BAB 1
“XL?
|
“Miss XL tu gelaran dia kat sini. Tak kan orang nak sebut XXL, panjang sangat! Nak
gelar blue hippo, karang macam menghina ciptaan Tuhan. Anyway kat office kita ni
XL dah cukup besar ok? Semua staf perempuan kat sini saiz XS, paling gemuk pun
saiz M. Even dalam building ni pun, kau ada nampak ke perempuan
lain macam dia? Ada?” Penjelasan Sheera buat yang lain ketawa mengekek di dalam
pantry itu.
Aime yang sejak tadi berdiri di luar pantry itu hanya mampu mendengarkan
perbualan mereka dengan hati yang cukup pedih. Tak sangka rupanya aku ada
gelaran! Miss XL? Huh! Jahatnya mereka. Di depan aku semuanya bukan main mesra
lagi, minta itulah, tolong buat inilah. Rupanya, ini yang mereka umpatkan jika
di belakang aku!“Tapi, aku tengok lelaki-lelaki kat sini bukan main suka berbual dengan si gemuk tu. Kenapa ya?”
“Alah, lelaki-lelaki tu setakat bual aje tapi kalau tanya dorang balik, ada ke yang nak jadikan dia tu girlfriend? Tak adanya. Kalau kau tanya pada Ramli buncit tu pun, dia pun tak nak si Miss XL tu.”
“Hmm....kalau bukan kerana dia tu rajin buat kerja tak ada maknanya aku nak layan dia. Gemuk! Eee...sakit mata aku. Kenapalah dia tak kuruskan badan dia tu? Tak penat ke bawak badan macam tu? Aku yang tengok ni je pun rasa letih!” Sahut Farah sambil ketawa kecil.
Aduh.....sakitnya! Aime merintih sendiri dan dia makin terseksa mendengarkan umpatan mereka. Patut ke dia menyergah mereka sekarang? Patut ke? Tapi untuk apa? Bukannya dapat sembuhkan semula hatinya yang sudah tercalar ini. Lagipun mereka tentu akan jawab balik, tak ada sebut nama pun? Kenapa nak terasa, kan? Tapi siapa lagi perempuan gemuk dalam office ni? Ada ke orang lain selain dirinya? Ada ke? Lantas dia berlalu saja dari situ. Tidak jadi hendak masuk ke dalam pantry untuk buat minuman. Separuh hatinya hancur, lebur! Dia sudah tidak ada mood untuk mengadap kerja-kerja yang melambak di atas meja. Semuanya hanya dipandang dengan pandangan kosong. Dia asyik teringat pada kata-kata yang mencalarkan perasaannya tadi. Miss XL! Salah ke kalau aku gemuk? Aku menyusahkan orang ke?
Aime tak pernah rasa penat dengan dirinya sendiri. Malah dia lebih rajin berbanding dengan orang yang lebih kurus dalam pejabat ini. Orang minta tolong, dia tolong. Walau sibuk macam mana pun, dia sedaya upaya membantu. Baginya kerjasama dan saling membantu itu perlu. Satu keluhan dilepaskannya. Dia menundukkan kepala, memandang pada badannya sendiri. Merenung pada perut yang berlipat dua. Ada ke orang gemuk yang memang nak jadi gemuk? Tentu tidak! Semua orang nak kurus, tapi dia tak mahu mendesak dirinya untuk ke arah itu. Dah dia memang gemuk sejak dulu lagi, tentulah payah nak kurus. Lemak yang tersimpan pun dah tepu, memang jenuhlah nak cair. Akhirnya dia capai beg tangan, bingkas dengan malas sekali untuk pulang. Hari ini dia tak larat untuk lama-lama di pejabat. Tak seperti kebiasaannya, yang selalu pulang jam 7 atau 8 malam.
“Eh, Aime. Awalnya hari ni? Ni baru pukul 5.” Sapa Linda ketika dia bergegas menahan pintu lif untuk turut sama masuk.
“Hmm...ada hal” Jawabnya pendek kerana tiada mood untuk berbual mesra sebaik terpandangkan sekumpulan perempuan yang mengumpatnya di dalam pantry tadi.
“Kau nak gi dating ke?” Soal Sheera pula dengan mesra, buat Aime meluat. Berlakon baik, huh! Aime sekadar angkat kening dan senyum. Sakit hatinya belum hilang.
“Amboi, diam-diam ada boyfriend hea...sikit pun tak cakap-cakap.” Giat Linda pula.
“Hish...orang macam kau pun ada boy....” Ayat Farah terhenti sebaik disiku Sheera.
