Sunday, December 19, 2010

MAJLIS MALAM MESRA FELDA DELIMA OIL PRODUCT

Majlis malam mesra (tempat hubby kerja) diadakan pada 18hb Disember 2010, Hotel New York Johor Bahru. Yang 'best'nya majlis ini setiap orang dapat 'door gifts' (husband & wife) beg duit BONIA dan sekotak chocolate. Terdapat juga lukisan inai di tangan, lukisan 'air brush' dan karikatur.

Aku san sepupuku....saja nak tunjuk inai kat tangan yang
baru saja dilukis. 
                                           Inilah 'door gift' nya, siap dengan 'box of chocolate'

                                                             Pengacara majlis, Linda Onn.
                                                Linda Onn tengah cari Jamal Abdillah Felda.
                                                 Penghibur tanah air yang menyerikan majlis,
                                                 Jamal Abdillah. Bila dia menyanyi saja bulu
                                                 roma tegak berdiri, lunak dan sedap sangat
                                                 suaranya. Terpegun lihat dia menyanyi. Malam
                                                 tu dia menyampaikan 6 lagu. Tapi lagu paling
                                                 'best', Azura dan Seroja.

Depan bilik hotel, malam tu menginap di sana.
                                                          Aku dan hubby..........
                                                      Staff yang 'sporting' menari....
                                           Hubby yang sibuk malam itu AJK urusetia Majlis.
    

                                           Pembukaan majlis, tarian Zapin dari Yayasan Johor.
                                            Sebelum tu diserikan dengan persembahan Ghazal.


Di bilik hotel, sampai pukul 2.00 petang. Hubby sibuk
urus di dewan aku lepak kat bilik sempatlah tengaok rancangan
Zoom In bersama Siti Nurhaliza kat TV2.

Monday, November 1, 2010

POTRET JIWA : CINTA dari Rina Farizq

Cinta akan hadir bila tiba saatnya,
Cinta akan pergi bila kita terleka,
Cinta akan setia bila kita menjaganya,
Cinta akan lebih bahagia bila kita sentiasa mengingatiNYA.

Cinta tak perlukan alasan,
Kerana cinta bukan untuk dipenuhi,
Tidak juga untuk melengkapi diri yang sentiasa terpalit dengan kekurangan.

Bila hati terasa ADA CINTA,
Bila jiwa tersedar AKUKAH JUWITA,
Ketika itulah kita akan fahami,
Cinta bukan sekadar cerita,
Cinta bukan sekadar lagu,
Tidak juga sekadar tarian hidup tetapi cinta bagaikan diri kita ketika bersujud padaNYA.........

Thursday, October 7, 2010

MOMEN INDAH!

Momen indah jarang-jarang berulang.
Mungkin ianya berlaku hanya sekali dalam hidup kita.
Ada momen yang dapat kita rakamkan, ada juga yang tidak.
Namun yang tidak dapat dirakam tak semestinya lupus dari ingatan.
Yang indah akan kekal indah dalam ingatan.
Momen indah itu amat dihargai kerana momen itu sesuatu
yang indah dan istimewa yang tak mungkin dapat dilupakan!

Antara momen indah yang dilalui dan dihayati bersama ;

Perjumpaan keluarga mak atok (sebelah abah)
di Serom, Muar raya ke 2. Ni baru keluarga Aishah (mak atok)
belum lagi adik-beradiknya yang seramai 8 orang.

Keluargaku di pagi raya......
Murfiqah Batriysia, 13/02/10 : Anak saudaraku yang comel sekali!

Dan di bawah ini antara momen indah anak-anakku......
Aqil yang tak reti duduk diam, ada saja tingkahnya yang mencuit hati!

Tatkala dia tersenyum, dunia ini bagaikan terhenti berputar!
Kan, ayat novel aku dah kuar!

Bahagianya melihat tawanya yang riang itu!

Saat dia melihat kita dengan pandangan yang polos,
kita tahu dia juga menyayangi diri kita!

Suka terselit dan menyelitkan diri dengan abangnya!

Si Fiqah bila berada di pangkuan Papa Mamatnya....dan
Rizq ambil peluang untuk menyibuk sama......
Inilah yang membuatkan aku ingin terus hidup,
melayari kehidupan bersama 3 lelaki yang aku
kasihi, sayangi dan cintai.
Tanpa mereka, mampukah aku jalani hidup ini dengan rasa bahagia.

