Thursday, December 3, 2009

SEBELUM & SEMASA .....

My best friend - Zana, selalu mintak gambo aku semasa sedang mengandung, nak tengok macam mana rupa aku masa mengandung. Masalahnya, masa mengandung aku memang tak suka ambil gambar kerana terasa diri terlalu kembang. Tak kiralah, badan ke, muka ke, hidung ke, semuanya mengembang dengan sihatnya...... Bila aku tengok gambo masa mengandung memang rasa tak best sangat, nak2 bila aku bandingkan dengan gambo sebelum mengandung....Sebelum mengandung tu adalah cun sikit (hahahahaa-perasan!) tapi masa mengandung nie...huh, hampeh!
Cuba tengok gambo sebelum dan semasa aku mengandung!

Sebelum mengandung, memang suka melaram, suka pakai baju hitam, suka bermekap!
Gambar candid!

Slim sikit kan bila pakai baju hitam?
Huhuhu.....

Tengok, masih maintain dengan makeup.....

Peace no war!

Hitam lagi? Hehehehe....
Itu semua sebelum mengandung....

Yang bawah ni pulak semasa mengandung....
Hancusssss!

Tengoklah betapa bulat dan kembangnya muka, jangan
kata nak melaram, nak pakai lipstik pun malas, sudahnya
lipstik aku jimat selama 9 bulan.....

Walaupun mengandung sempat lagi 'peace'!
Dah jadi kebiasaan, anak aku pun sama.....
Besarkan perut aku, budak2 tempat kerja kata "besarnya
perut...macam kembar!"

nie...ibu mengandung eh.....yang baju pink bukan,,,, masih suci
dan dara...hehehehe......yang sebelah aku tu pulak dah bersalin
pun, anak lelaki....... aku?
sedang menunggu hari, tunggu detik bersejarah...........


Wednesday, November 25, 2009

BUKIT GAMBANG RESORT CITY, KUANTAN PAHANG. (21 & 22/11/09)

Tahun ni company hubby aku buat majlis makan malam keluarga di Bukit Gambang Resort City, Kuantan Pahang. Perjalanan hampir 5 jam daripada Pasir Gudang, kira-kira jam 12.30 tgh kami sampai. Tempat tu kira ok lah lagipun tempat tu baru 6 bulan beroperasi dan banyak lagi projek yg sedang dijalankan di sana. Rate untuk bilik quite ok lah, rasanya berpatutan dengan keluasan bilik.
Baru sampai, anak aku yang ke-boring-an + kepenatan.

Sedang menunggu untuk check in.




Aku dan cousin aku, kebetulan hubby dia satu company
ngan hubby aku.


Bilik penginapan.

Masuk jerk jumpa ruang dapur dulu.
Stail apartment.....

Ruang tamu yang luas!

Pemandangan di bahagian kolam renang.

Di bahagian balkoni.

Naik tram untuk ke water park.
Bayaran RM1.00 (sehala)

Kami bertiga jerk naik tram nie, penumpang lain tak de.


Seronok tengok anak & hubby mandi tapi sebab aku
takut kesejukan, aku tengok sajalah. Cuaca masa tu
pun sejuk sebab gerimis!


Semua org akan tunggu air penuh, bila dah penuh air
akan melimpah ke bawah. Macam best tapi hubby aku kata
sakit kepala bila air melimpah macam tu.....
Hepi betul anak aku, sampai tak nak naik.
Naik pun sebab makan, itu pun sekejap2.
Tengok tu giginya yang rongak (dia cabut sendiri - jimat2!)

Tengoklah tu aksi2 anak aku....



Malamnya...majlis makan malam bermula. Makanan yang
disajikan secara buffet BBQ, adalah kambing panggang, seafood
bakar macam ketam. Tapi makanan tak berapa sedap macam
ada yang kurang.
Dapat luck draw & hadiah misteri.
Lucky draw : blender juice
Hadiah misteri : Vacum flask

Breakfast pagi Ahad.

Sempat anak aku bertenggek lepas gian
dah lama tak main.

Pendek kata percutian yg pendek tapi boleh tahan seronok sebab semuanya free
termasuk elaun perjalanan!!

SALAM AIDILADHA!

Salam Aidiladha untuk semua ........