“Errr....maksud aku..aku...” Farah teragak-agak untuk menyambung kembali ayatnya itu. Aime faham benar kenapa Farah begitu. Dalam celupar bimbang juga yang Aime akan terasa. Mungkin sebab dia selalu membantu kerja-kerja perempuan itu. Terus-terang, perempuan yang baru saja sebulan bekerja itu memang tak tahu apa-apa tentang akaun. Entah macam mana perempuan itu boleh bekerja di sini. Mungkin sebab kenal orang dalam kut?
Sebaik pintu lif terbuka, Aime terus keluar. Namun dia tersenyum sendiri sebaik terpandangkan ada seorang lelaki sedang berdiri tidak jauh dari pintu lif. Lelaki itu sedang membelek telefon bimbitnya sendiri. Lantas Aime melajukan langkah dan terus saja memaut mesra lengan sebelah kanan milik lelaki itu.
“Hi, baby! Sorry sayang lambat.” Ujar Aime sambil tersenyum. Lelaki itu menoleh dan memandang padanya. Aime memberikan senyuman dengan renungan yang cukup bermakna.
“Kita nak ke mana ni? Tengok movie ke?” Soal Aime agak kuat sambil menjeling ke arah Farah, Sheera dan yang lain-lain. Saja nak bagi mereka dengar. Mereka yang berdiri tidak jauh darinya memandang dengan rasa tidak percaya. Kenapa? Terkejut? Tak percaya? Perempuan gemuk macam aku ada kekasih? Dia mahu gelak tapi ditahan, apa tidaknya masing-masing melopong dengan mata yang membulat. Ya, tentu saja mereka terkejut dan tak percaya. Lelaki di sisinya itu bukan calang-calang lelaki. Sudahlah handsome, bergaya pula tu! Lelaki yang bergaya, berdiri saja pun boleh terserlah kehebatannya. Kalau nak bandingkan lelaki itu dengan dirinya, memang tak sesuai langsung. Macam kera dengan penguin saja!
“Err...kami balik dulu.” Ujar Sheera teragak-agak sambil berlalu bersama teman-temannya. Aime tersenyum puas. Esok pagi mesti tersebar gosip tentang dirinya. OMG! Miss XL ada boyfriend! Handsome pula tu! Eh, macam mana perempuan gemuk boleh dapat lelaki handsom dan bergaya ya? Kemudian dia tergelak sendiri, membayangkan ayat-ayat seumpama itu tersebar dari mulut ke mulut.
“Ehem...” Deheman keras itu menyedarkan dirinya. Lantas dia menoleh dan lelaki di sisinya itu merenung tajam. Kemudian lelaki itu menarik kembali lengan yang masih dikepit itu dengan kasar.
“Err....sorry!” Ujar Aime sambil buka langkah seribu. Apa lagi yang dia boleh katakan selain kata maaf itu. Renungan tajam milik lelaki itu menakutkannya. Lebih baik dia cabut saja. Sebelum masuk ke dalam perut kereta, sempat lagi dia menoleh. Mahu melihat reaksi lelaki tadi. Ternyata lelaki itu masih memandang padanya sambil bercekak pinggang. Cepat-cepat dia masuk ke dalam perut kereta. Uii...takutnya. Yang aku ni pun satu! Asal boleh aje nak paut lengan orang. Entah lelaki itu baik ke tidak! Entah-entah penyamun, tak pun bapa ayam ke? Dia sendiri pun tak sangka, tiba-tiba saja idea gilanya datang begitu saja.
SUDAH beberapa kali
Aime berpusing di hadapan cermin. Membelek dirinya untuk kesekian kali. Hari
ini dia mengenakan sut warna hitam dengan skirt potong A paras lutut. Walaupun
gemuk, dia masih tetap bergaya. Sentiasa menjaga penampilan diri kerana
baginya, itu penting. Tak kurus tak mengapa asal penampilan terjaga. Mesti
bersih dan kemas. Rambutnya yang lurus dan lembut disisir sekali lagi sebelum
melangkah keluar dari bilik. Entah kenapa, pagi ini dia begitu bersemangat.
Luar biasa semangatnya hari ini dari hari biasa. Hari ini dia akan datang ke
pejabat dengan gembiranya.
Seperti jangkaannya! Hari ini kecoh satu pejabat, tentang hal semalam. Mau tak kecoh? Siapa
sangka perempuan macam aku ada boyfriend
yang handsome, kan? Dia tersengih, gembira.
Tiba-tiba dia teringat pada lelaki yang dia jadikan sebagai boyfriendnya semalam. Lelaki yang handsome tapi punya renungan yang tajam.
Memang menakutkan. Entah siapalah lelaki itu, tak kan orang jahat kut? Dia
berkira-kira sendiri. Agaknya kerja di sini juga. Entah floor yang mana, bahagian apa, dia pun tak tau sebab tak pernah
nampak. Selama dua bulan dia bekerja di sini,
semalamlah kali pertama dia ternampak lelaki itu. Mungkin Tuhan sengaja mengirimkan
lelaki handsome itu untuknya.
