Wednesday, February 18, 2009

TELEMATCH (WOMAN) 2008/2009

Pagi Ahad yang indah (ewah), kami berkumpul di Tanjong Puteri Resort, Pasir Gudang. Rupanya aku orang yang terakhir sampai, mereka suma menunggu aku. huhuhu.....
Belum bermula acara, hadiah telah ditayang-tayangkan untuk membakar semangat! Selepas pendaftaran kami membuat undian untuk pembahagian kumpulan. Dibahagikan kepada 3 kumpulan yang terdiri 5 wanita aluminium yang cun, comel dan canggih!

Purple Team (Vogue)
Dari kiri : Judy, Aku, Nana, Linda & Sandy


Green Team (Power)
Dari kiri : Ina, Apple, Zety, Ita & Jiah



Orange Team (Cool)
Dari kiri : Aisyah, Syima, Nor, Zarul & Thila


Tengoklah team Purple ni, orang tengah briefing, kitaorg sempat berposing!
Maklumlah....vogue lah katakan.....huhuhu!




Masing-masing tengah dengar briefing keselamatan.
Briefing diberikan oleh pihak TPR.


Kali ini, game yg dijalankan sangat mencabar!! (terlalu mudah tapi penat). Game kanak-kanak yang emak-emak orang dah lama tak main. Tapi seronok.....
1. Ballon Tower - susun belon setinggi yang mungkin.
Keputusan : 1st - Green , 2nd - Purple , 3rd - Orange
2. Tennis Ball Treasure - kena cari bola tenis yg disembunyikan....
Keputusan : 1st - Purple , 2nd - Green , 3rd - Orange
3. Pingong & spoon - pingpong dlm sudu...permainan budak tadika yg mencabar!
Keputusan : 1st - Orange , 2nd - Purple , 3rd - Green
4. Magic Pail - ceduk air menggunakan bekas yang bocor & masukkan ke dlm botol
(mak aiii...susah gila, untung ler kumpulan yg ada tangan ahlinya yang besar)
Keputusan : 1st - Orange , 2nd - Green , 3rd - Purple
5. Geisha Girl - tiup tepung dan ambil duit syiling 1 sen guna mulut...(muka cun disalut tpg)
Keputusan : 1st - Orange , 2nd - Purple , 3rd - Green
6. Wet & Wild - cari abjad dlm air untuk disusun menjadi perkataan : Telematch Hydro.
Keputusan : 1st Orang , 2nd - Green , 3rd - Purple

Inilah dia pemenang ballon tower : green team!


Kita org tmpt ke-2...Purple team.
Comel jerk belon yg kita org tiup....


Orange team susun belon @ lambak belon?? huhu...


tengoklah aksi mak orang tiup belon....

Purple team tgh buat tapak nak dirikan belon.....


ikutkan team purple lagi cun tapi disebabkan belon team green ni
besar2...dia org lah menang!


pingpong & spoon


kitaorg ni memang maintain dan cun jerk bila in candidi!


susahnya nak amik syiling guna mulut!


aksi comel dari purple team. sweet & vogue walaupun kalah!!



patutler menang rupanya team ni ngelat! ada pembantu plak?


purple team yang manis dan sentiasa bersama tak kira
apa jua keadaan. walaupun kalah tapi masih bersatu...huhu!

happy hour in pool! acara tak rasmi.....

happynyer kami......best!!

eh....termasuk lak gambo family aku...hubby & anak aku pun
datang beri sokongan!

makan time! nasi tomato....


aksi wanita aluminium....

aku terima hadiah....kalah pun dapat tau!!


TEMPAT PERTAMA : GREEN TEAM


TEMPAT KEDUA : ORANGE TEAM

TEMPAT KETIGA : PURPLE TEAM

HARI YANG INDAH BERSAMA WANITA HYDRO!

BERAMAI-RAMAI BERBAGMBAR....

TAK SABAR NAK TUNGGU TELEMATCH NEXT YEAR!

Wednesday, February 11, 2009

AKHIRNYA ADA CINTA!!!

Inilah impianku...terlaksana jua dengan inzinNYA yang Maha Kuasa lagi Maha Penyayang, aku bersyukur diberikan kesempatan untuk merakamkan sebuah cerita yang aku hasilkan di dalam sebuah karya untuk santapan minda. Ceritanya simple, ringan tetapi menghiburkan (puji diri sendiri! huhuhu...) Ada mesej yang ingin disampaikan, lebih-lebih lagi tentang tuntutan agama yang mewajibkan umatnya sentiasa berbuat baik, muhasabah diri dan saling sayang menyayangi.... Apa pun dapatkan novel pertamaku ini dipasaran atau anda semua boleh menempah secara online (ada potongan harya sebanyak RM4.00 jika mendaftar sbg ahli) apa tunggu lagi jomlah ronda ke http://www.kakinovel.com


Inilah laman rasmi Kaki Novel yang sudi menerbitkan novelku...terima kasih En Rizal kerana memberikan peluang terindah padaku! Terima kasih juga buat semua peminatku (eh, ada ker? perasan!), teman-teman yang setia dan tak henti-henti memberikan sokongan, khususnya buat pembaca budiman yang akan menjelajah novelku, thank you so much & i love you all !!!!!!!!!!!!!!! Muaaahhhhh, huhuhu!

Tuesday, February 3, 2009

FEBRUARI BULAN CINTA?

Mestikah melahirkan kasih sayang pada bulan 14hb Februari saja?
Seperti yang kita tahu, 14hb Februari merupakan Hari Kekasih (Valentine Day) namun sebagai umat Islam kita tidak boleh meraikannya kerana ia bukan amalan agama kita. Islam tidak meniru dan tidak akan mengikut amalan @ budaya lain. Hal ini telah lama dimaklumkan dan setiap tahun kita dapat lihat di dada-dada akhbar, fatwa tentang amalan ini. Namun segelintir orang yang beragama Islam masih meraikannya malah secara terang-terangan dan besar-besaran.
Aku setuju, kita tidak harus meraikan hari tersebut kerana ianya bertentangan dengan ajaran Islam. Lagipula hari kekasih ini harus menjadi setiap hari dan bukannya pada hari tertentu saja. Oleh itu kita tidak perlu mengikut adat & budaya asing yang memilih 14hb Februari sebagai hari memperingati kekasih. Kerana kasih sayang itu bukan untuk satu hari saja tetapi ianya berlanjutan selagi nyawa dikandung badan.
Tetapi mahu salahkan siapa, diri sendiri yang kurang pengetahuan @ kedegilan diri yang mahu kelihatan moden dan tak mahu ketinggalan zaman. Hendak pula hari kekasih ini disambut secara besar-besaran di sini, kita boleh lihat dikedai-kedai cenderahati menawarkan pelbagai barangan yang cantik-cantik untuk diberikan kepada tersayang malah kedai bunga pun makin giat melambakkan mawar merah yang dikatakan lambang cinta. Begitu juga rangkaian tv di Malaysia yang mempersembahkan filem dan drama cinta sempena sambutan ini. Semua pihak mahu mengaut keuntungan sempena bulan cinta ini.
Bak kata orang zaman sekarang, kubur masing-masing jadi kau peduli apa?! Huhuhu...betul tu kubur masing-masing, dosa sendiri tanggung so nak kata apa tapi kerana kubur masing-masinglah kita sesama agama ni mahu mengingkatkan. Agama kita kan indah dan penuh kasih sayang, kerana itu umatnya saling ingat-mengingati dan mengambil berat.
Jadi renung-renungkanlah dan selamat beramal!
**** aku dah tak sambut sejak aku mengetahuinya pada 1997!