Thursday, August 28, 2008

Bollywood !!

Aku pasti ramai peminat filem Bollywood kan? Walaupun kebanyakan ceritanya stereotype, tapi kita masih 'gian' nak tengok cerita mereka. Mungkin kerana;
1) Kecantikan atau ketampanan pelakonnya
2) Ada lagu & tarian (syok tengok mereka menari)
3) Cerita yang kadang kala tak masuk akal (dah kena tembak pun boleh bangun lagi)
Dan banyak lagi faktor yang membuatkan kita masih ingin menontonnya.

Pelakon pujaanku......Best gak cerita Om Shanti Om ni.....







Monday, August 18, 2008

ADIK KAHWIN !

Adik no 2 (Eary) kahwin! 15/08/2008 (Jumaat), Kelantan.
Penatnya, maklumlah pasangannya (Naili) orang Kelantan. Bertolak 6.30 pagi sampai sana 9.00 malam. Tapi sempat juga aku singgah makan tengahari di Kuala Terengganu dan ber-shopping di Pasar Payang. Adalah sikit beli barang, kain batik (Noor Arfa) dan sedikit cenderahati (replika penyu - comel). Alhamdulillah, semuanya selamat dan berjalan lancar. Tapi gambar tak banyak sebab gambar belum cuci dan yang ada ni pun ambil dari kamera, tu pun tak berapa clear.

Orang Kelantan sambut orang Johor bukan main gempak, siap ada pertunjukkan silat (cara mereka), tinju (ala-ala tomoi) dan malam pula ada persembahan dikir barat. Seronok dapat lihat dikir barat, teringat zaman sekolah dan annual dinner (2007).

Bersama duit hantaran RM8,888.00.

Sibuk Rizq Hakim enter frame!

Monday, August 11, 2008

KASUT OH KASUT!


Kalau nak tahu aku ni suka pada kasut. Aku ada koleksi kasut (gambar) yang cantik-cantik untuk tatapan semua. Macam gambar-gambar kasut yang aku paparkan ni aku dapati daripada kawan yang hantar melalui e-mail. Kalau ke shopping compleks, mata aku akan melilau melihat kasut, tak dapat beli tengok pun jadilah! Tapi kalau ada kasut yang lawa-lawa, mesti tangan ni gatal nak membeli, tak kiralah ada brand atau tidak yang penting selesa, sesuai dan harga mesti berpatutan. Kasut-kasut aku pun dah tak muat nak sumbat dalam almari. Yang pakai setahun sekali pun ada, biasanya untuk majlis tertentu saja macam Malam Tahunan Syarikat. Tapi yang kelakarnya ada kawan yang menegur, beli kasut lawa-lawa tapi pergi jalan membeli belah pakai selipar! Bukan apa, kalau nak ber-shopping kan lebih selesa pakai selipar, pantas dan tak penat. Pakai kasut yang lawa-lawa macam ni semua, aduhai...penatlah dan tak dapatlah nak menikmati keseronokan ber-shopping tu! "Habis tu bila pakainya?" Tanya kawanku itu. Aku sengih dan jawab perlahan, "gi kerja je ler...".
Unik kan yang ini? Ada bunga di bahagian belakang.

Yang ni pun cantik, ada batu permata....

Sweet......

Classy......


Seksi..............


Comel!

Suka yang mana satu????

DATUK CT!

Alahai Siti!
Biarpun ada yang mencaci dan memaki, aku masih meminati lagu-lagunya, suaranya yang enak dan mendayu-dayu. Mula-mula aku juga mempertikaikan pilihan hatinya dan turut tidak merestui (walhal siapalah aku nak bagi restu). Malah cuba untuk membenci tapi ternyata, aku tidak dapat berbuat demikian kerana aku sedar, betapa ramai sekalipun yang membencinya, atau percintaannya dengan Datuk K dan tak kurang juga dikatakan orang 3 @ peruntuh rumah tangga orang, aku masih ingin mendengar lagu-lagunya dan menatap wajahnya. Macam ada percikan ajaib untuk mengikuti perkembangannya biarpun dalam hati terselit rasa tidak senang. Ini semua kerana aku lebih meminatinya bakatnya, nyanyiannya, lagu-lagunya dari kisah-kisah yang dahulu panas dengan cerita percintaanya, pilihan hidupnya, dan kontroversi yang melanda dirinya. Mana ada lagi penyanyi sekarang yang sepertinya, sejuk dipandang mata dan enak nyanyian menusuk ke lubang telinga.
Yang terbaru, orang sibuk bercerita sana sini tentang cara dia berpakaian. Bagiku itu hak individu, siapalah kita hendak mengata dia bertudung @ tidak. Kita sendiri, betulkah cara kita bertudung? Berhijabkah kita dari batin ke zahir? Biarlah dia, lambat laun dia akan berubah dengan perlahan-lahan. Dari tidak bertudung ke selendang, dari selendang ke anak tudung dan siapa tahu nanti dia akan berpudrah pula?

