Thursday, April 3, 2008

Ada Cinta!

Hidup bukan semata-mata kerana cinta tetapi ada cinta, hidup ini lebih bermakna.
Cinta bukan untuk kekasih semata, cinta padaNYA, cinta pada keluarga ; itulah makna
cinta sejati.

Qasrina,
Berkali aku cuba meyakinkan dirimu bahawa ADA CINTA antara kita hanya engkau yang tidak berani mengakuinya.

Danish,
Saat cinta hadir, aku sudah terlambat tetapi aku tetap mencintaimu biarpun segunung benciku padamu aku kumpulkan.

Azahari,
Jangan mudah terpedaya, jangan mudah terpesona, kajilah perasaan sendiri, selamilah sedalam-dalamnya hatimu namun aku juga tidak lari dari kenyataan itu.

Mukhriz,
Andai cinta tak kesampaian, munajatku sampaikan padaNYA kerana dia maha mengerti. Jika ADA CINTA, maka tiadalah penderitaan, penyeksaan, penganiayaan.......betapa besar cinta kepada manusia.

Cinta membuatkan manusia lebih insani, sayang kepada sekalian makhluk di dalam dunia ini, jangan biarkan cinta itu pergi dan mati. Biarlah buta mata asal jangn buta cinta, biarlah mati rasa asal jangan mati hati.......kerana dari hati lahirlah cinta.


No comments: