Domino. Nyum, nyum nyum, sedap! Ini memang favorite aku, telefon saja tak sampai 40 minit dah sampai umah.

The last song you listened to?
Matahariku, Agnes Monica.

What are you doing right now besides this?
Dengar lagu.

What name would you prefer besides this?
1. Puteri Ezza
2. Myzar
3. Lasiah Salleh tapi dia ni dah lama bebenor tak update blog!
4. Baru aku sedar yang kawan2 aku ramai yg tak ada blog.
5. Aku nak letak nama Syima, DS & John tapi dia org pun dah kena tag ni…..

Who is no. 1?
Kenalan yang comel dan aktif dengan politik!

No. 3 is having relationship with?
Hmmmmm…

Say something about no. 5.
Dia org suma orang yang manis2 belaka, tak rugi dibuat kawan.

Who is no. 2?
Punya minat macam aku…suka tgk cita orang mata sepet…hahahahaha.

Hahaha, selesai sudah tanggungjawabku! Tima kacih kak Syima kerana menge-TAG aku....itu tandanya aku dalam ingatannya!

Monday, January 5, 2009

PROMOSI BUKU TEMAN !!

Aku nak buat promosi untuk temanku ini....... Kami sama-sama cari pembaca di kalangan kawan-kawan dan pembaca blog masing-masing.


Penulis : Syima Sawal @ Dania Safyana
Tajuk : Petai Oh Petai & Ingin kugapai Cintamu
Jangan keliru, Syima Sawal @ Dania Safyana adalah orang yang sama. Dia menggunakan 2 nama pena untuk membezakan identitinya. Syima Sawal telah sinonim untuk novel awal remaja dan penggunaan nama Dania Safyana yang lebih komersial ini untuk novel dewasa.
Petai Oh Petai, merupakan novel awal remajanya yang ketujuh bersama KarnaDya. Dan beliau juga telah menghasilkan novel dewasa sulungnya iaitu Ingin kugapai Cintamu di bawah penerbitan Utusan - Tintarona.
Dapatkan di pasaran tak lama lagi, rugi tak dapatkannya!!
Moga temanku ini suksesssssss......selalu! Chaiyoo !!

TAHUN BARU 2009 !!!

Selamat tahun baru!!!!

Umur pun dah tambah lagi 1 angka, tapi apa ada hal ianya sekadar nombor yang akan meningkat dari masa ke semasa. Yang penting kita gembira dan bahagia, jiwa muda, hati remaja tapi pemikiran matang sejajar dengan peredaran masa!

Semoga tahun ini lebih baik dan manis dari tahun yang lepas-lepas biarpun kita tahu yang tahun ini ekonomi berkocak dan tak menentu hingga tahun 2010. Apa pun kita mesti teruskan hidup dan lakukan segalanya dengan terbaik!

Tinggalkan segala keburukan, jadikan hari ini lebih baik dari semalam. Jangan bersedih atas kegagalan atau keperitan yang kita lalui, kerana ia pemangkin untuk kita berdiri kuat untuk hari esok dan seterusnya.....

Renung-renungkanlah dan selamat beramal! Ewah, macam pernah ku dengar tapi di mana ya? Hahahahaha......