Friday, December 26, 2008

RAKAN SETUGAS

















Hari ini aku tergerak hati hendak meletakkan gambar rakan setugas yang telah lama bersama-samaku di Hydro Aluminium Malaysia Sdn Bhd. Mereka semua merupakan rakan setugas yang terbaik dan mavelesssss......Gambar ini diambil ketika ANNUAL DINNER 2008 yang diadakan di Hyatt Hotel, Johor Bahru. Tema ANNUAL DINNER kita orang 'POSH & GLAMOROUS NIGHT'. Amacam, vogue tak WANITA-WANITA Hydro ni? Mestilah vogue kan? Masing-masing bergaya dan maintain cun walaupun ada di antara kami yang telah berkeluarga dan beranak pinak! Ada juga yang tetap maintain walaupun umur sudah menjejak ke angka 40 ke atas. Tengoklah tu decorationnya, macam pergi ke Grammy Arward pulak! Memang glamour malam t, yang jejaka-jejakanya pula tak kalah,smart dan memasing smart dgn 'sut kot' mereka!
Yang berbaju krim yang diapit wanita berbaju hitam kiri dan kanan aku tu, rakan setugas satu bahagian HR. Nama dia Salmiah Ab Hamid. Yang berbaju hijau kebiruan laut dgn rambut kerinting ala pretty woman tu ketua bahagian aku,Rohani Mohd Yusof dan yang berselendang merah yang glamour tu bos aku, namanya Ms Lilian. Kalau nak tahu tahun ini Ms Lilian berusia 52 tahun tau! Tapi macam 25 tahun kan? Hehehehe, bukan nak ampu bos tapi memang kipas habis ni, maklumlah bulan Mac tak lama lagi, annual increment tu...... kenalah pasang strategi dari sekarang! Kwang, kwang kwang....tak ada maknanya aku kipas dan ampu bos dapat naik gaji tinggi-tinggi. Apapun mestilah berdasarkan prestasi kerja!
Tapi dalam ramai-ramai yang paling outstanding dan sporting tahap tenuk, yang berbaju lengga warna hijau tu....alah sebelah bos aku tu ler...Nama dia Masitah Suramin. Dia ni walaupun dah 40, tapi tetap maintain vogue, pastu kepala otak memang best kalau di bawak bergurau ataupun mengumpat! memang happening ler....tak kering gusi dibuatnya. Selalunya ada saja aksinya yang mencuit hati....Itulah dia sebahagian wanita aluminium (maklumlah syarikat pembuatan aluminium) yang cun melecun. Ada juga yang tak ada dalam gambar ni masih cun jugak........hahahahahah.....saja puji, untuk sedapkan hati kengkawan dan aku sendiri walaupun kitaorang tahu sendiri yang kitaorang memang CUN!! Chaiyoooo!

No comments: