Friday, September 5, 2014

Andainya Dia Tahu



PROLOG

“S

 

OALAN pertama. Perempuan yang menarik perhatian lelaki, yang kurus atau gempal?”

“Hmm…lelaki suka semua jenis perempuan. Kurus atau gempal bukan ukuran, yang penting macam mana pembawakan diri seseorang perempuan itu.”

“Dan awak sendiri?”

I love a strong woman who is comfortable being sexy and beautiful.”

“Huh, lelaki! Seksi…cantik, tu pasti. Kan?”

Remember, don’t judge.”

Sorry! Soalan kedua, lelaki sukakan perempuan yang bersepatu leper atau bertumit tinggi?”

“Tumit tinggi.”

Why?”

“Sebab perempuan akan berjalan dengan lebih teratur dan lemah lembut.”

Really? Bukan kerana struktur tubuh akan kelihatan lebih menonjol bila mengenakan kasut bertumit tinggi? Dada akan lebih ke hadapan dan punggung akan jadi melentik? Hmm?”

Lelaki itu terus tersenyum dan angkat sebelah kening sebelum bersuara perlahan, “yeah…I think that’s the correct answer!”

“Dah agak! Lelaki kan….”

Don’t judge!” Potong lelaki itu sekaligus mengingatkan.

“Awak? Suka perempuan sepatu leper atau tumit tinggi?”

“Err…..”

“Errr? Tiada jawapan?”

“Saya suka dua-dua!”

Cepat-cepat lelaki itu memberikan jawapan, takut kena tembak agaknya!

“Huh! Lelaki….”

Don’t…

Whatever….third question, kenapa lelaki tak suka bershopping?”

Lelaki itu mendengus perlahan, geram agaknya sebab tak diberi peluang nak membela diri. Nasiblah! Beberapa saat kemudian, lelaki itu menjawab soalan ketiga itu dengan tenang.

“Bukan tak suka tapi kurang gemar. Rasanya, tak ada manusia yang tak suka bershopping. Jadi lelaki tak terkecuali cuma lelaki, tahu apa yang mereka perlukan. Lelaki tak kan buang masa untuk dapatkan apa yang mereka mahukan. Lelaki tak kan ke satu kedai ke satu kedai tanpa sebab. Lelaki juga tak menyelongkar rak untuk dapatkan pakaian murah. Lelaki hanya fikirkan, di mana letaknya pakaian lelaki. Kalau di tingkat satu, lelaki akan terus menuju ke situ tanpa melencong ke mana-mana. Capai satu baju, cuba sekali, kalau sesuai, beli.”

“Jadi lelaki yang menemani kekasihnya bershopping mesti rasa boring, kan?”

Depends. Itu cara lelaki mahu bersama kekasihnya tetapi itu bukanlah perkara yang lelaki mahu lakukan sebenarnya.”

“Jadi apa yang lelaki mahu lakukan sebenarnya?”

Lelaki itu senyum lagi, lebih manis berbanding tadi. Tapi senyuman itu juga kelihatan sedikit nakal. Dengan renungan mata yang agak tajam seperti sang helang yang mahu menerkam mangsa, lelaki itu berbisik perlahan, “lelaki hanya mahu bersama perempuan di atas katil!”

Seriously? Huh!”

Lelaki itu tersenyum meleret dan mengangguk perlahan, tanda mengiyakan jawapan yang diberikan sebelum menyambung bicara.

“Lelaki adalah makhluk yang senang dipuaskan hatinya. Lelaki cuma perlukan tiga perkara. Dorongan, kesetiaan dan seks.”

“Jelaskan. Terperinci!”

“Sebenarnya, lelaki perlukan kata-kata yang mendorong, yang boleh memacu semangat lelaki untuk bertindak dengan lebih baik lagi.”

Pleaselah…lelaki kan kuat bukan macam perempuan yang lemah, yang mahu disokong dan bermanja-manja.”

“Awak fikir sebab lelaki kuat dan enggan bermanja-manja seperti perempuan, lelaki tak perlukan dorongan? Tak perlukan sokongan? You’re, wrong! Lelaki memang memerlukan kata dorongan. Kalau ada perempuan yang datang pada lelaki dan berkata, awak sungguh bijak dan handsome, awak yang saya perlukan. For sure lelaki itu akan tunduk di kaki perempuan itu.”

Really?”

Trust me. Or…. you can try.” Kata lelaki itu sambil angkat kening dengan nakal.

“Huh! So, macam mana pula dengan kesetiaan? Ada ke ‘kesetiaan’ dalam kamus hidup lelaki? Bukan, lelaki yang selalu mencurangi kesetiaan? Hmm?”

“Cinta bagi perempuan, penuh perasaan. Mendalam. Keikhlasan, ketulusan, keindahan, penghargaan dan banyak lagi. Tapi bagi lelaki, hanya satu. Cinta itu setia. Lelaki akan tetap berada di sisi seorang perempuan bila dia merasakan kesetiaan perempuan itu benar dan tidak dapat disangsikan lagi. Setia yang saya maksudkan, seorang perempuan menerima lelaki itu seadanya tak kira berapa banyak kelemahan yang ada pada lelaki itu. Dan seks….”

Lelaki itu tak segera menyudahkan bicara sebaliknya memandang dengan sedikit curiga, mungkin takut topik seterusnya itu akan menimbulkan suasana kurang selesa.

It’s ok. Teruskan. Saya dah cukup dewasa untuk membincangkan topik tu.”

“Ok.” Sahut lelaki itu sambil tersenyum meleret dengan lirikan mata yang agak nakal sebelum kembali bersuara, “lelaki memang perlukan seks. Lelaki sukakannya. Kalau ada lelaki yang kata tidak memerlukan seks, boleh jadi dia cacat atau mahu menidakkannya. Lelaki mahukan perempuan tanpa banyak soal.”

