Tuesday, May 26, 2009

NAFIS NAUFAL BIN ROSDIN

Tahun nie bertambah anak sedara sebelah laki aku...Nafis merupakan anak saudara ke-15...
Dah ramai dah anak saudara. Namanya Nafis Naufal (2 bulan), anak kelima dan merupakan satu-satunya anak lelaki. Kira termakbul hajat Abg Din dan Kak Ija nak dapat anak lelaki. Empat anaknya perempuan.....
Nafis Naufal tak banyak kerenah, senang nak jaga dia..diam jerk
nangis bila nak susu......
Hubby aku nie memang suka baby, kebanyakan anak saudara
dia yang jaga....tak kekok dan sangat rajin jaga baby....

Mak Mertuaku dengan cucu-cucunya...
Nafis merupakan cucu lelaki ke-4 yang lain semua cucu perempuan.

Comel! Tapi suka berkerut...Nafis, Nafis.......


MELAKA!

Walaupun dah berkali-kali ke Bandar Bersejarah ini, tapi aku rasa inilah tempat yang paling tak bosan...terlalu banyak tempat nak berjalan, kira letih ler kalau jalan-jalan.
Kali nie tak banyak tempat sangat aku berjalan kerana malas, selebihnya aku duduk jer kat hotel. Dah sampai Melaka aku singgah rumah abang ipar aku, nak tengok baby!
Masjid baru di Selat Melaka.


Rizq berposing terkangkang!

Yang nie atas katil lak...sebenarnya banyak gambo dia
berposing tapi tak larat aku nak post semua...
Dengan papa dia....
Tengah cuba cheese cake buatan Hotel Equatorial ni.
Sedap.......harga pun berpatutan.

Memang faberet kitaorang...cheese cake!

Suasana malam di sekitar Bandar Hilir, Hotel Equatorial yang
aku duduk nie terletak bersebelahan dengan
Dataran Pahlawan Melaka Megamall...Shoping complex baru...
kalau tak dulu asyik ke Mahkota Prade je.....senang sikit nak
jln sebelah hotel jer...
Malam tu kitaorang naik beca lepas makan malam di sebuah
restoran seafood yang terletak di tenagh bandar Hilir nie,
sebelah restoran nie ada River Cruise...best pemandangannya....
tepi sungai......

Aku sempat berposing sebelum balik!
Inilah bilik hotel kami.....


Hotel nie cantik but quite expensive ler......mungkin kerana kedudukannya
di tengah Bandar Hilir...tapi sesuai untuk orang yang nak me-round sekitar
Bandar Hilir, boleh jalan kaki atau naik beca..... Inilah hotelnya....
Aku tak tahu apa tempat nie cuma aku kagum dengan rekaan
bangunananya...Menara Taming Sari terletak di tengah
Bandar Hilir.
Suasana di Bandar Hilir, banyak beca di sini. Ada juga ular
sawa di sini tapi sehingga ke hari ini aku tak berani nak
dekat dengan ular-ular tu...geli!

Inilah percutian yang singkat tapi gembira ler kerana terlepas dari
beban tugas!

Eye On Melaka.....

BIRTHDAY!

Bulan April yang lepas merupakan bulan istimewa kerana bulan kelahiran anak dan emakku.
Anakku yang tahun ini berusia 7 tahun pada 1 April dan emakku, 49 tahun pada 19 April. Kami menyambut secara sederhana, cuma anakku saja yang beruntung dapat sambut 4 kali.

Kali pertama sambutan dibuat bersama keluarga kami saja, aku, suami dan anak. Makan aiskrim di Baskin Robin sehari sebelum hari jadinya iaitu pada 31 April.

Kali kedua, bersama ibu mertua dan adik iparku. Makan seafood di Senibong....nyum nyum nyum...sedap...chili crab, siakap steam, siput gongoong? entah apa namanya aku tak sure....
Kali ketiga bersama keluarga sebelah aku, buat dirumah, beli kek..... happy Rizq dapat tiup kek!
Dan kali keempat menumpang dengan neneknya pada 19 April....padahal hari tu sambut hari jadi nenek tapi dia pun nak sekali.....
Jom tengok gambo.....
Kek harijadi yang Rizq pilih, dipersetujui oleh mama dan papanya...


