BAB 5
J
|
ika dulu Aime seorang yang bersemangat untuk ke tempat kerja, sekarang
tidak lagi. Kalau boleh setiap kali dia
bangun pagi, dia mahu tidur semula. Tak mahu masuk ke pejabat!
Sekarang semua orang sudah tak berani nak berbual mesra
sangat dengannya. Semua orang kata, dia girlfriend
Azki mana boleh nak dekat-dekat selalu nanti Azki marah dan naik angin. Ah, itu
satu lagi masalah. Tak tahu macam mana dia nak membetulkan masalah yang dia
ciptakan itu. Sampai sekarang, Azki marahkannya. Sudah hampir dua minggu Azki
memulaukan dirinya. Azki memang buat dia macam tak wujud saja. Kalau bersuara
pun asyik nak menengking. Entah apa yang lelaki itu marahkan sangat pun, dia
tak tahu. Besar sangat ke kesalahan dia pada lelaki itu? Yang pelik tu, kalau
tak sukakan dirinya untuk apa lelaki itu harus mengekalkan dia sebagai
setiausaha. Transfer sajalah, tak pun
pecat saja. Kerja sajalah sendiri. Macam yang lelaki itu kata; aku belum cacat,
boleh buat sendiri kerja-kerja aku!
Kini setiap hari dia masuk ke pejabat tapi tak ada satu
pun tugas yang Azki berikan padanya. Lelaki itu hanya duduk di dalam bilik,
buat kerja sendirian. Sedangkan dia terpinga-pinga tak tahu nak buat apa. Tak
kan asyik nak main game di komputer?
Timbul juga rasa bosan kalau mengadap benda yang sama. Sudahnya dia membeli
bermacam-macam buku tentang bidang pemasaran. Maklumlah, dia kan setiausaha
kepada pengurus pemasaran dan punya banyak waktu yang terluang. Adalah masa dia membaca buku dan membuat kajian
tentang bidang itu.
Sesekali dia mengerling pada Azki melalui dinding
kaca. Kelihatannya lelaki itu sedang sibuk menguruskan sesuatu. Dia tak pasti
apa, tapi tentu berkaitan dengan kertas kerja untuk pelanggan. Dia dapat melihat
keseriusan lelaki itu ketika ini. Azki sudah tak hairan dengan keadaan
sekeliling. Hanya sesekali saja lelaki itu melakukan regangan otot dengan
melentokkan kepala ke bahu kiri dan kanannya. Menguakkan tangannya ke belakang
dan berdiri seketika sebelum duduk semula. Tulah, sombong sangat! Tak nak minta
bantuan aku, kalau tak tentu kau tak penat macam tu. Tentu saja dia akan
membantu lelaki itu dengan sukarela. Dia kembali mengadap buku yang ada di
hadapannya itu. Sesekali dia mewarnakan isi-isi penting dan cuba memahamkan
mengikut fahamannya sendiri.
Pintu bilik tertutup kuat, mengejutkannya. Dilihatnya
Azki terus saja melangkah pergi tanpa pamitan. Jangan kata pamitan, nak pandang
pun tidak sekali. Tentu lelaki itu mahu pulang, tak pun jumpa kekasih.
Ah...macam manalah rupa awek dia ek? Mesti cun! Tentu kurus dan cantik macam
model. Tak mungkinlah lelaki itu nak berkasih dengan perempuan yang buruk rupa
dan gemuk macam dirinya. Tentu buat malu saja.
Serentak
itu dia terdengar bunyi telefon yang berdering namun tak jadi dia hendak
mengangkat gagang telefon apabila bunyi deringan sayup-sayup kedengaran. Buat
dia yakin yang deringan itu bukan dari tempatnya. Lalu dia membuka pintu bilik
Azki dan ternyata deringan telefon itu memang datang dari bilik itu. Lantas dia
mendekati meja Azki tetapi tidak jadi juga mengangkat telefon pejabat apabila
terpandang telefon bimbit di atas meja bernyala dan bergerak-gerak. Dia
pasti telefon itu milik Azki. Tertinggallah tu! Cuai betul!
“Hello?”
Dia menjawab panggilan itu, bimbang kalau terlepas panggilan yang penting buat Azki.
Nanti kena marah pula sebab kerja tak pakai otak. Tak boleh buat kerja semudah
itu.
