Tuesday, January 22, 2008

Hey, ingin bercinta ?!!!

Hati-hati memilih pasangan, jangan sampai tersalah pilih, takut-takut yang dipilih ; buaya tembaga, biawak hidup, pisau cukur, mata keranjang......hai ada banyak lagi istilah-istilah yang kita semua ketahui, pokoknya beware!

Mata
Segalanya berpunca dari mata, kata orang dari mata turun ke hati, jadi renungkanlah mata si dia ketika berbicara kerana mata tidak mampu berbohong. Bukalah mata seluas-luasnya agar tidak mudah terpesona pada lahiriah sahaja, keterampilan yang menawan belum tentu hatinya juga sebegitu...... Dan bagi yang tak punya mata (cacat penglihatan), mata hatilah yang paling terang dan tepat digunakan untuk mengenali seseorang........ Hati tidak akan berbohong!

Otak
Jangan bekukan otak kita semasa mengenali seseorang yang kita fikir menarik perhatian kita. Ketika ini otak perlu digunakan untuk menganalisa keperibadian seseorang sama ada orang tersebut ikhlas atau berpura-pura terhadap kita. Keikhlasan itu penting tau, tanpa keikhlasan perhubungan tidak akan bertahan. Jadi, cairkanlah otak kita dan janalah sebaik mungkin dalam menilai seseorang sebelum kita berhajat hendak menyerahkan hati kita kepada si dia......

Mulut
Jaga mulut! Jangan sampai kerana mulut badan binasa. Bukan suruh jadi hipokrit, berkata manis demi membahagiakan orang lain tapi bukankah kita juga mengharapkan orang lain mengatakan atau bercakap dengan kita dengan bahasa yang sopan, lembut? Sebelum mengharapkan orang lain berbuat demikian....kita perlu cerminkan diri....mulut kita bagaimana?
Mulut murai atau laser? Tidakkkkkk........lebih-lebih lagi mulut tempayan! Si dia pasti lari kalau mulut kita seperti itu, jadilah diri sendiri dan bersopanlah ketika berbicara...... Mulut yang baik adalah berbicara sambil menggunakan otak dan hati!

Keperibadian/Keterampilan
Bukan nak suruh jadi seperti Angelina Jolie ataupun Brad Pitt...tapi cukuplah bersederhana dan kemas. Kesederhanaan-looks perfect! Jagalah penampilan diri agar orang yang ingin didampingi merasa selesa dan gembira ketika berada di sisi kita. Kita pun takut kalau hendak mendekati seseorang yang kelihatan macam orang gila. Bukan hendak menghina tapi takut diterkam! Namun penampilan yang hebat dan bergaya tidak akan lengkap jika keperibadian kita keciciran. Penuhi dada dengan ketakwaan dan keimanan. Hati yang bersih akan menyerlahkan lagi keperibadian dan keterampilan kita.

Chewah! Amacam? Sudah bersedia hendak bercinta? Siapkan diri, hiasi hati, sucikan nurani, insyaAllah.......akan berjaya!

4 comments:

Blueberry said...

InsyaAllah........rasanya aku dah bersedia nak bercinta....hehehehehe.
Tapi bercinta dengan kerjaya untuk alam tua....hahahahaha. Yang ni tak pandai nak menipu kita, cuma kita jer yg menipu dia dan diri sendiri....time for new love is over. Saham dah jatuh.... : (...

Rina Farizq said...

Thanks for the comments! Sedar pun dah tua ek???? However, love is part of life.......tak kenal tua @ muda...

Blueberry said...

Betul jugak tu......dah tua2 ni pun, masih ada yg minat....hahahaha. Rabun kot mata diorang. For me love is something wonderful, if both of them having equel understanding and shares their happiness. To bring love into your heart is hard, if once you have been hurt. Trust is the most importent element in love. Friendship is greater then love. You will be what you are with your friend. Any comment????

syimasyawal said...

cinta kepada Allah lebih kekal berbanding dengan cinta pada manusia... pada aku pulak cinta tidak memberi apa2 makna tapi kasih sayang yang bakal kekal abadi dalam jiwa.... kasih dan sayang itu terlalu besar maknanya... so... cinta boleh ditukar ganti tapi kasih sayang sukar dikikis walaupun sudah dipisahkan oleh dua dunia...