Thursday, December 25, 2008

Bukan saja Teman TAPI Mesra!

Kali ini aku nak tunjukkan siapa teman-teman baikku!
Sebenarnya, aku ada ramai teman baik, maklumlah aku kan suka berteman! He he he......
Aku ni seorang yg mudah mesra tapi....pada bukan pada pertemuan pertama. Sapa-sapa yg bertemu aku pada kali pertama, tentu tak sangka, perempuan yg nampak pendiam dan pemalu, ahaksss....sebenarnya suka berbicara dan berceloteh! He he he... Aku bukan seorang yg mudah mesra dengan sesiapa tetapi mudah mesra dgn orang yg aku senangi dan kenali. Tak caya tanya kawan2 aku ni. Sunyilah dunia mereka tanpa aku di sisi, ewah! Ceh, perasan jerk! Layannnn jerk.....

Ini teman baikku sejak di Tadika Yuh Chyun lagi. Nama dia Zanariah Bte Omar, kami membesar bersama (walaupun sekarang aku sorang je yg makin besar!) bermain dan bergaduh bersama! Sekolah rendah hingga ke menengah pun sama. Sampai kerja sementara tunggu result SPM pun di tempat yg sama. Tapi siapa sangka, dari teman baik hubungan kami jadi lebih bermakna, sekarang kami sudah jadi sedara! Aku kahwin dengan sepupu dia! He he he...Padahal aku kenal seluruh keluarga dia, tapi tak pernah kenal dan jumpa suamiku...Jodoh tak ke mana tu..... Cute kan dia ni, anak dah dua tapi nampak macam budak sekolah!


Gambar Zana dengan anak-anak dia, Aliya & Zikry! Comel dan handsomekan anak-anak dia ni!



Alamak terkecik pulak gambo glamour dia ni.....


Ini teman baikku sejak tahun 1996, rakan setugas yg kini dah jadi Secretary MD di syarikat barunya! Ini lah dia Lasiah Binti Salleh (Kak As). Walaupun dia ni tua 3 tahun dariku tapi tahap kegonjolannya kalah org muda. Memang sporting giler dan gila-gila. Nasib baik tak sama taraf dgn org gila! Dengan dia ni ler tempat aku mencurah segala-galanya.....kami kongsi suka duka kami juga! Dari blum berpunya hingga beranak-anak tau! Dari zaman bunga menguntum di taman hingga kini kembang setaman! (aku ler...dia ni tetap maintain!) Anak dia pun dua juga, seorang lelaki dan seorang perempuan...Huda & Arif! Gambar anak dia aku telah post sebelum ini (masa tengok filem Cicakman 2). Gambar baju hijau tu gambar lama, masa farewell dia ler......Kami ni memang punya minat yg sama, kalau beli barang mesti sama walaupun membeli bukan bersama-sama contohnya mcm jam tangan, gelang yang telah kami sama-sama trend in.....keh keh keh....








Ini teman baikku yg paling suka ketawa! Happy memanjang jer.....teman baikku yg punya hobi sama dgn ku iaitu suka menonton cita Korean, Taiwanesssss....... memang selalu bertukar cerita kalau kami miss tengok drama yg ditayangkan di tv. Kalau salah seorg dari kami tak tgk drama (sekarang tgh gila tengok cerita Taiwan lakonan Rainie Yang) pagi-pagi dan caling2 tanya apa episod semalam. Kami satu tempat kerja cuma lain bahagian. Dia ni bahagian IT, SAP Specialist! Lupa lak nak kenalkan dia ni, nama dia Zety Akma Mohd Jaafar! Sebaya dgnku tapi abak aku kata umur dia mcm 23 tahun! Agaknya sebab dia ni suka tersenyum dan ketawa gaknya??? Satu lagi masih single tau.....tak rugi dibuat teman sebab kita akan rasa happy jer dgn dia, suka melawak dan ketawa!!



Yang ini siapa tak kenal?? Penulis novel awal remaja yg popularssss....penulis dari Karnadya.......Syima Sawal!!


