Tuesday, May 26, 2009

BIRTHDAY!

Bulan April yang lepas merupakan bulan istimewa kerana bulan kelahiran anak dan emakku.
Anakku yang tahun ini berusia 7 tahun pada 1 April dan emakku, 49 tahun pada 19 April. Kami menyambut secara sederhana, cuma anakku saja yang beruntung dapat sambut 4 kali.

Kali pertama sambutan dibuat bersama keluarga kami saja, aku, suami dan anak. Makan aiskrim di Baskin Robin sehari sebelum hari jadinya iaitu pada 31 April.

Kali kedua, bersama ibu mertua dan adik iparku. Makan seafood di Senibong....nyum nyum nyum...sedap...chili crab, siakap steam, siput gongoong? entah apa namanya aku tak sure....
Kali ketiga bersama keluarga sebelah aku, buat dirumah, beli kek..... happy Rizq dapat tiup kek!
Dan kali keempat menumpang dengan neneknya pada 19 April....padahal hari tu sambut hari jadi nenek tapi dia pun nak sekali.....
Jom tengok gambo.....
Kek harijadi yang Rizq pilih, dipersetujui oleh mama dan papanya...


Masa ni sehari sebelum hari jadinya....sambut bertiga je....
Haaa....beli yang besar aiskrim tu......campur 3 perisa!

Bersama ibu mertuaku...adik iapr yang snap gambar nie.....

Tengoklah tu, dah tak sabo nak tiup lilin tengah baca doa
pun sempat menjeling pada kek. Macam biasa...atok baca doa
dulu untuk cucu tersayang.
Doa kesyukuran dan semoga selamat sejahtera.

Happy, kitaorang tengah nyanyikan untuk dia, semyum simpul!
Malu konon!

Bersama kek impiannya...kalo bole nak lagi besar tapi aku
tak kuasa nak beli, bukan apa membazir, nanti tak termakan!

Potong kek!
Dengan papanya....

Dengan neneknya... Nek Mas!
Dengan atok, dia memang manja dengan atok, sikit2
atok, kalo ada atok, nak gi bilik air atok teman, mandi
pun dengan atok......
Masa nie di rumah Pontian....nak sambut birthday mak ler nie....
Sempat Rizq layan PSP nyer tu!
Aku tak tau nak belikan mak apa...last2 decide bagi duit jer..
terpulang ler dia nak beli apa....kami sambut makan KFC,
ikan sembilang asam pedas, sotong kicap, sayur lemak semuanya
beli aje di kedai kat Tepi Laut Pontian....anak dia rajin sangat
nak masak kat kedai.....
Semoga Rizq Hakim dan emak, Masnah Arpan berbahagia
selalu, sihat walafiat dan dirahmati Allah.......
I love u!!!!! Rizq & Mak!

2 comments:

MAMADANISH78 said...

beruntungnya la risq ni kan...semua nmpak happy je...
pppsssttt.bila nak ada adik tu...he2...teingat masa g melaka baru2 ni..mmg best g melaka kan...mcm2 tmpat leh g...tak puas..
frust gak sbb masa g tak leh nak naik taming sari tu..sbb tlalu ramai org...mmg niat nak g melaka lagi nih..

Rina Farizq said...

InsyaAllah kalau Allah nak bg rezeki sorang lagi, kita bersedia bila-bila masa....amin!