Tiba-tiba terpanggil untuk menulis tentang ini, mungkin kerana beberapa minggu yang lalu ada melihat drama berkisar tentang Cinta yang terbagi sana sini. Geram dan marah sudah bersatu, tidak mengerti mengapa dengan mudah cinta boleh dikongsi dan dibahagikan kepada yang lain. Tercari juga di mana silapnya bila terjadi perkara seumpama ini.....
Alahai......
Si Pencinta Wanita sebenarnya seorang yang 'baik hati' dan pemurah! Ini kerana Si Pencinta Wanita memiliki hati yang 'SANGAT' besar sehingga terdapat beberapa bahagian yang disediakan untuk penghuni-penghuninya. Mulia sungguh Si Pencinta Wanita ini kerana tidak sanggup melihat insan lain mengharap kasihnya akan kecewa. Lalu selebar tangan di bukakan untuk menerima kasih itu....kalau anda bagaimaa? Kalau aku? WACHAAA!!!!!!
Tak mampu melihat insan lain dilayani mesra apatah lagi berkongsi kasih di dalam hati sebesar roti canai itu! Bukan tamak untuk memiliki hatinya tetapi belum kuat hendak mencapai 'Payung Emas'. Banyak menuntut pengorbanan dan sanggupkah kita menghadapinya?
No comments:
Post a Comment