“Siapa tu? Ini telefon Azki, kan?”
Suara milik seorang perempuan kedengaran di hujung talian.
“Ya, ini telefon dia. Ada apa-apa
yang boleh saya bantu?”
“Dia ada tak? Anyway you are...”
“Err,
saya Aime. Saya secretary
dia, encik Azki dah balik. Ada yang boleh saya bantu?”
“Oh, thank god!
Boleh tolong?”
“Tolong apa ya?”
“Hantarkan telefon dia yang
tertinggal ke rumah. Dia memang selalu macam tu, asyik tinggal barang aje.
Boleh, kan ?
Lagipun senanglah kalau dia nak jawab panggilan yang penting nanti.”
“Oh..boleh. Tak ada masalah.” Memang
dia tiada masalah untuk lakukan itu semua memandangkan dia memang patut berbuat
demikian. Susahlah kalau nanti ada panggilan penting buat Azki kalau telefon
itu tidak dihantar.
“KENAPA lambat hari ni? Selalu balik awal?” Soalan itu tak mampu
Aime jawab. Sebaliknya terus saja merebahkan badan di atas sofa.
“So…how’s
your day today, Miss Secretary?” Sekali lagi Farid menyoal.
“Tired!” Jawab Aime pendek. Dipandang saja pada Farid yang
ketawa. Memang ayahnya itu seorang yang mudah ketawa. Kadang-kadang tak lucu
pun boleh ketawa.
“Tak kan hari ni bos baru bagi kerja pulak? Kan
biasanya Aime goyang kaki aje?”
“Memang tak ada kerja tapi penat sebab cari alamat
rumah. Ayah tahu kan orang ni baru aje balik duduk JB ni, manalah tahu
jalan-jalan kat sini. Yang orang tahu jalan pergi dan balik dari rumah ke office je.” Aime melepaskan keluhan
sambil pandang saja pada ayahnya yang tersengih. Dia memang letih sebab cari
alamat rumah Azki semata-mata nak pulangkan telefon yang tertinggal.
“Hai, secretary
nak apa tu dengan bos sampai cari ke rumah?” Tiba-tiba Fads menyoal. Adik
lelakinya itu baru menjengahnya di ruang tamu ini dengan tersengih-sengih.
“Secretary
gemuk macam tulah....kalau cun dan kurus, bos yang datang ke rumah cari kita!”
“Hai, orang gurau pun nak terasa. Emo pulak hari ni....”
Sela Fads sambil duduk di hadapannya. Aime mengeluh. Bukan sengaja nak emo, tapi
kecewa. Kecewa sebab dapat bos yang tak peduli dan kasar. Kenapalah sampai
sekarang Azki marah dan bencikannya. Dia dapat merasakan yang lelaki itu bencikan
dirinya kerana dia gemuk. Ahh.... Keluhan dilepaskan. Kalau dia tahu, tak dinaikkan
gaji dan diserapkan di bahagian pemasaran pun tak apa. Dia lagi seronok dengan kerjanya di bahagian Finance sebelum ini.
“Should i quit?” Akhirnya Aime menyoal
perlahan.
“No!”
Serentak Farid dan Fads menjawab. Dipandang wajah kedua-dua lelaki yang berada
di hadapannya itu.
“Tapi orang rasa bos orang tu tak suka dan benci
dengan orang. Maybe coz
I'm fat!” Balas Aime lemah. Memang dia dah lemah nak kerja dengan
lelaki bernama Azki itu. Dia tak tahu apa lagi nak buat supaya Azki tak
marahkannya lagi.
“Jangan
putus asa dan berapa kali ayah pesan, jangan pandang rendah pada diri sendiri.
Gemuk bukan satu masalah, gemuk hanya ukuran saiz bukan ukuran hati. Yang penting hati kena baik. Kalau rasa bos tak suka tak
apa. Aime buat kerja dengan baik dan penuh rasa tanggungjawab. Satu hari nanti
mesti dia suka.” Pujukan Farid buat Aime bertambah gundah. Macam mana nak buat
kerja dengan baik kalau satu kerja pun tidak diberi. Apa lagi kalau dia nak buat Azki suka padanya. Memang tak mungkinlah!
“Orang ada idea supaya bos tak benci.” Aime pandang
Fads yang nampak begitu bersungguh-sungguh. Entah apa ideanya tu!
