Tuesday, January 29, 2013


BAB 3

 

A

 
zki mempercepatkan langkah. Ikutkan hati dia masih mahu menyambung sehari dua bermalas di rumah. Tak mahu jejak ke pejabat pada waktu ini. Namun berita yang Shahril sampaikan malam tadi, benar-benar buat dia terbakar. Dia tahu ini angkara Arsyida. Siapa lagi kalau bukan perempuan kejam itu? Ketika dia menolak pintu utama pejabat, dia terpandang seorang perempuan yang gemuk sedang berjalan melintasi ruang reception. Ia membuatkan dia teringat sesuatu namun kerana malas untuk berfikir, dia teruskan saja langkahnya menuju ke bilik Arsyida tanpa meminta kebenaran Maisara, setiausaha Arsyida.

What are you trying to do?” Soal Azki dengan keras. Arsyida yang sedang berdiri mengadap keluar tingkap tidak segera menoleh padanya.

Is that true what Shahril told me?” Arsyida menoleh dan tersenyum megah. Azki bencikan senyuman itu.

Yes.” Jawab Arsyida pendek sebelum duduk di kerusi.

What is your game Puan Arsyida?”

Is it a problem when company gives you a secretary?

Secretary?” Ulang Azki sambil tersenyum sinis. Secretary atau spy?

I don't need a secretary!” Sambung Azki dengan tegas.

Yes, you do.

For what? Jadi spy? Supaya boleh tahu apa saja yang aku buat?”

“Cuba pandang dari sudut positif. You’re too busy and always forget to attend a meeting. So, dengan adanya secretary....tiada lagi alasan TER....lupa kerana TER...lalu sibuk menguruskan kerja sendirian.”

Thanks a lot!” Sengaja Azki mengucapkan ayat itu untuk memerli Arsyida. Dia memutuskan untuk beredar setelah mendengar alasan Arsyida. Dia sengaja datang semata-mata untuk mendengarkan alasan bodoh itu. Dia tahu, Arsyida memang bijak menyediakan jawapan setiap kali mereka berdua bersoal jawab. Bunyi alasan Arsyida begitu logik tapi dia tidak bodoh menerima alasan itu bulat-bulat. Lagipun tak semudah itu Arsyida menyediakan sesuatu untuknya kalau tidak ada sebab lain. Dia tahu, Arsyida pasti merencanakan sesuatu. Bukan Arsyida tidak tahu yang dia memang tak suka ada orang lain yang sibuk-sibuk menguruskan dirinya di pejabat. Dia senang bekerja sendiri.

“Azki, make sure you treat her well. She's a good girl.” Pesanan itu buat hatinya semakin sakit. Tanpa memandang ke arah Arsyida, dia membalas dengan sinis.

Of course! I will.” Kemudian dia menghempas pintu dengan kasar. Sengaja mahu tunjuk kemarahannya. Tetapi apa yang pasti, dia akan memberi layanan terbaik buat setiausahanya nanti. Tunggu sajalah! Tekadnya sudah begitu membulat. Dia akan pastikan setiausahanya pasti bertuah dapat seorang ketua sepertinya, yang penyayang lagi bertimbang rasa. Tentu setiausahanya itu nanti akan terkenang dirinya sepanjang hayat. Esok, dia akan datang ke pejabat dan mahu lihat sendiri bagaimana rupa setiausahanya. Kalau cantik sangat mengalahkan ratu dunia, dia akan pertimbangkan semula agendanya. Dia terus saja menolak pintu utama tanpa mengendahkan sapaan gadis penyambut tetamu yang baru muncul di hadapannya itu. Bukan tak suka nak layan tapi memang tak boleh layan perempuan gedik macam tu. Baginya, perempuan kalau dilayan lebih-lebih akan mengada-ngada. Naik kepala! Nak-nak perempuan mata duitan. Pantang lihat lelaki berduit, asyik nak mengendeng saja. Lebih-lebih lagi kalau punya paras rupa dan penampilan. Dia rimas! Agaknya kalau dia seorang yang tak berkedudukan, rupa pun biasa-biasa tentu perempuan liat nak dekat. Apatah lagi kalau dia tak berkereta mewah. Tentu bukan saja tak nak dekat tapi pandang pun tak sudi. Perempuan zaman sekarang, semuanya materialistik! Kebendaan!