Wednesday, July 28, 2010

Terokai AKUKAH JUWITA di PENULISAN2U

Aku sedang mengusahakan sebuah lagi novel,
AKUKAH JUWITA dengan menggunakan nama pena SWEET BUTTERFLY (untuk di Penulisan2u sahaja) yang kini sedang dipaparkan di
Andai punya waktu dan kesempatan,
silalah baca dan semoga terhibur kerana wadah
bacaan kali ini lebih santai.
Maklum saja ramai pembaca yang mahukan bacaan yang
tidak begitu berat dan ada genre romantik serta sedikit sentuhan "sengal".
Akukah Juwita, sangat istimewa kerana ada
beberapa bab yang sememangnya
cerita benar (cerita yang dikumpulkan drpd teman baik).
Mahukan cerita lebih lanjut.......
akan aku review lagi nanti
sementara itu
bacalah di PENULISAN2U.
Chaiyokk!!!!

Friday, March 19, 2010

SAMBUTAN CHINEESE NEW YEAR 2010

Usually sport club akan buat sambutan untuk setiap festival so yg terbaru adalah perayaan GONG XI FA CAI! Walaupun agak lambat sambutannya, 17/03/2010 tetapi tetap meriah dan gempak dengan tema MERAH menyala! Well, we all memang sporting ikut jerk tema untuk meriahkan suasana.....
Bos aku bersama MD....
' Yi Sang' agaknya kut ejaan mcm nie....

tu reramai tgh Yi Sang!

Aku ngan Salmiah.....

yg malu2 kucing tutup muka tu Rohani...
seorang yg pemalu bergambar! hahahaha....
dah tu dia sorang yg lupa tak ingat nak pakai merah! hampeh!

Ladies in red!
Dari kiri : Sarina, Epal, Aisyah, Masitah, Syima, Aku & Nana

Aku bersama bekas ahli sport club 2009 yg telah digugurkan
Dari kiri : Sarina, Basir, Aku, Zety & Judy
Berdiri : Kadir
Duduk dari kiri : Masraf, Sarina, Basir, Masrina, Zety & Judy.

Sunday, March 7, 2010

BEST DRESS - WEEDING GOWN

Diaorang ni bukanlah kawan aku, malah aku pun tak kenal diaorang nie tapi dari e-mel yg aku terima dari seorang kawan, diaorang ni anak (pengantin perempuan) kepada Pengarah Raja Azmi. Anyway, kenapa aku post dalam blog aku gambar kahwin diaorang nie? Sebabnya aku tertarik dan suka dengan gaun yang dipakai oleh pengantin perempuan. Simple and catchy! So aku post untuk tatapan dan dikongsi dengan kalian semua....maaf ler kepada pengantin kerana post di blog ku ini tanpa pengetahuan dan keizinan, jangan saman ya......
Ok, berbalik pada gaun pengantin. Jarang sekali dapat lihat gaun yang moden, ringkas dan bergaya seperti ini. Meskipun tersangat ringkas tetapi bunga pelbagai warna yang terang berjaya menarik pandangan. Malay potongan gaun juga elegan! Amboi aku ni, sejak bila pulak jadi pengkritik ek? Tapi aku tak kisah, yang aku kisah gaun ni lawa, nasib baik aku dah kahwin kalau tak teringin gak nak wat gaun macam ni, huhuhu!
Korang setuju tak gaun ni cantik?

Pernah dengar; LESS IS MORE?
Pakaian tidak perlu berperincian sarat tetapi cukuplah sederhana,
ringkas tapi masih menawan!

Kek pun cantik!
Sayanglah tak ada gambar perkahwinannya yang lain!

So, aku nak bagi award ; best dress (weeding GOWN) !

Tuesday, February 23, 2010

AKU SELAMAT MELAHIRKAN!!

Aku telah selamat melahirkan seorang baby boy!

Butir peribadi anak;
Muhammad Aqil Hariz Bin Mohammad Fardusi
17/12/2009 @ 2.20 pagi
3.62 kg (normal)
Puteri Specialist, JB.

Alhamdulillah, tiada sebarang komplikasi cuma tidak rasa sakit walaupun jalan sudah terbuka. Untuk mempercepatkan kelahiran, aku telah di 'induce' sebanyak 2 kali. Entah kenapa kali ini rasa sakit cuma selepas di 'induce' baru rasa sakit hendak bersalin datang. Apa lagi sekuat tenaga aku kerah nak keluarkan baby yg boleh tahan besarnya.


usia : 2 minggu

hadiah dari teman sekerja ; terima kasih banyak-banyak buat rakan
yg sudi menghadiahkan 'stroller' kepadaku (memang sengaja mintak! hahahaha)
anak ku yang lahir tak banyak rambut! kesian dia......

sekarang suka hisap jari!

Aqil dengan abangnya, Rizq!

betapa bulatnya anak ku! macam mama dia...huhuhu


usia : 3 minggu
kesian, masa ni muka penuh ruam!

anak ku yg tembam!
Terima kasih kepada teman-teman yang menghantar sms kepadaku semasa aku tengah berjuang! Mana yang tak sempat aku balas, harap maaf! But I Love u all!