Taiwan?

Lately ni, aku semakin meminati drama dari Taiwan yang kebanyakannya ditayangkan di 8TV. Mungkin kerana ceritanya menghiburkan, santai, ringan dan mencuit hati. Yalah, seharian penat bekerja sudah tentu aku mahukan sesuatu cerita yang lebih santai untuk aku tontoni. Tapi itu tak bererti aku tidak sukakan cerita berat, drama terbitan RTM & TV3 aku masih saksikan.


Antara pelakon yang aku minati.....


Mike He

Birth date: December 28, 1983 / Birth place: Taipei, Taiwan / Height: 180cm / Blood type: B / Family members: Parents, a younger brother and a younger


Drama yang pernah ditayangkan di 8TV : WHY WHY LOVE!

Drama lain yang dibintangi :
* Bull Fighting (TTV/SETTV, 2007)* Yukan Club (NTV, 2007)* Why Why Love (CTS, 2007)* Marry Me! (CTS/TVBS-G, 2006)* Express Boy (TVBS-G, 2005)* Devil Beside You (CTV, 2005)* Love Contract (TVBS-G, 2004)* An Shi Ai Mei Hui (2004)* Say Yes Enterprise The Graduate (TTV, 2004)* Seventh Grade (TVBS, 2003)


Jerry Yan

Birthdate: 1977-Jan-01 /Birthplace: Taiwan /Height: 180cm /Weight: 72kg /Star sign: Capricorn /Chinese zodiac: Dragon /Blood type: B

Drama yang sedang ditayangkan di 8TV : HOT SHOT!

Drama lain yang dibintangi :
Starlit (in production) / Hot Shot (CTV, 2008) /The Hospital (CTV, 2006) /The Wound of Fierce Love (2005) /Meteor Garden II (CTS, 2002) /Come To My Place (CTV, 2002) /Love Scar (CTS, 2002) /Meteor Rain (CTS, 2002) /Meteor Garden (CTS, 2001) /Happy Campus (2000)

Saksikanlah sendiri drama-drama tersebut (sekarang ada cerita baru kat 8TV, setiap hari Isnin - Jumaat jam 8.30 - 9.30. He he he, siap promo!), tengok dulu baru tau best ke tak. Yang pasti tak rugi menontonnya, santai dan menghiburkan. Lebih-lebih lagi remaja, tentu suka!

Saturday, August 9, 2008

Anakku!

Best Student 2007. Terharunya aku......

Dia bersama gitarnya! Di belakangnya itu, atoknya (abahku)!

Rizq bersama teman baiknya, Aidel Amsya.

Bersama Pak Su, adikku yang masih menuntut di UIA (tahun akhir).



Seronoknya mandi kolam!

Gambar tahun lepas. Bersama sepupunya dari Terengganu (E-IN)

Di kolam mandi tempat kediamanku.

Senyum memanjang dapat main air.....






Lihatlah tu, ada saja aksinya kalau kita rakam gambarnya!

Cute!



Gambar anak bersama sepupunya (anak saudara sebelah suami)

Thursday, August 7, 2008

JARED PADALECKI




Pasti ramai yang tidak tahu siapa dia? Tapi kalau sebut Sam Supernatural, tentu kenalkan? Lelaki ini seakan memliki aura yang luar biasa, bila mata terpandang sahaja wajahnya mata terus melekat menatap kaca tv. Tak pernah mis tengok cerita itu setiap malam minggu di TV3 jam 10.30 malam selepas habis Gang Stars. Kalau dulu aku mengikuti siri itu di channel 5 (Singapura) pada setiap malam Jumaat tapi kini sudah tiada.....