“Kata orang…. benci boleh jadi suka kalau kita pikat
hati dia.” Spontan Aime mencebik. Merepek betul si Fads ni! Nak pikat macam
mana? Belum pikat pun, Azki tak sudi nak memandang. Nanti kalau dia pikat, mau
lelaki itu yang lari. Ayahnya sudah ketawa panjang. Mesti ketawakan dirinya.
“Lawaknya.” Ujar Aime sambil menjeling geram.
“Betullah orang cakap ni. Tawan hati barulah dia tak
marah-marah lagi.” Kata Fads bersungguh-sungguh.
“Ingat pikat-memikat dan tawan hati orang ni senang ke?
Kalau senang, dah lama awak tu dapat abang iparlah. Lagipun tak kan nak
tergedik-gedik kat dia. Pleaselah…walaupun
orang ni gemuk but i'm not that desperate!”
“Sapa suruh tergedik-gedik? Kalau perempuan gemuk
tergedik-gedik kat orang pun, orang geli. Memang larilah jawabnya, betul tak
ayah?”
“Kurang asam!” Serentak itu Aime membaling bantal
kecil pada Fads yang sedang ketawa. Ayahnya apa lagi, sambung lagi ketawa.
“Hello….buatlah
cara terhormat. Layanlah dia dengan lembut tak kiralah dia sedang marah pun.
Pastu, setiap pagi sediakan minuman yang sedap-sedap. Lepas ni gi belajar
dengan ibu macam mana nak buat air. Buat air selalu fail!” Cadangan Fads itu disambut dengan hilai tawa Farid yang
makin menjadi-jadi. Ah...ayah, entah apa-apa!
“Ayah ni asyik ketawa je. Tak kelakarlah!” Rengek Aime sambil buat muka.
“Then, bagi
suprised present. Mana tau nanti dia
ok?” Akhirnya Aime diam. Cadangan Fads itu rasanya macam tak menjadi tapi
sekurang-kurangnya boleh dicuba. Agak-agak berjaya ke? Kalau dia seorang yang
cantik dan kurus, adakah dia akan melalui semua ini?
“XL?” Soal Azki tak percaya.
“Kau tak tahu ke budak-budak kat office gelar girlfriend
kau macam tu? Dia orang kata, XL kira dah cukup besar walaupun saiz sebenar dia
mungkin lagi besar.” Ayat Shahril yang disusuli dengan tawa kecil mula
menyakitkan hati Azki.
“Tak tahu pulak dalam diam kau bercinta!” Sekali lagi
Shahril mengusiknya.
“Kau jangan nak buat aku bengang! Kau ingat, aku dah gila
ke apa? Dah tak ada perempuan lain nak dijadikan girlfriend?” Shahril ketawa dan bukannya lelaki itu tidak tahu
cerita sebenar. Azki sudah pun bercerita apa yang berlaku pada dirinya sejak
mereka berjumpa tadi.
“Best apa ada secretary. Ada orang layan, tolong
buat kerja, buat air kalau haus.”
“Best? Secretary orang lain saiz XS, aku punya secretary...XL! Baik tak ada
dari ada!”
“Orait lah tu,
lain dari yang lain. Lagipun bagus juga macam tu tak adalah kau hilang tumpuan
masa bekerja. Kalau secretary kau cun
sangat pun susah. Aku takut kau pendek umur, hari-hari jantung bekerja keras.”
“Ya...memang tak hilang tumpuan tapi masuk aje office terus hilang mood!” Memang itulah
yang dirasakan sekarang. Lebih baik tak ada sesiapa di depan biliknya dari ada
tapi menyakitkan mata.
“Tapi aku dengarlah orang cakap, orang gemuk ni berjiwa
penyayang. Prihatin dan ambil berat. Kau tak payah susah-susah jaga dia, dia
yang akan jaga kau. Tak untung tu?”
“Banyaklah kau punya untung! Aku tak perlukan orang jaga
aku. Aku tengok dia jalan aje, aku yang rasa semput. Jangan satu hari nanti dia
betul-betul putus nafas sudah! Aku nak tolong macam mana? Nak angkat pun tak
kuat, silap-silap dia lagi kuat nak angkat aku.”
“Tapi si XL tu sweetlah.
