Tuesday, December 30, 2008

LOST & FOUND MY FRIEND : MOHD AZUDIN

FOUND!
Mohd Azudin Bin Abdul Kadir, 30 thn.
Inilah teman rapat ketika bangku menengah, teman bercerita, berborak, ketawa, semuanya dikongsi bersama. Kami sudah lama tak berhubung, hampir 13 tahun semenjak masing-masing sibuk dengan urusan sendiri. Baru-baru ini Dean (panggilan manjanya) telah menghubungiku semula dan aku sangat gembira. Bukan gembira saja malah sangat terharu kerana kesungguhannya menjejaki aku semula. Dia seorang yang sangat baik, memahami, pendengar yang setia, sabar dan paling penting sporting! Dan yang paling penting, dia masih single!!! Sapa-sapa yang teringin nak berkenalan, bolehlah sebab dia ni memang suka berkawan. Hehehehe.....
Tengok tu, besarnya sotong yang dia pilih! Puas makan tu, kenyang setahun!
Semoga persahabatan kita akan berkekalan dan indah seperti waktu-waktu dulu.
SMPG 1, 5 K1, year 1995......

Monday, December 29, 2008

INILAH AKU!

Fuh, menggigil tangan nak post gambar sendiri! Kawan-kawan asyik bising suruh post gambar aku, padahal aku ni bukan kategori 'cun' tapi masih 'cute' dan manis....hahahaha perasan! Aku bukan tak nak letak muka aku tapi aku seganlah....yalah dulu (masa muda belia) slim dan boleh tahan lawa, sekarang masih boleh tahan juga cuma makin 'comel' dan berkembang sikit. Bukan berkembang sikit, berkembang banyak...bayangkan dulu berat badan cuma 45 kg, sekarang? Hish, hish, hish dah ber-kg-kg! Heheheheh, senang hati! Tapi atas permintaan ramai aku post kan gak gambo lawa aku ni.......


Alamak macam mana boleh ter-post gambo ni??? Ish, ish, ish, kalau aku macam ni sure aku kena pinang dgn anak menteri, ek. Suma orang tau ni tentu bukan aku, sapa lagi kalau bukan actress terkenal yang jelita, Angelina Jolie! Aku mana mungkin boleh di samakan dgn dia, jgn kata kaki, hujung kuku jauh sekali! Dia minah saleh aku anak melayu...heheheh, tapi kata orang "siapa kata gadis melayu tak menawan, tak menarik hati..." Of course ler aku punya keperibadian dan karisma tersendiri, tapi masih gadis ker aku ni? Anak dah bujang memanjang...... Tapi ada kawan-kawan kata aku ada iras mcm artis popular Malaysia ni....perasan lagik!


Hehehehe.... mungkin maksud kawan-kawan aku tu iras aku ni pada kebulatan wajah dia......Aku pun mcm Siti, belum kawen slim, dah kawen jer terus berkembang mengikut arus pembangunan dan kemodenan! Kwang, kwang, kwang.......Ok, oklah aku letaklah gambo sebenar aku. Kali ni memang benar-benar, tak ada yang tak benar melainkan benar.....

Aku yg bermuka bulat, berbaju merah, 3 dari kanan.....cun tak? Tau memang cun saja buat-buat tak tahu......oh ya, gambar ni diambil ketika Annual Dinner 2007 di mana penyampaian penghargaan ke atas kami yang telah mencatatkan nama kami dan syarikat dalam Malaysia Book Of Record untuk permainan bola jaring tanpa henti selama 3 hari.....sesungguhnya wanita-wanita aluminium ni memang waja dan lebih kuat dari besi tau! Inilah team bola jaring Hydro yang kini mula suram dek kerana kesibukan kerja dan keluarga. Tak sempat nak main lagi....Nantilah lain kali aku post gambar aku yg besar dan lebih cun dari ni....walaupun aku punya banyak koleksi gambar (aku memang suka berfoto) tapi masih belum ada yang sesuai untuk aku post kan di sini. InsyaAllah bila berat badan dah turun sikit, muka dah tak bulat macam bola (ada seorg kawan suka ejek aku mcm bola), aku akan letak besar-besar kat sini....Ok....sayonara!