 

 

ARSYIDA mengeluh perlahan, begitulah Azki. Selalu masuk ke biliknya dengan kasar dan biadap. Rasa hormat Azki padanya sudah tidak ada. Mujur saja dia berkuasa, jika tidak tentu Azki tidak akan mempedulikannya. Walau apa pun, dia tetap sayangkan Azki. Bukan ke mudah kalau Azki seperti abangnya, Ishan? Tak perlu dia buat perkara-perkara yang menyukarkan. Tapi dia tahu, Azki akan akur juga kerana lelaki itu bergantung hidup padanya. Dia pasti, kalau bukan kerana bayaran yang lumayan tak mungkin lelaki itu akan terus bekerja dengannya. Pasti sudah lama Azki angkat kaki. Tapi siapa lagi yang sanggup menggaji Azki dengan bayaran yang cukup tinggi? Segala keperluan dipenuhi jika Azki terus berada di syarikatnya. Tapi itulah silapnya, sepatutnya bukan hanya meletakkan syarat untuk bekerja saja tetapi prestasi kerja dari segi kedatangan dan kerjasama antara pekerja lain haruslah memuaskan. Dia kesal kerana rasa tanggungjawab Azki terhadap pekerjaan dipandang remeh. Dia tahu Azki sering menggunakan kesempatan dan alasan tidak ke pejabat kerana berjumpa dengan pelanggan. Tidak hadir mesyuarat kerana terlalu sibuk hingga terlupa. Tapi dari sudut yang lain dia kagum yang Azki bisa mendapatkan pelanggan besar. Dia masih ingat apa yang Azki pernah katakan padanya dulu.

You tell me…mana satu yang lebih baik. Bersusah payah mengumpul pelanggan kecil setiap bulan atau mendapatkan pelanggan besar dalam masa sekali tetapi boleh mendatangkan keuntungan dalam jangka masa yang panjang.” Ya, tak dinafikan ada kalanya Azki memang bijak dalam mendapatkan pelanggan. Tak perlu dia rasa risau terhadap keuntungan yang bakal dibawa oleh lelaki itu. Tetapi dia tak boleh bertoleransi dengan sikap Azki yang malas ke pejabat dan tidak mahu menghadiri mesyuarat. Dia sudah penat mendengar umpatan staf yang lain tentang Azki. Dia tak mahu dikatakan berat sebelah atau pilih kasih dan membiarkan terus lelaki itu jadi malas datang kerja dan tidak boleh bekerja secara berkumpulan. Dah tiba masanya dia perlu ubah keadaan itu. Tak perlu ambil tindakan drastik tetapi cukuplah mulakan dengan sesuatu yang kecil dahulu. Dia tersenyum sendiri, tiba-tiba rasa seronok melihat reaksi Azki ketika marah. Azki tak ubah macam dulu. Anak kecil yang begitu manja tapi nakal. Anak kecil yang kalau permintaannya tidak dipenuhi, akan memberontak. Azki just like before, never change!

 

 

            PUAS Emili mencari telefon bimbitnya sejak semalam. Dicarinya dalam beg sandang dan di dalam bagasi walaupun dia pasti tak mungkin meletakkan telefonnya di situ. Dicubanya juga menelefon telefon bimbitnya sendiri melalui telefon rumah, tak juga kedengaran bunyi telefon meskipun talian berjaya disambungkan. Ah! Mana ni? Dia tak tahu nak cari di mana lagi. Tiba-tiba dia teringat sesuatu. Alamak! Tak kanlah tertinggal dalam kereta orang tua tu? Dia menghempaskan diri di atas katil. Terbayang rasa menyampah dan benci. Nak dapatkan balik telefon bimbitnya dari Azki, tentu payah. Tak kannya lelaki itu mahu menghantarkan telefon padanya. Memang mimpilah Azki nak buat macam tu. Kalau lelaki itu buat pun tentu dicampak telefonnya itu melalui pagar rumah. Ah...jahanam ler jawabnya phone aku tu! Macam mana ler aku boleh cuai sangat ni?