Masa ni sehari sebelum hari jadinya....sambut bertiga je....
Haaa....beli yang besar aiskrim tu......campur 3 perisa!

Bersama ibu mertuaku...adik iapr yang snap gambar nie.....

Tengoklah tu, dah tak sabo nak tiup lilin tengah baca doa
pun sempat menjeling pada kek. Macam biasa...atok baca doa
dulu untuk cucu tersayang.
Doa kesyukuran dan semoga selamat sejahtera.

Happy, kitaorang tengah nyanyikan untuk dia, semyum simpul!
Malu konon!

Bersama kek impiannya...kalo bole nak lagi besar tapi aku
tak kuasa nak beli, bukan apa membazir, nanti tak termakan!

Potong kek!
Dengan papanya....

Dengan neneknya... Nek Mas!
Dengan atok, dia memang manja dengan atok, sikit2
atok, kalo ada atok, nak gi bilik air atok teman, mandi
pun dengan atok......
Masa nie di rumah Pontian....nak sambut birthday mak ler nie....
Sempat Rizq layan PSP nyer tu!
Aku tak tau nak belikan mak apa...last2 decide bagi duit jer..
terpulang ler dia nak beli apa....kami sambut makan KFC,
ikan sembilang asam pedas, sotong kicap, sayur lemak semuanya
beli aje di kedai kat Tepi Laut Pontian....anak dia rajin sangat
nak masak kat kedai.....
Semoga Rizq Hakim dan emak, Masnah Arpan berbahagia
selalu, sihat walafiat dan dirahmati Allah.......
I love u!!!!! Rizq & Mak!

Tuesday, May 19, 2009

ARTIS KITA!

Tahniah untuk pasangan ini! Setelah lama menjalin hubungan, akhirnya terikat satu tali perhubungan yang lebih bermakna...... tetapi bukan tentang mereka yang ingin aku ceritakan tetapi tentang pengapit PENGANTIN perempuannya...mari kita lihat siapa orangnya.....




Inilah dia pengapit pengantin perempuan yang aku maksudkan,
Nur Fazura Sharifuddin.
KENAPA DAN MENGAPA?
Apa yang sebenarnya aku nak sampaikan, aku suka pelakon cantik manis ini.
Seperti yang kita tahu tentang kehiduapannya, biarpun agak sosial tetapi dia
antara artis kita yang bukan plastik! Tak macam sesetengah artis yang bertopengkan
kesopanan dan kesantunan yang dibuat-buat di hadapan peminat sedangkan
hakikatnya......Allah saja yang tahu.
Fazura merupakan artis yang telus, kita boleh nampak dia tidak berpura-pura,
pendek kata tidak hiporkit. Berani mengaku kesalahan diri dan lakonannya yang
bersahaja membuatkan kita tak rasa bosan. Dia tidak tergedik-gedik macam sesetengah
artis. Dia bersahaja dan senyumannya juga ikhlas lagi manis!
Artis Malaysia yang plastik dan tergedik-gedik patut bersikap lebih realistik
kerana orang Malaysia bukan bodoh tidak nampak lakonan mereka di hadapan peminat.
Chaiyoo FAZURA !!!

EARY & NELLY

Sebenarnya aku lupa nak post gambo adik aku nie....kawin last year 08/08! Last year aku cuma post gambo dia nikah di Kelantan jerk....Kali ni aku post gambo semasa di Johor, bahagian aku.

Adik aku yg lelaki, nama pelik sikit macam nama planet!
Muhammad Mustari Bin Mustapah dan pasangannya Naili Siham







Pelamin, bertemakan warna UNGU.....

Begitu juga dengan meja makan berdamai.....




Pengantin bersama abah dan mak ku,
Mustapah Supian & Masnah Arpan


Acara potong kek, kek di sponsor oleh aku...hehehehe

Pengantin bersama keluarga kedua belah pihak.
Keluarga perempuan datang dari jauh, Kelantan.
Datang naik bas, balik tu dia orang nak ronda Ayer Hitam?

Tukar baju!

Semoga mereka bahagia hingga ke akhir hayat, sekarang tengah
menanti saja rezeki dari Allah untuk dikurniakan cahaya mata,
InsyaAllah akan dimakbulkan!