“Aku rasa macam nak bunuh diri tengok Miss XL semalam. Huh...tak
boleh terima, tak boleh terima.”
Aime mengulum senyum sambil berpura-pura tak mendengar
Farah sedang berbisik dengan gengnya. Bunuh diri? Ish, ish, ish...sampai macam
tu sekali ke? Tak cium bau syurga tau kalau buat macam tu. Bagus juga dia
terdengar umpatan mereka semalam, jadi tahulah dia sekarang siapa Miss XL yang
dimaksudkan. Dia senyum lagi, entah kenapa rasa seronok sangat.
“Aime...” Panggilan itu
buat dia menoleh. Sheera sudah bertenggek di hujung mejanya. Mentang-mentang
kurus, suka hati saja bertenggek macam tu. Agak-agak kalau aku yang bertenggek
macam tu, mau terbalik meja!
“Hmmm..” Sahutnya malas.
“Errr....dah lama ke kau
bercinta dengan dia?” Pertanyaan Sheera buat dia hendak tergelak. Baru aje
semalam! Boleh ke beritahu macam tu? Ish...mana boleh nanti pecahlah rahsia
aku.
“Lamalah jugak.” Balasnya
tanpa memandang pada Sheera. Berpura-pura
sibuk dengan kerja-kerjanya.
“Macam mana boleh jumpa
dan bercinta?” Pengorek rahsia! Memang itulah kerja Sheera. Lepas korek rahsia
orang nanti jaja satu bangunan, dari tingkat atas sampai bawah semuanya tahu
nanti.
“Adalah.” Tak kan dia
nak cerita. Sebab baru semalam dia jumpa lelaki itu. Bercinta apa kalau sekadar
paut lengan tak sampai 10 minit.
“Itu pun nak rahsia...”
Deringan telefon menyelamatkan Aime dan serentak itu Sheera berundur
darinya beralih ke arah Farah pula. Dia
sekadar menjeling sambil mengangkat gagang telefon.
“What happen to
my claim?” Satu suara keras bertanya. Buat dia terkejut namun masih cuba
memikirkan dan mengingati kalau dia mengenali suara itu. Bukannya nak beri
salam atau kenalkan diri!
“Hello,
selamat pagi. Dengan siapa saya bercakap ni?” Soalnya perlahan. Tidaklah bernada
keras macam pemanggil di dalam talian itu. Untuk seketika tiada jawapan. Senyap
saja.
“Hello?
Selamat pagi.” Sekali lagi dia bersuara.
“Kau
yang in charge on monthly claim?”
“Err…ya saya. Siapa ya yang bercakap tu?”
“Macam mana kau kerja ni haa? Bayar claim tak betul! Lain yang orang claim lain yang kau bayar?” Dia mula bingung. Dah kenapa orang
dalam talian ni? Angin pasang ke tiba-tiba nak menjerit macam tu? Dia menarik
nafas, mahu mengawal dirinya agar tak terjangkit sama penyakit orang yang di
dalam talian itu.
“Maaf ya, dengan siapa saya bercakap ni?”
“Berapa ramai claim
orang lain yang kau bayar tak betul? Sampai kau tak tahu sedang bercakap dengan
siapa?”
“Maaf encik, saya memang
tak cam langsung suara encik. Lagipun banyak claim yang saya handle.
Tapi tak mungkin saya salah bayar melainkan saya potong claim encik kerana….”
“Potong? Kau potong claim aku? Apa hal kau nak potong claim aku? Hey, kau buat kerja tak pakai
otak ke? Suka hati kau nak potong-potong, ingat aku suka-suka nak claim kalau tak perlu?!”
Maaf
encik, claim yang encik submit tu mungkin tak lengkap. Saya
bukan suka-suka nak potong kalau tak ada sebab. Mungkin encik tak sertakan
bukti pembayaran dan kalau tidak disertakan bukti pembayaran seperti resit
ataupun bil, claim tersebut saya
terpaksa cancelled.”
“Sejak bila perlu bukti pembayaran ni? Selama ni tak ada pun prosedur
macam ni? Kau jangan nak pandai-pandai buat prosedur sendiri. Ingat syarikat
ni, bapak kau yang punya?” Aduh! Dah melampau ni! Sampai nak melibatkan bapak
pulak ni. Patut aku menjerit juga ke ni? Patut ke? Tak perlu kot? Nanti kalau
aku sama naik macam pemanggil tu, tak ada bezalah aku dengan pemanggil yang
biadap tu, kan?
Sekali lagi dia menarik nafas, membetulkan sistem
pernafasan sekaligus mengawal perasaannya yang sudah terbakar.