LOST & FOUND MY FRIEND : RAJA EBRIZA

Found!!
Raja Ebriza Raja Hashib, 29 thn.
Ini teman yang pernah berkerja satu syarikat denganku dan baru-baru ini kami berhubung semula setelah beberapa tahun tidak pernah bertemu dan berhubung. Dia ni peramah orangnya dan mudah mesra, manis dan cantik. Sekarang pun makin cantik biarpun sudah beranak 3. Dua perempuan dan seorang lelaki. Cuba tengok tu anak-anaknya, comel.....

Friday, December 26, 2008

RAKAN SETUGAS

















Hari ini aku tergerak hati hendak meletakkan gambar rakan setugas yang telah lama bersama-samaku di Hydro Aluminium Malaysia Sdn Bhd. Mereka semua merupakan rakan setugas yang terbaik dan mavelesssss......Gambar ini diambil ketika ANNUAL DINNER 2008 yang diadakan di Hyatt Hotel, Johor Bahru. Tema ANNUAL DINNER kita orang 'POSH & GLAMOROUS NIGHT'. Amacam, vogue tak WANITA-WANITA Hydro ni? Mestilah vogue kan? Masing-masing bergaya dan maintain cun walaupun ada di antara kami yang telah berkeluarga dan beranak pinak! Ada juga yang tetap maintain walaupun umur sudah menjejak ke angka 40 ke atas. Tengoklah tu decorationnya, macam pergi ke Grammy Arward pulak! Memang glamour malam t, yang jejaka-jejakanya pula tak kalah,smart dan memasing smart dgn 'sut kot' mereka!
Yang berbaju krim yang diapit wanita berbaju hitam kiri dan kanan aku tu, rakan setugas satu bahagian HR. Nama dia Salmiah Ab Hamid. Yang berbaju hijau kebiruan laut dgn rambut kerinting ala pretty woman tu ketua bahagian aku,Rohani Mohd Yusof dan yang berselendang merah yang glamour tu bos aku, namanya Ms Lilian. Kalau nak tahu tahun ini Ms Lilian berusia 52 tahun tau! Tapi macam 25 tahun kan? Hehehehe, bukan nak ampu bos tapi memang kipas habis ni, maklumlah bulan Mac tak lama lagi, annual increment tu...... kenalah pasang strategi dari sekarang! Kwang, kwang kwang....tak ada maknanya aku kipas dan ampu bos dapat naik gaji tinggi-tinggi. Apapun mestilah berdasarkan prestasi kerja!
Tapi dalam ramai-ramai yang paling outstanding dan sporting tahap tenuk, yang berbaju lengga warna hijau tu....alah sebelah bos aku tu ler...Nama dia Masitah Suramin. Dia ni walaupun dah 40, tapi tetap maintain vogue, pastu kepala otak memang best kalau di bawak bergurau ataupun mengumpat! memang happening ler....tak kering gusi dibuatnya. Selalunya ada saja aksinya yang mencuit hati....Itulah dia sebahagian wanita aluminium (maklumlah syarikat pembuatan aluminium) yang cun melecun. Ada juga yang tak ada dalam gambar ni masih cun jugak........hahahahahah.....saja puji, untuk sedapkan hati kengkawan dan aku sendiri walaupun kitaorang tahu sendiri yang kitaorang memang CUN!! Chaiyoooo!

Thursday, December 25, 2008

Bukan saja Teman TAPI Mesra!

Kali ini aku nak tunjukkan siapa teman-teman baikku!
Sebenarnya, aku ada ramai teman baik, maklumlah aku kan suka berteman! He he he......
Aku ni seorang yg mudah mesra tapi....pada bukan pada pertemuan pertama. Sapa-sapa yg bertemu aku pada kali pertama, tentu tak sangka, perempuan yg nampak pendiam dan pemalu, ahaksss....sebenarnya suka berbicara dan berceloteh! He he he... Aku bukan seorang yg mudah mesra dengan sesiapa tetapi mudah mesra dgn orang yg aku senangi dan kenali. Tak caya tanya kawan2 aku ni. Sunyilah dunia mereka tanpa aku di sisi, ewah! Ceh, perasan jerk! Layannnn jerk.....