Renungan untuk kita;

Mengumpat & Fitnah

Allah SWT mencela orang yang mengumpat bagaikan memakan bangkai:
Janganlah setengah kamu mengumpat yang lain. Sukakah salah seorang kamu memakan daging saudaranya yang telah mati (bangkai)?
(Quran surah al-Hujurat, ayat 12)
RasulAllah SAW bersabda;
Setiap muslim haram darah, harta dan harga dirinya atas muslim yang lain.
Baginda SAW juga bersabda;
Takutlah mengumpat. Ia lebih buruk daripada zina. Lelaki berzina lalu bertaubat, maka Allah menerima taubatnya. Sedangkan Allah SWT tidak mengampuni orang yang mengumpat sebelum orang yang diumpatnya memaafkannya.
Mereka berkata, "Orang yang mengumpat manusia ibarat melepaskan peluru kekanan dan kekiri. Seperti itu dia melemparkan akan kebaikannya (hilanglah segala kebaikannya).
Telah bersabda RasulAllah SAW yang maksudnya;
Sesiapa yang mengumpat, bermaksud menghinakan saudaranya, Allah SWT meletakkannya dijambatan neraka pada hari kiamat. Hingga bebas dari apa yang dikatakannya.
Juga Baginda SAW bersabda yang maksudnya;
Mengumpat itu menuturkan keburukan kepada saudaramu samada badan, nasab, perbuatan, ucapan, agama, dunia, bahkan baju, selendang atau tunggangannya.
Hingga sesetengah orang yang terdahulu berkata, "Jika kau katakan pakaian; Pakaian sifulan kebesaran atau kekecilan (pakaiannya kecil atau besar), itupun termasuk mengumpat. Apa lagi jika kau sebut sesuatu yang menyakitkannya".
Dirawikan bahawa seorang perempuan yang pendek telah datang kepada RasulAllah SAW untuk sesuatu keperluan. Setelah dia beredar, Aisyah r.ha berkata, "Wah, pendeknya dia!" Segera RasulAllah SAW berkata, "Engkau telah mengumpat wahai Aisyah!" Telah bersabda RasulAllah SAW;
Jangan kalian mengumpat. Didalamnya terdapat tiga keburukan; Doanya tidak dimakbulkan, kebaikannya tidak diterima, dan akan ditimpakan kepadanya keburukan orang yang diumpat.
Baginda RasulAllah SAW bersabda dalam mencela tukang fitnah;
Manusia terburuk dihari kiamat ialah bermuka dua. Iaitu tukang fitnah. Dia datang pada mereka dengan suatu muka, dan datang pada yang lain dengan muka yang lain pula. Sesiapa yang bermuka dua didunia, (maka) dihari kiamat (dia akan) berlidah dua dari api.
Diceritakan dari Amr bin Dinar, dia berkata, "Seorang lelaki Madinah ada saudara perempuan disuatu kampung sedang sakit. Lelaki itu menziarahi dan menunggunya sampai meninggal dunia. Dia mengucapkan takziah dan menghantarnya sampai kekubur. Setelah selesai, dia kembali kepada keluarganya. Kemudian dia teringat akan dompetnya tertinggal dalam kubur. Dia meminta tolong dari temannya. Temannya itu bersegera berangkat menggali kubur dan menemukan dompetnya. Lelaki itu tadi berkata, "Bagaimana keadaan saudaraku?" Lalu temannya itu membuka sebahagian lubang. Tiba-tiba api menyala-nyala. Segera lelaki itu kembali kepada ibunya dan bertanya, "Ceritakan padaku apa cela saudaraku?" Ibunya berkata, "Saudaramu suka pergi kerumah jiran menceritakan keburukan orang untuk menyebarkan fitnah". Jelaslah bahawa hal itulah yang menyebabkan akan seksa kubur. Siapa ingin selamat, hendaklah tinggalkan mengumpat dan memfitnah".
Abu Hafsh al-Kabir berkata, "Aku tidak berpuasa Ramadhan lebih kusukai daripada daku mengumpat orang", lalu dia berkata, "Sesiapa yang mengumpat seorang faqih, dihari kiamat dia datang dan tertulis dimukanya – Orang ini terputus daripada rahmat Allah".
Telah berkata Ka’ab ra., "Kubaca sebahagian kitab – Barangsiapa yang mati bertaubat dari mengumpat, (maka) dia orang terakhir yang akan masuk syurga. Barangsiapa yang mati (dalam keadaan) membiasakan mengumpat, (maka) dia orang yang pertama masuk neraka". Allah SWT berfirman;
Celakalah untuk tiap-tiap orang pengumpat dan pencela.
(Quran Surah Al-Humazah, ayat 1)
Wajiblah bagi orang yang mengumpat menyesal dan bertaubat agar keluar dari hak Allah. Kemudian meminta halal atas kezalimannya terhadap orang yang diumpat. Telah bersabda RasulAllah SAW;
Sesiapa yang mengumpat saudara muslimnya, Allah SWT akan memindahkan muka keduburnya pada hari kiamat.
Rujukan:
Terjemahan Kitab Mukashafah Al-Qulub, karangan Imam Al-Ghazali.