“Seks bukan hanya ‘melepaskan’ saja tapi ianya ekspresi sebuah cinta. Lelaki patut tahu itu!”

“Ya lelaki tahu tapi lelaki adalah lelaki. Manusia yang ringkas, yang tak memikirkan apa-apa ketika keinginannya dipenuhi. Perkara yang melibatkan emosi seperti berbual panjang, berpegang tangan dan bermanja-manja itu semua perbuatan yang perempuan sukai. Lelaki hanya melakukannya kerana lelaki tahu ia penting bagi perempuan.”

“Huh…teruknya!”

“Jangan menghakimi lelaki sebab lelaki memang dijadikan begitu. Lelaki akan membelai perempuan kerana dia tahu perempuan memang suka dibelai dan dimanjai. Lelaki, sekadar mahu memenuhi keinginan perempuan sebelum keinginannya dicapai.”

So, selepas dorongan, kesetiaan dan seks, apa?”

“Tiada apa yang lelaki perlukan ketika lelaki berasa lemah semangat melainkan tiga perkara itu. So…bila tiga perkara itu dipenuhi, lelaki akan bangkit semula dan meneruskan apa yang patut dia hadapi. Dia juga akan jadi lelaki yang perempuan idamkan.”

“Huh….”

“Kesimpulannya, act like a lady, think like a man!” Ujar lelaki itu dengan sebaris senyuman.


Nota : Semoga terhibur, XOXO!


Saturday, February 8, 2014


PROLOG

UKAIL tersenyum  dan senyuman itu membuatkan aku rasa nak cekik batang lehernya. Entah kenapa dia ajak aku berdiri di hadapan katil. Tak faham aku!
     “So nak tidur sebelah mana? Kiri atau kanan?” Soalnya perlahan tapi serius.
Aku mengerutkan dahi, tiba-tiba pulak suruh aku pilih tempat. Apa kes? Aku mengerling padanya yang berdiri dengan bersahaja itu.
     “Kenapa pulak nak kena pilih? Ada beza ke kalau tidur di sebelah kiri atau kanan?” Soalku dengan nada yang kasar.
     Serius, aku masih boleh terfikir apa bezanya kalau aku mengambil tempat untuk tidur sama ada di sebelah kiri atau kanan.  
     Ukail tersenyum dan senyumannya macam ada yang tak kena. Rasa-rasanya tu senyuman jahat! Apa yang dia nak cuba buat? Jangan nak mengada sangatlah, nanti aku terajang, ada yang tersangkut kat bumbung apartment.
     “Mestilah ada beza. Saya rasa sebelah kiri ni macam keras sikit, baik awak pilih sebelah kanan. Tapi kalau awak nak juga sebelah kiri, saya tak ada masalah cuma saya kena hati-hati ajelah.”
     Aku tercengang, memandang muka Ukail yang masih beriak bersahaja itu. Apa yang keras? Ish… selama ni, aku tidur sorang ok aje? Tak ada apa-apa pun. Terus berdiri bulu roma aku. Cepat-cepat aku memeluk tubuh, terasa seram!
     “Apa yang keras?” Soalku teragak-agak.
     Ukail mendekatkan dirinya pada aku. Dipautnya bahu aku dengan erat. Pada waktu ini aku tak melawan bila dia buat macam tu. Rasa selamat pula bila dalam pautannya.
     “Semalam awak tidur sebelah kiri, mengigau. Habis saya kena terajang. Hampir-hampir saya nak tergolek ke bawah. Jadi, hari ni cuba pulak sebelah kanan. Kalau mengigau jugak, esok kita tukar katil baru. Agaknya katil ni memang keras, berhantu kut?”
     Aku menggigit bibir, menahan sabar. Sedap aje dia membodohkan aku. Serentak itu aku menyiku rusuknya. Mengaduh Ukail seketika. Aku menjeling geram dan terus saja naik ke atas katil.
    “Sayang… tidurlah sebelah kanan. Biar saya pulak tidur sebelah kiri. Mana tau saya boleh dapat mimpi awak semalam. Teringin juga nak rasa mimpi kena rogol.”
     Cis!! Serentak itu aku memandangnya dengan tajam. Tangan pula sudah pantas mencapai bantal dan melemparkan padanya. Dia menyambut bantal itu dan tergelak besar. Betapa seronoknya dia ketawakan aku! Sabar ajelah Minah oii…. nak buat macam mana? Lelaki handsome, ego, berlagak dan sombong nak berubah jadi badut tengah-tengah malam ni.
     Aku terus merebahkan badan dan mengiring memandang ke kiri. Malas aku nak layan badut tu! Ukail pun turut sama naik ke atas katil dengan tawa yang bersisa. Entah apa yang lucu sangat sampai nak beria-ia ketawa.
     Aku menjauhkan diri apabila lengannya tersentuh belakang badan aku. Aku dah mengiring, dah bagi ruang yang seluasnya pun masih nak juga main ‘sentuh-sentuh’. Dasar lelaki, suka ambil kesempatan!

- XOXO buat peminat AKUKAH JUWITA? -
Nantikan entri seterusnya.......



ALHAMDULLILAH....Sudah diterbitkan pada September 2013....Novel ketigaku, MISS XL.
Allah sajalah yang tahu betapa rasa bersyukurnya diri ini bila melihat karya-karya kita diterbitkan dan mendapat perhatian daripada pembaca yang selama ini setia menyokong. Terima kasih Allah, terima kasih semua. Pembaca khasnya. Tanpa anda siapalah saya ---> ayat klise....muehehehe.