Ini teman baikku sejak di Tadika Yuh Chyun lagi. Nama dia Zanariah Bte Omar, kami membesar bersama (walaupun sekarang aku sorang je yg makin besar!) bermain dan bergaduh bersama! Sekolah rendah hingga ke menengah pun sama. Sampai kerja sementara tunggu result SPM pun di tempat yg sama. Tapi siapa sangka, dari teman baik hubungan kami jadi lebih bermakna, sekarang kami sudah jadi sedara! Aku kahwin dengan sepupu dia! He he he...Padahal aku kenal seluruh keluarga dia, tapi tak pernah kenal dan jumpa suamiku...Jodoh tak ke mana tu..... Cute kan dia ni, anak dah dua tapi nampak macam budak sekolah!


Gambar Zana dengan anak-anak dia, Aliya & Zikry! Comel dan handsomekan anak-anak dia ni!



Alamak terkecik pulak gambo glamour dia ni.....


Ini teman baikku sejak tahun 1996, rakan setugas yg kini dah jadi Secretary MD di syarikat barunya! Ini lah dia Lasiah Binti Salleh (Kak As). Walaupun dia ni tua 3 tahun dariku tapi tahap kegonjolannya kalah org muda. Memang sporting giler dan gila-gila. Nasib baik tak sama taraf dgn org gila! Dengan dia ni ler tempat aku mencurah segala-galanya.....kami kongsi suka duka kami juga! Dari blum berpunya hingga beranak-anak tau! Dari zaman bunga menguntum di taman hingga kini kembang setaman! (aku ler...dia ni tetap maintain!) Anak dia pun dua juga, seorang lelaki dan seorang perempuan...Huda & Arif! Gambar anak dia aku telah post sebelum ini (masa tengok filem Cicakman 2). Gambar baju hijau tu gambar lama, masa farewell dia ler......Kami ni memang punya minat yg sama, kalau beli barang mesti sama walaupun membeli bukan bersama-sama contohnya mcm jam tangan, gelang yang telah kami sama-sama trend in.....keh keh keh....








Ini teman baikku yg paling suka ketawa! Happy memanjang jer.....teman baikku yg punya hobi sama dgn ku iaitu suka menonton cita Korean, Taiwanesssss....... memang selalu bertukar cerita kalau kami miss tengok drama yg ditayangkan di tv. Kalau salah seorg dari kami tak tgk drama (sekarang tgh gila tengok cerita Taiwan lakonan Rainie Yang) pagi-pagi dan caling2 tanya apa episod semalam. Kami satu tempat kerja cuma lain bahagian. Dia ni bahagian IT, SAP Specialist! Lupa lak nak kenalkan dia ni, nama dia Zety Akma Mohd Jaafar! Sebaya dgnku tapi abak aku kata umur dia mcm 23 tahun! Agaknya sebab dia ni suka tersenyum dan ketawa gaknya??? Satu lagi masih single tau.....tak rugi dibuat teman sebab kita akan rasa happy jer dgn dia, suka melawak dan ketawa!!



Yang ini siapa tak kenal?? Penulis novel awal remaja yg popularssss....penulis dari Karnadya.......Syima Sawal!!


Dia ni sama macam aku hantu novel! Kami selalu tukar-tukar pinjam baca novel. Dan dia juga orang yang bertanggungjawab menjadikan aku tidak menguburkan impian aku. Dia yang paksa dan susah2 carikan alamat-alamat publisher-publisher di Malaysia ini agar aku hantar manuskrip aku tu....hasilnya manuskrip aku tu diterima oleh Kaki Novel dan novel sulungku (ADA CINTA) akan berada di pasaran tak lama lagi.... Aku berterima kasih dan terhutang budi dengannya kerana kesungguhan dia yang mahu aku bersama-sama berada di arena penulisan! Dia juga orang yang mengajar aku mencipta dan menulis di blog! Gambo dia ni aku ambil masa dia mangandungkan anaknya yang ke-2. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang dirinya sila ler ke blognya... click saja namanya yg ada di link dalam blogku ini..