Aku suka juga berbual dengan dia sebab dia ni ada satu karakter yang perempuan
lain tak ada.” Dia pandang Shahril dengan rasa tak percaya. Apa kena dengan Shahril ni? Suka dengan anak gajah tu
ke?
“Dia jenis yang tak maintain cun macam perempuan lain. Senang kata tak plastiklah. Pastu
kalau kau perasan, suara dia sedap. Agaknya kalau menyanyi mesti merdu. Nanti
kalau kau boring-boring boleh suruh
dia nyanyi.” Sambung Shahril.
“Banyaklah! Entah-entah bila nyanyi, siling office terus runtuh.”
“Ni aku nak ingatkan. Jangan benci-benci sangat nanti
jadi suka.” Ayat Shahril itu buat dia ingin ketawa. Suka? Tak mungkin! Tengok
pun tak berselera, mana kan datang sukanya?
“Eh..aku bukan macam kau. Dari XS sampai ke XL kau nak
test. Aku bukan senang-senang nak sukakan orang macam tu aje. Macamlah kau
tak kenal aku.” Balas Azki dengan bersungguh-sungguh. Tak rela dan minta
dijauhkan untuk jadi suka pada anak gajah yang Shahril panggil miss XL itu.
“Hello...aku
ingatkan kau aje. Cintakan buta, mana kenal usia dan saiz badan. Memang kau tak
senang-senang nak suka orang tapi takut nanti kau tersuka pulak kat yang XL.
Orang yang memilih dan cerewet ni biasanya dapat yang lain dari yang lain!” Azki
terdiam pada ayat terakhir Shahril itu. Hatinya jadi tak sedap. Jadi tak enak!
Macam mana kalau ayat Shahril itu bakal jadi kenyataan. Tak kan aku akan suka
anak gajah tu? Tak ada yang menarik pun! Ada! Tiba-tiba hatinya menjerit
begitu. Anak gajah, bersuara lembut dan lunak. Memang boleh buat orang melayan
perasaan tapi kena tutup matalah. Kalau tak buat macam tu, memang
hilang mood.
“Alamak,
bos call. Kejap.” Ujar Shahril sebaik telefon berdering.
“Ya, puan Arsyida? Pesanan untuk Azki? Ya, dia ada
dengan saya.” Serentak itu Azki menendang kaki Shahril. Geram apabila Shahril
kata begitu. Ah...apa hal pulak ni? Ingat bila tertinggal telefon di pejabat,
tiada yang mengganggu.
“Puan Arsyida bagi tau suruh kau datang rumah ambil phone kau kat sana. Dan jangan lupa
pulangkan phone Emili. Eh, kau tak
bilang pun budak tu dah balik?” Beritahu Shahril sebaik menamatkan perbualan
dengan Arsyida.
Phone aku? Siapa yang hantar ke sana? Azki mengeluh
perlahan, terbayang pada anak gajah.
“Tengok, kan betul aku kata si XL tu prihatin! Sampai dihantar phone
kau tu ke sana. Untung ada girlfriend
yang memahami.” Sakat Shahril sambil tersengih-sengih.
“Otak kau! Ah...menyibuk betullah anak gajah tu!”
Getusnya geram. Dahlah dia tak suka nak menjejakkan kaki ke rumah Arsyida.
“Tak baik panggil macam tu, tak sopan.”
“Oh..yang kau orang panggil dia XL tu sopan sangatlah
ya?” Tempelaknya pula. Shahril tersengih kemudian ketawa.
“Eh, seriously. Kalau XL tu tak gemuk, kau akan suka pada dia tak?” Soal
Shahril. Azki menggeleng. Atas dasar apa yang membolehkan dia suka pada
perempuan itu.
“Dia gemuk ke, kurus ke,
kenapa aku nak kena suka?”
“Aku tanya aje tapi aku
jamin, kalau XL tu kurus, ramai lelaki suka padanya. Termasuk, kau!”
“Aku atau kau?” Azki
menyoal sambil tersenyum sinis. Macamlah dia tak kenal Shahril!
Shahril angkat kening dan tersenyum panjang.
BERSAMBUNG......
Andai dia punya hati, janganlah dipandang rupa yang buruk ini.
Andai dia punya hati, janganlah dihina diri yang cela ini.
Andai dia punya hati, janganlah diabaikan hati yang mudah rapuh ini.
Andainya dia punya hati........
- XOXO -