“Ya, itu memang prosedur. Saya telah diarahkan untuk reject claim yang tidak lengkap tapi memandangkan saya ni masih bertimbang
rasa dan baik hati, saya tidak pulangkan claim
encik tu, saya cuma potong aje. Jika encik masih ingin menuntut juga, sila
serahkan semua resit atau bil yang berkenaan. Di harap juga encik dapat
menyerahkan claim yang lengkap di
masa akan datang agar tiada sebarang kesulitan seperti ini. Maaf saya tak dapat
nak layan encik lebih lama memandangkan saya ada kerja lain. Terima kasih
kerana menghubungi saya.” Serentak itu dia terus meletakkan gagang telefon.
Rasanya tak perlu dia nak layan lelaki biadap macam tu. Biarpun dia berjaya
mengawal intonasinya ketika bercakap dengan pemanggil biadap itu tadi tapi dadanya
rasa nak pecah. Apakan tidak, suka hati saja dia ditengking begitu. Kalau dia
yang bersalah tak mengapa juga. Biadap betul! Siapalah manusia tu?
Banyak tuntutan yang dia kendalikan dan bukan hanya si
pemanggil itu seorang saja yang telah dipotong tuntutannya. Jadi manalah dia
tahu siapa menelefon? Lagipun seingatnya, dia tak pernah dengar suara si
pemanggil itu tadi. Ingat aku ada magic
ke boleh tahu pulak siapa yang call? Huh!
“It must be Azki, right?” Tiba-tiba dia dikejutkan dengan soalan itu. Serentak itu dia
menoleh. Arsyida yang berdiri tidak jauh darinya, memandang serius.
“Err...Puan....saya...” Aime terus bingkas dan jadi
serba salah. Tentu Arsyida mendengar cara dia menjawab panggilan itu tadi. Tapi
bagaimana Arsyida tahu yang pemanggil itu tadi adalah Azki? Tapi kalau betul,
macam mana? Dia cuba mengingati kembali perbualan tadi, rasanya dia masih
menjawab dengan berhemah walau ditengking-tengking. Kini nafasnya semakin
sesak.
“It's ok.”
Ujar Arsyida serius kemudian berlalu. Aime melepaskan nafas lega. Arsyida buat
jantungnya berdegup kencang. Rasa tak mampu nak bernafas dengan tenang. Semua
orang tahu yang Arsyida sangat tegas dan serius. Jarang benar wanita itu
tersenyum atau berbual kosong. Namun dia sangat mengagumi wanita itu. Wanita
itu cekal dan berani menguruskan sebuah syarikat sendirian. Dia bangga kerana
semakin ramai wanita yang berjaya tetapi untuk berjaya tentu bukan mudah, kan?
Walaupun sudah berusia tetapi masih aktif dan anggun bergaya.
Aime memandang sekeliling, bila terasa sunyi dan sepi.
Patut pun, semuanya sudah duduk di tempat masing-masing. Mungkin kerana
kedatangan Arsyida sebentar tadi membuatkan kumpulan bergosip dan malas bekerja
begitu rajin bekerja sekarang ini. Nak kena Puan Arsyida selalu datang ke department ni kut baru masing-masing
jadi rajin? Dia tersenyum sendiri. Namun mengenangkan kembali pemanggil biadap
sebentar tadi, hatinya jadi sakit semula. Kalau benarlah pemanggil itu bernama
Azki seperti yang dijangkakan oleh Arsyida, dia memang kenal sangat-sangat. Kenal
pada nama saja, kerana dia banyak menerima tuntutan daripada lelaki itu. Kenal
secara fizikal atau peribadi memang belum pernah. Tapi baru dengar suara saja dia
sudah dapat agak bagaimana karakter lelaki itu. Biadap dan pendek akal! Apa
salahnya kalau Azki bercakap dengan sopan? Selidik dulu apa sebabnya tuntutan
lelaki itu tidak dibayar sepenuhnya. Macam manalah dia hendak membuat bayaran
jika tuntutan yang diberikan tidak lengkap? Resit atau bil, tiada satupun yang
diberikan. Sudahnya dia cuma dapat membayar elaun perjalanan saja. Lagipun dia
telah menghantar e-mel pada lelaki itu, memberitahu yang semua tuntutannya itu
terpaksa dipotong. Tak kan lelaki itu tak baca
e-mel yang dihantar? Tapi walau apa pun masalah lelaki itu, seharusnya perkara
ini boleh diselesaikan dengan cara baik. Bukan menyerang orang melalui
panggilan telefon macam tadi. Suka-suka saja nak marah dan tengking-tengking.
Arggghhhh... Satu keluhan berat dilepaskan bagi membuang rasa geramnya saat
ini. Mana hilangnya rasa seronok yang sebentar tadi bermukim dalam hatinya? Mana?
BERSAMBUNG.... XOXO!
No comments:
Post a Comment