Aku ada teman lelaki juga eh silap statement pulak! Teman baik dari golongan lelaki..... banyak....tapi tak perlulah aku letakkan gambarnya di sini kerana takut mengganggu sensitiviti orang sekeliling, cukuplah aku sebutkan namanya saja....
ROHAIZAL (kawan sek. menengah tapi lain kelas) dia ni selalu jadi teman mengadu nasib. Pernah dia warning hubby aku suruh jaga aku baik-baik.... terharunya!
AZZUDDIN, MAHADI & HAZAINI (kawan sekelas sek. menengah yg paling best!) kitaorang selalu berbual dan berkongsi cerita. Ingat lagi masa pergi beraya dulu!
MOHAMMAD (kawan masa kerja sementara tunggu SPM) Sekarang dia ni seorg LAWYER. Dia ni yang selalu tolong aku ulangkaji Matematik (masa ambil Paper July). Banyak kenangan yang indah....satu lagi dia ni seorang yg penyabar! Tak pernah marah.....sabar itu separuh dari iman kira banyak iman ler dia ni.... Mula-mula kenal dia ni, dia seorang yg pemalu sebab bersekolah asrama lelaki, nampak alim...memang alim ler masa tu....
BASIR (kawan sekerja) dia ni lagi macam-macam cerita, dia ni yg perkenalkan aku pada dunia Bollywood dan Shah Rukh Khan! Sekarang tengah bercuti di Korea bersama keluarga....bestnya........

Tak lupa juga teman-temanku FAZILA, NORMASTAH, ROZITA, AZIZAN, ZAM ZARINA dan juga bekas pelajar kelas tingkatan 5 K 2.....Mereka teman terbaikku hingga kini......

TAPI ADA SEORANG TEMAN YG SANGAT ISTIMEWA, teman yg mampu mendengar, berkongsi dan bersama saat jatuh bangun aku selama ini, iaitu MOHD FARDUSI BIN ROSLAN! Siapa dia ni?? Ultraman, dan kadang-kadang boleh jadi Power Ranger Biru yg menyelamatkan Pasir Gudang dan sesekali bole tukar Doraemon. Itu antara karakter yg selalu kami bualkan hingga 4, 5 jam di telefon. Orang bercinta di telefon cakap yg romantik2 tapi kami cerita pasal kartun! Dialah teman terbaik merangkap suami tercintaku. Oleh kerana dia ni seorang yg pemalu, tak kasi gambarnya di postkan di sini terpaksalah aku hormati tapi tetap juga aku letak, gambar dari sisi.




AKU SAYANG SANGAT PADA KALIAN SEMUA!!!

CICAKMAN 2 : PLANET HITAM


Sabtu, 20/12/08, aku menonton filem Cicakman 2 bersama teman baikku, LASIAH SALLEH. Kami bukan pergi berdua sahaja, tapi bersama anak-anak. Pada mulanya tak berniat pun hendak menonton filem itu, secara spontan saja kami mahu menontonnya selepas membeli barang kemas, hadiah untuk rakan sekerja yang akan menamatkan perkhidmatannya pada 28/12/08. Kawanku pulak, sempat tukar emas baru.......he he he bersinar cahaya keemasan di tangan kirinya!
Tapi kami terpaksa menunggu 2 jam sebab kami lambat tiba dan beli tiket. Kami beli tiket pukul 1.00 tgh sedangkan tayangannya baru saja bermula, nak tak nak terpaksa tunggu hingga pukul 3.00 petang. Sampai siap meronda-ronda Giant! Sempat aku rakam gambar anak-anak kami bersama patung MC D. Gambar tak berapa teranglah!

Anak-anak pula memang suka dan tak sabar hendak menontonnya. Asyik-asyik tanya, dah pukul 3.00 ptg ke blum? Maklumlah budak-budak, yang mak budak ni pulak maintain jerk, boleh berborak sakan sambil menunggu masa. Kami kalau dah bertemu memang tak ingat dunia, dah tak kisah alam sekeliling, berborak je.....macam-macam yang kami bualkan, sampai apek pakai seluar pendek (bukan seluar pendek biasa tapi seluar pendek yang terlalu pendek mcm amoi-amoi selelu pakai yg seksi tu) pun boleh jadi bahan bualan. Masa aku nampak saja apek seksi tu terus aku terbahak-bahak ketawa, tak boleh tahan. Trus aku bangun dan ajak kawan beredar dari situ. Tapi aku sempat lagi menoleh pandang apek seksi giler tu...keh keh keh.....