Dia mengeluh, rasa begitu kecewa sekali. Banyak sangat benda yang dirasakan begitu peribadi di dalam telefon bimbitnya itu. Tak mudah nak biarkan begitu saja. Terpaksa juga dia cari jalan macam mana nak mendapatkan semula telefonnya tanpa sebarang kecacatan atau kerosakan. Dia pasti saat ini, telefonnya itu sedang digodeh oleh Azki. Ah, kenapa ler aku bodoh sangat tak letak password? Dia menggenggam rambutnya dengan kedua-dua belah tangannya macam orang yang kecewa putus cinta!

 

 

            AZKI tersenyum puas, dibiarkan saja telefon yang berdering-dering sejak semalam. Dia sengaja membiarkan telefon itu di dalam kereta tanpa berhasrat untuk memulangkannya dalam masa terdekat. Dia pasti, tuan empunya telefon itu sedang meroyan ketiadaan telefon itu. Lalai! Careless! Memang padanlah semua benda kau tinggal! Kalau kepala tak melekat, memang boleh jumpa kepala gadis itu bersepah di mana-mana. Bukan dia tak tahu sikap Emili yang selalu cuai dalam menjaga barang keperluan sendiri. Pernah dulu, dia melihat gadis itu dengan selamba tertinggal bra yang dilipat di hadapan tv. Tak tahu malu langsung!

            “Kau ingat aku suka sangat ke nak tengok sampul nasi lemak 50 sen kau ni? Kau ingat kau sorang saja yang duduk dalam rumah ni?” Soalnya sambil menolak bra dengan hujung kakinya.

            “Ada aku kisah? Sapa suruh tengok kalau tak suka?” Sambut Emili sambil berpatah semula mendapatkan bra miliknya yang berwarna hitam itu.

            “Kau ni nama aje perempuan tapi tak tahu malu. Semua benda kau nak tunjuk ke?”

            “Kau pun sama! Dah 20 tahun pun, boxer masih suruh Mak Eton yang basuh! Hei....geli je!” Sahut Emili tak mahu mengalah.

Itulah yang buat Azki benci sampai sekarang. Gadis yang muda empat tahun darinya itu rajin betul menjawab kalau dia bersuara. Memang selalu buat dia hilang sabar. Tak pernah serik atau takut padanya. Bukan sekali dua dia mengenakan gadis itu, banyak kali. Termasuk juga dengan menjetat kepala gadis itu. Sebab itu jugalah dia bertekad tak akan tinggal sebumbung dengan gadis itu sebaik dia ada wang sendiri. Mujur saja dia masih diberi kemewahan walaupun bersyarat. Ahhh.....keluhan dilepaskan. Mahu buang rasa sakit hati jauh-jauh. Sehingga kini dia terpaksa tunduk kepada perempuan bernama Arsyida.

            Sebaik memakir kereta, telefon bimbit milik Emili dimasukkan ke dalam glove compartment. Tak kuasa Azki nak bawa ke hulu ke hilir harta benda gadis itu. Dia membetulkan tali leher sebelum melangkah. Biarpun berkemeja, dia masih gemar mengenakan jeans. Tidak terlalu formal, ranggi tetapi masih kelihatan kemas dan bergaya.

            Sebaik menjejakkan kaki ke bahagian pemasaran, dari jauh dia sudah nampak seseorang yang sedang berada di depan biliknya. Jantungnya terus berdegup kencang, rasa tak percaya. Terkejut dan nak pengsan pun ada. Namun untuk berpatah semula sudah terlambat apabila tiba-tiba saja Arsyida menghampirinya dari belakang.

            Good! Hari pertama ada secretary sudah datang awal. Come, let me introduce you to your secretary.” Ujar Arsyida mendahului langkahnya. Dia tiada pilihan, terpaksa mengekori langkah Arsyida yang tersusun itu. Semakin dia mendekati biliknya sendiri, semakin dia merasakan dunianya semakin gelap. Kenapa perempuan itu? Sudah tiada perempuan lain ke yang boleh dijadikan secretarynya?

No comments: