Wednesday, November 25, 2009

BUKIT GAMBANG RESORT CITY, KUANTAN PAHANG. (21 & 22/11/09)

Tahun ni company hubby aku buat majlis makan malam keluarga di Bukit Gambang Resort City, Kuantan Pahang. Perjalanan hampir 5 jam daripada Pasir Gudang, kira-kira jam 12.30 tgh kami sampai. Tempat tu kira ok lah lagipun tempat tu baru 6 bulan beroperasi dan banyak lagi projek yg sedang dijalankan di sana. Rate untuk bilik quite ok lah, rasanya berpatutan dengan keluasan bilik.
Baru sampai, anak aku yang ke-boring-an + kepenatan.

Sedang menunggu untuk check in.




Aku dan cousin aku, kebetulan hubby dia satu company
ngan hubby aku.


Bilik penginapan.

Masuk jerk jumpa ruang dapur dulu.
Stail apartment.....

Ruang tamu yang luas!

Pemandangan di bahagian kolam renang.

Di bahagian balkoni.

Naik tram untuk ke water park.
Bayaran RM1.00 (sehala)

Kami bertiga jerk naik tram nie, penumpang lain tak de.


Seronok tengok anak & hubby mandi tapi sebab aku
takut kesejukan, aku tengok sajalah. Cuaca masa tu
pun sejuk sebab gerimis!


Semua org akan tunggu air penuh, bila dah penuh air
akan melimpah ke bawah. Macam best tapi hubby aku kata
sakit kepala bila air melimpah macam tu.....
Hepi betul anak aku, sampai tak nak naik.
Naik pun sebab makan, itu pun sekejap2.
Tengok tu giginya yang rongak (dia cabut sendiri - jimat2!)

Tengoklah tu aksi2 anak aku....



Malamnya...majlis makan malam bermula. Makanan yang
disajikan secara buffet BBQ, adalah kambing panggang, seafood
bakar macam ketam. Tapi makanan tak berapa sedap macam
ada yang kurang.
Dapat luck draw & hadiah misteri.
Lucky draw : blender juice
Hadiah misteri : Vacum flask

Breakfast pagi Ahad.

Sempat anak aku bertenggek lepas gian
dah lama tak main.

Pendek kata percutian yg pendek tapi boleh tahan seronok sebab semuanya free
termasuk elaun perjalanan!!

SALAM AIDILADHA!

Salam Aidiladha untuk semua ........

Renungan untuk kita;

Mengumpat & Fitnah

Allah SWT mencela orang yang mengumpat bagaikan memakan bangkai:
Janganlah setengah kamu mengumpat yang lain. Sukakah salah seorang kamu memakan daging saudaranya yang telah mati (bangkai)?
(Quran surah al-Hujurat, ayat 12)
RasulAllah SAW bersabda;
Setiap muslim haram darah, harta dan harga dirinya atas muslim yang lain.
Baginda SAW juga bersabda;
Takutlah mengumpat. Ia lebih buruk daripada zina. Lelaki berzina lalu bertaubat, maka Allah menerima taubatnya. Sedangkan Allah SWT tidak mengampuni orang yang mengumpat sebelum orang yang diumpatnya memaafkannya.
Mereka berkata, "Orang yang mengumpat manusia ibarat melepaskan peluru kekanan dan kekiri. Seperti itu dia melemparkan akan kebaikannya (hilanglah segala kebaikannya).
Telah bersabda RasulAllah SAW yang maksudnya;
Sesiapa yang mengumpat, bermaksud menghinakan saudaranya, Allah SWT meletakkannya dijambatan neraka pada hari kiamat. Hingga bebas dari apa yang dikatakannya.
Juga Baginda SAW bersabda yang maksudnya;
Mengumpat itu menuturkan keburukan kepada saudaramu samada badan, nasab, perbuatan, ucapan, agama, dunia, bahkan baju, selendang atau tunggangannya.
Hingga sesetengah orang yang terdahulu berkata, "Jika kau katakan pakaian; Pakaian sifulan kebesaran atau kekecilan (pakaiannya kecil atau besar), itupun termasuk mengumpat. Apa lagi jika kau sebut sesuatu yang menyakitkannya".
Dirawikan bahawa seorang perempuan yang pendek telah datang kepada RasulAllah SAW untuk sesuatu keperluan. Setelah dia beredar, Aisyah r.ha berkata, "Wah, pendeknya dia!" Segera RasulAllah SAW berkata, "Engkau telah mengumpat wahai Aisyah!" Telah bersabda RasulAllah SAW;
Jangan kalian mengumpat. Didalamnya terdapat tiga keburukan; Doanya tidak dimakbulkan, kebaikannya tidak diterima, dan akan ditimpakan kepadanya keburukan orang yang diumpat.
Baginda RasulAllah SAW bersabda dalam mencela tukang fitnah;
Manusia terburuk dihari kiamat ialah bermuka dua. Iaitu tukang fitnah. Dia datang pada mereka dengan suatu muka, dan datang pada yang lain dengan muka yang lain pula. Sesiapa yang bermuka dua didunia, (maka) dihari kiamat (dia akan) berlidah dua dari api.
Diceritakan dari Amr bin Dinar, dia berkata, "Seorang lelaki Madinah ada saudara perempuan disuatu kampung sedang sakit. Lelaki itu menziarahi dan menunggunya sampai meninggal dunia. Dia mengucapkan takziah dan menghantarnya sampai kekubur. Setelah selesai, dia kembali kepada keluarganya. Kemudian dia teringat akan dompetnya tertinggal dalam kubur. Dia meminta tolong dari temannya. Temannya itu bersegera berangkat menggali kubur dan menemukan dompetnya. Lelaki itu tadi berkata, "Bagaimana keadaan saudaraku?" Lalu temannya itu membuka sebahagian lubang. Tiba-tiba api menyala-nyala. Segera lelaki itu kembali kepada ibunya dan bertanya, "Ceritakan padaku apa cela saudaraku?" Ibunya berkata, "Saudaramu suka pergi kerumah jiran menceritakan keburukan orang untuk menyebarkan fitnah". Jelaslah bahawa hal itulah yang menyebabkan akan seksa kubur. Siapa ingin selamat, hendaklah tinggalkan mengumpat dan memfitnah".
Abu Hafsh al-Kabir berkata, "Aku tidak berpuasa Ramadhan lebih kusukai daripada daku mengumpat orang", lalu dia berkata, "Sesiapa yang mengumpat seorang faqih, dihari kiamat dia datang dan tertulis dimukanya – Orang ini terputus daripada rahmat Allah".
Telah berkata Ka’ab ra., "Kubaca sebahagian kitab – Barangsiapa yang mati bertaubat dari mengumpat, (maka) dia orang terakhir yang akan masuk syurga. Barangsiapa yang mati (dalam keadaan) membiasakan mengumpat, (maka) dia orang yang pertama masuk neraka". Allah SWT berfirman;
Celakalah untuk tiap-tiap orang pengumpat dan pencela.
(Quran Surah Al-Humazah, ayat 1)
Wajiblah bagi orang yang mengumpat menyesal dan bertaubat agar keluar dari hak Allah. Kemudian meminta halal atas kezalimannya terhadap orang yang diumpat. Telah bersabda RasulAllah SAW;
Sesiapa yang mengumpat saudara muslimnya, Allah SWT akan memindahkan muka keduburnya pada hari kiamat.
Rujukan:
Terjemahan Kitab Mukashafah Al-Qulub, karangan Imam Al-Ghazali.