Ok, tepat jam 3.00 ptg kitaorang masuk ke pawagam dan menyaksikan filem ini dengan mood yg biasa-biasa jerk. Padaku citer ini boleh tahan, tapi watak Cicakman (Saiful Apek) kali ini macam kurang menyerlah saja, nampak watak Rrama pula yang lebih menarik. Overall, oklah...... Tapi lagu temanya aku suka. Pernah tengok tak video klip lagu ini, best, kan? Lain dari yang lain!

Aku sertakan lirik lagu tema filem ini,
Dibius Cinta : Melly & Yusry....


Kau membiusku dengan cinta
Cinta yang malu kukatakan
Kau membiusku dengan cinta
Sampai aku tak bisa berkata
Kau membiusku sampai aku jadi sering melamun
Memikirkan kita bisakah bersama
Aku dibius Cinta
Cintamu yang tak ada tandingan
Namun mungkin tak bisa
Entah ku tak tahu…

Kita yang malu hati untuk mengakui saling cinta
Usaha sekeras hati bersama selamanya

Aku dibius cinta…
Kau membiusku dengan cinta
Cinta yang malu kukatakan
Kau membiusku sampai aku jadi sering melamun

Memikirkan kita bisakah bersama
Aku dibius Cinta
Cintamu yang tak ada tandingan
Namun mungkin tak bisa
Entah ku tak tahu…
Kita yang malu hati untuk mengakui saling cinta
Usaha sekeras hati bersama selamanya
Aku dibius cinta…
Aku dibius cinta… Aku dibus cinta…












Monday, December 15, 2008

Aku & Dirimu - Bunga Cinta Lestari & Ari Lasso

Lagu ini mula mendapat perhatianku. Entah mengapa terasa enak dan romantis sekali, mungkin kerana bait-bait kata-katanya simple tapi padat. Liriknya mencuit hati dan naluri, lebih-lebih lagi kini aku sedang dalam proses pembikinan novel ke-2 (macam pembikinan filem pulak!). Novel ke-2, ada persamaan dan boleh aku katakan ianya seperti lagu ini. Tentang perasaan yang menyiksa, tentang cinta yang tak terungkap....


Aku belum letakkan judul pada novelku ini, tetapi mungkin juga tajuk lagu ini akan ku ambil dan gunakan. Mungkin 100% gunakan tajuk ini atau mungkin akan ku olah sedikit, mungkin Gazebo, Aku & Dirimu? Mungkin..... Aku belum putuskan lagi. Kenapa aku gunakan gazebo? Pastinya ada kena mengena, walaupun tidak menyeluruh cerita mengenai gazebo, tetapi aku gunakan gazebo itu sebagai lambang cinta.



Mengapa dan kenapa? Ahakss..... nantikan dan tunggu saja novel ke-2 ini menemui anda semua! Yang pasti kali ini aku gunakan penceritaan dari sudut 'aku' bukan seperti novel pertamaku. Genrenya masih lagi 'cinta & romantik' tapi ada ilmiah yang diketengahkan. Tentang dunia pekerjaan 'Sumber Manusia' & juga arkitek seni bina landskap.

Aku tak mahu buat penjelasan lebih lanjut, cukuplah aku katakan aku pun sangat suka dengan novel-2 yang masih aku usahakan ini. Harap pembaca pun suka juga. Sekarang mari kita layan lirik lagu ini! Zassst!!!!!!!


Aku & Dirimu.....
Tiba saatnya kita saling bicara
Tentang perasaan yang kian menyiksa
Tentang rindu yang menggebu
Tentang cinta yang tak terungkap

Sudah terlalu lama kita berdiam
Tenggelam dalam gelisah
Yang tak teredam
Memenuhi mimpi-mimpi malam kita

Duhai cintaku, sayangku, lepaskanlah
Perasaanmu, rindumu, s’luruh cintamu
Dan kini hanya ada aku dan dirimu
Sesaat di keabadian

Jika sang waktu bisa kita hentikan
Ohhh Dan segala mimpi-mimpi jadi kenyataan’
meleburkan semua batas
Antara kau dan aku, kita