Diaorang ni bukanlah kawan aku, malah aku pun tak kenal diaorang nie tapi dari e-mel yg aku terima dari seorang kawan, diaorang ni anak (pengantin perempuan) kepada Pengarah Raja Azmi. Anyway, kenapa aku post dalam blog aku gambar kahwin diaorang nie? Sebabnya aku tertarik dan suka dengan gaun yang dipakai oleh pengantin perempuan. Simple and catchy! So aku post untuk tatapan dan dikongsi dengan kalian semua....maaf ler kepada pengantin kerana post di blog ku ini tanpa pengetahuan dan keizinan, jangan saman ya......
Ok, berbalik pada gaun pengantin. Jarang sekali dapat lihat gaun yang moden, ringkas dan bergaya seperti ini. Meskipun tersangat ringkas tetapi bunga pelbagai warna yang terang berjaya menarik pandangan. Malay potongan gaun juga elegan! Amboi aku ni, sejak bila pulak jadi pengkritik ek? Tapi aku tak kisah, yang aku kisah gaun ni lawa, nasib baik aku dah kahwin kalau tak teringin gak nak wat gaun macam ni, huhuhu!
No comments:
Post a Comment