Saturday, February 8, 2014


PROLOG

UKAIL tersenyum  dan senyuman itu membuatkan aku rasa nak cekik batang lehernya. Entah kenapa dia ajak aku berdiri di hadapan katil. Tak faham aku!
     “So nak tidur sebelah mana? Kiri atau kanan?” Soalnya perlahan tapi serius.
Aku mengerutkan dahi, tiba-tiba pulak suruh aku pilih tempat. Apa kes? Aku mengerling padanya yang berdiri dengan bersahaja itu.
     “Kenapa pulak nak kena pilih? Ada beza ke kalau tidur di sebelah kiri atau kanan?” Soalku dengan nada yang kasar.
     Serius, aku masih boleh terfikir apa bezanya kalau aku mengambil tempat untuk tidur sama ada di sebelah kiri atau kanan.  
     Ukail tersenyum dan senyumannya macam ada yang tak kena. Rasa-rasanya tu senyuman jahat! Apa yang dia nak cuba buat? Jangan nak mengada sangatlah, nanti aku terajang, ada yang tersangkut kat bumbung apartment.
     “Mestilah ada beza. Saya rasa sebelah kiri ni macam keras sikit, baik awak pilih sebelah kanan. Tapi kalau awak nak juga sebelah kiri, saya tak ada masalah cuma saya kena hati-hati ajelah.”
     Aku tercengang, memandang muka Ukail yang masih beriak bersahaja itu. Apa yang keras? Ish… selama ni, aku tidur sorang ok aje? Tak ada apa-apa pun. Terus berdiri bulu roma aku. Cepat-cepat aku memeluk tubuh, terasa seram!
     “Apa yang keras?” Soalku teragak-agak.
     Ukail mendekatkan dirinya pada aku. Dipautnya bahu aku dengan erat. Pada waktu ini aku tak melawan bila dia buat macam tu. Rasa selamat pula bila dalam pautannya.
     “Semalam awak tidur sebelah kiri, mengigau. Habis saya kena terajang. Hampir-hampir saya nak tergolek ke bawah. Jadi, hari ni cuba pulak sebelah kanan. Kalau mengigau jugak, esok kita tukar katil baru. Agaknya katil ni memang keras, berhantu kut?”
     Aku menggigit bibir, menahan sabar. Sedap aje dia membodohkan aku. Serentak itu aku menyiku rusuknya. Mengaduh Ukail seketika. Aku menjeling geram dan terus saja naik ke atas katil.
    “Sayang… tidurlah sebelah kanan. Biar saya pulak tidur sebelah kiri. Mana tau saya boleh dapat mimpi awak semalam. Teringin juga nak rasa mimpi kena rogol.”
     Cis!! Serentak itu aku memandangnya dengan tajam. Tangan pula sudah pantas mencapai bantal dan melemparkan padanya. Dia menyambut bantal itu dan tergelak besar. Betapa seronoknya dia ketawakan aku! Sabar ajelah Minah oii…. nak buat macam mana? Lelaki handsome, ego, berlagak dan sombong nak berubah jadi badut tengah-tengah malam ni.
     Aku terus merebahkan badan dan mengiring memandang ke kiri. Malas aku nak layan badut tu! Ukail pun turut sama naik ke atas katil dengan tawa yang bersisa. Entah apa yang lucu sangat sampai nak beria-ia ketawa.
     Aku menjauhkan diri apabila lengannya tersentuh belakang badan aku. Aku dah mengiring, dah bagi ruang yang seluasnya pun masih nak juga main ‘sentuh-sentuh’. Dasar lelaki, suka ambil kesempatan!

- XOXO buat peminat AKUKAH JUWITA? -
Nantikan entri seterusnya.......



5 comments:

asyu asyura novelis said...

wahhhh~!!! sambungan akukah juwita? eiii x sabarnyaaa

Arn Rashid said...

saya suke suke suke.... nak lagi puhlizzz...

Rina Farizq said...

Saya akan post lagi nanti bila ada masa. Skrg terlalu padat

Nuna Pringia said...

errr macam best jekkk!!!!!!

Sii Thataie said...

wow !! tk sbar tnggu update dr sist :D