Ini satu penyakit, sekali mengidap payah nak sembuh. Kalau boleh sembuh pun perlu rawatan rapi. Lebih baik mengelak dari terjangkit virus ini, mencegah lebih baik kan?
Hati
Tetapkan hati tatkala ada insan lain yang menyapa mesra, ingatlah pada si dia yang selama ini bersama kita. Walaupun hati semakin hambar teringatkan kekurangan dan kelemahan si dia, kenangkanlah kelebihan dan kebaikannya yang lain pula. Hei, manusia tidak sempurna, kita hidup untuk saling lengkap-melengkapi, kekurangan dan kelemahan yang ada pada dia kita imbangi dengan kelebihan dan kebaikan yang ada pada kita. Begitulah sebaliknya, kan? Terimalah si dia apa adanya.......
Jangan mudah terpesona!
Jangan jadi kulit lupakan kacang atau habis madu sepah dibuang. Tidak dinafikan manusia memang suka melihat sesuatu yang menarik, cantik dan indah tetapi janganlah lekas terpesona apatah lagi mudah alpa. Mengharapkan yang indah saja sebenarnya meletihkan. Bayangkan, hari ini kita memiliki insan yang sangat menarik dan cantik, esok lusa datang pula yang lebih menarik, bagaimana? Perlu bertukar pasangan setiap kali tampil sesorang yang lebih cantik dan menarik ker? Huiiii...bersyukurlah dengan apa yang kita miliki kerana biasanya kita akan menyesal setelah kita dapati apa yang kita miliki hari ini lebih baik dari yang lain. Hargailah dia!
Cinta berlandaskan Agama
Berpeganglah kepada prinsip dan agama, dengan itu kita pasti dapat menilai dengan lebih baik. Cinta suci membawa bahagia, cinta nafsu membawa derita! Hidup ini hanya sementara, keseronokan yang kita nikmati di dunia ini juga sementara, hiasi hati dengan iman, peribadikan diri dengan pegangan, amalan mengiringi kematian.
Tatapan - ADA CINTA!
Manusia,
bila Ada Cinta
kepada Tuhan
akan meninggalkan larangan dan sentiasa mentaati suruhanNYA
bila Ada Cinta
kepada Ibu Bapa
akan berbuat baik, menghormati dan sentiasa mengingati pengorbanan mereka
bila Ada Cinta
kepada Suami atau Isteri
akan tetap setia, kasih dan sentiasa mencintai
bila Ada Cinta
sesama manusia
tiada pengkhianatan, persengketaan, hasad dengki dan sentiasa memaafi
Manusia seharusnya Ada Cinta
No comments:
Post a Comment