Wednesday, September 2, 2009

Salam Ramadhan & Syawal (in advance)

Lama betul tak update kan? Tu lah, kalau dah pemalas tahap tenuk, jadi macam ni lah. Hahahahaha....sorry lah, memang sekarang banyak kerja, dah tu penat memanjang. Nak taip sebaris dua pun, Ya Allah....hanya Dia sajalah yang tahu macam mana tahap pemalas aku....




Anyway, Salam Ramadhan! Semoga di bulan yang mulia ini kita sama-sama mendapat barakah. Dan Salam Syawal, hehehehe, sengaja ucap awal sebab tak tau lagi bila ada kesempatan untuk meng-update-kan blogku ini.




Tahun ni Syawal aku sambut dalam bersederhana sahaja, maklumlah banyak persiapan untuk baby yang bakal lahir nanti. Dahulukan persiapan baby, sebab satu barang baby pun dah tak ada. Semua kena beli baru, yang abangnya pula dah bagi orang dan ada jugak yang dah dibuang (kerja hubby aku ler tu). Tapi seronok beli barang baby, geram aja, nak-nak pakaian baby girl! Huhuhuhu, dapat tengok jer lah aku....sebab aku beli untuk baby boy (dah scan). Sorang lagi hero Malaya.....Alhamdullillah, terima sajalah. Yang penting baby sihat walafiat.

Comelkan baby nie...huuuuu...macam nak cubit-cubit jerk pipi yg tembam tu! Anak saper ler yg lawa tu ek.....

Monday, July 13, 2009

ALBUM !!

Sebenarnya banyak gambo yg aku nak post tapi aku pilih-pilih. Maybe aku post part by part. Gambo semua nie ada keistimewaan utk dikongsi dengan kalian......

Artis fav. Aishwarya Rai!

Ni gambo rumah aku, tapi tahum lepas, sudah 2 kali tukar deco....
kalau perasan warna dinding nie warna pink, yg latest is red bata!


Ruang tamu yg kecil.....kalau tak de balkoni besar ler sikit...


Ni tukar masa raya last year, this year dah tukar dah cuma
gambo tak sempat nak snap lagi.....



Aku memang suka sediakan sudut/ruang membaca....

ni gambo lama nie masa nie hubby datang bagi support
kat aku uruskan badminton tournement.....

ada ujian kesihatan yg diadakan sempena health day
company aku......

Ni pun gambo lama finalist best dress for couples!
Annual Dinner 2007
Jadi juri Hydro Idol..


DECO : BILIK AIR / TANDAS

Which is your fav.??? Memang lawa dan elegan tapi nak buat mcm nie memang tak sesuai utk rumah kos sederhana which is kita suma tahu yg space tandasnyer alahai ..... tapi berangan jer ler nak buat tandas kita secantik ini. Kalau dah cantik macam nie memang berjam ler kita duduk kat dlm tandas!

Yg nie best, salah satu fav. aku nie....

nampak mewah kan?

sekali pandang mcm dapur memasak.....
no, no no...i tak suka tandas mcm nie....


wow.....nampak classy sangat!

tandas kalau dah cantik, bersepah pun tetap nampak cantik!

bole ler...simple!

utk yg berani! aku tak kan pilih warna ni sbb tak suka
sangat silau dan menurut kajian, pilihan warna jingga
harus dielakkan kerana warna ini merangsang seseorang
menjadi keras, degil dan hyper...especially for kids...memang
tidak digalakkan untuk mengecat/menggunakan warna jingga
terutama dlm bilik tidur...apa pun, pilihan sendiri. Allahualam!
Ini pilihan aku, gabungan warna merah purple bersama putih
membuatkan nampak simple yet so sweet!

Yg nie? Hmm... cantik juga warna purple muda nie.
Lately nie aku pun suka warna nie.....
So, kalau aku banyak duit, of course aku akan buat tandas
secantik tandas-tandas di atas!