Dia ni sama macam aku hantu novel! Kami selalu tukar-tukar pinjam baca novel. Dan dia juga orang yang bertanggungjawab menjadikan aku tidak menguburkan impian aku. Dia yang paksa dan susah2 carikan alamat-alamat publisher-publisher di Malaysia ini agar aku hantar manuskrip aku tu....hasilnya manuskrip aku tu diterima oleh Kaki Novel dan novel sulungku (ADA CINTA) akan berada di pasaran tak lama lagi.... Aku berterima kasih dan terhutang budi dengannya kerana kesungguhan dia yang mahu aku bersama-sama berada di arena penulisan! Dia juga orang yang mengajar aku mencipta dan menulis di blog! Gambo dia ni aku ambil masa dia mangandungkan anaknya yang ke-2. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang dirinya sila ler ke blognya... click saja namanya yg ada di link dalam blogku ini..




Aku ada teman lelaki juga eh silap statement pulak! Teman baik dari golongan lelaki..... banyak....tapi tak perlulah aku letakkan gambarnya di sini kerana takut mengganggu sensitiviti orang sekeliling, cukuplah aku sebutkan namanya saja....
ROHAIZAL (kawan sek. menengah tapi lain kelas) dia ni selalu jadi teman mengadu nasib. Pernah dia warning hubby aku suruh jaga aku baik-baik.... terharunya!
AZZUDDIN, MAHADI & HAZAINI (kawan sekelas sek. menengah yg paling best!) kitaorang selalu berbual dan berkongsi cerita. Ingat lagi masa pergi beraya dulu!
MOHAMMAD (kawan masa kerja sementara tunggu SPM) Sekarang dia ni seorg LAWYER. Dia ni yang selalu tolong aku ulangkaji Matematik (masa ambil Paper July). Banyak kenangan yang indah....satu lagi dia ni seorang yg penyabar! Tak pernah marah.....sabar itu separuh dari iman kira banyak iman ler dia ni.... Mula-mula kenal dia ni, dia seorang yg pemalu sebab bersekolah asrama lelaki, nampak alim...memang alim ler masa tu....
BASIR (kawan sekerja) dia ni lagi macam-macam cerita, dia ni yg perkenalkan aku pada dunia Bollywood dan Shah Rukh Khan! Sekarang tengah bercuti di Korea bersama keluarga....bestnya........

Tak lupa juga teman-temanku FAZILA, NORMASTAH, ROZITA, AZIZAN, ZAM ZARINA dan juga bekas pelajar kelas tingkatan 5 K 2.....Mereka teman terbaikku hingga kini......

TAPI ADA SEORANG TEMAN YG SANGAT ISTIMEWA, teman yg mampu mendengar, berkongsi dan bersama saat jatuh bangun aku selama ini, iaitu MOHD FARDUSI BIN ROSLAN! Siapa dia ni?? Ultraman, dan kadang-kadang boleh jadi Power Ranger Biru yg menyelamatkan Pasir Gudang dan sesekali bole tukar Doraemon. Itu antara karakter yg selalu kami bualkan hingga 4, 5 jam di telefon. Orang bercinta di telefon cakap yg romantik2 tapi kami cerita pasal kartun! Dialah teman terbaik merangkap suami tercintaku. Oleh kerana dia ni seorang yg pemalu, tak kasi gambarnya di postkan di sini terpaksalah aku hormati tapi tetap juga aku letak, gambar dari sisi.




AKU SAYANG SANGAT PADA KALIAN SEMUA!!!

4 comments:

uNcl3_d34N said...

bangga banget deh gue, tiba2 nama gua ada dlm ini blog..heheheh.....best pren plak tu....wah....bangga bangat deh gue ni....heheheheh

Rina Farizq said...

aku lagi bangga ada teman mcm ko ni tau!

syimasyawal said...

huawawawawa... sodeh eh den... apa lah jasa ku ini.. yang penting bakat tu jangan dipendam2... sayang sama sekali deh... kekek terikut lak cakap endon...

apa2pun aku cukup terharu ko jadikan aku sebahagian dari hidup ko... moga ko terus sukses dalam bidang yang baru ko ceburi ini...

jadikanlah medan penulisan ini sebagai satu wadah untuk kita sampaikan sesuatu yang boleh djadikan pengajaran... moga berjaya! caiyokkk!!!

uNcl3_d34N said...

it's ok it's alrite....come on pg fight3....pg dynamite....pg dynamite......heheheheh.......ingat lagi x...hehehehe