Umur pun dah tambah lagi 1 angka, tapi apa ada hal ianya sekadar nombor yang akan meningkat dari masa ke semasa. Yang penting kita gembira dan bahagia, jiwa muda, hati remaja tapi pemikiran matang sejajar dengan peredaran masa!
Semoga tahun ini lebih baik dan manis dari tahun yang lepas-lepas biarpun kita tahu yang tahun ini ekonomi berkocak dan tak menentu hingga tahun 2010. Apa pun kita mesti teruskan hidup dan lakukan segalanya dengan terbaik!
Tinggalkan segala keburukan, jadikan hari ini lebih baik dari semalam. Jangan bersedih atas kegagalan atau keperitan yang kita lalui, kerana ia pemangkin untuk kita berdiri kuat untuk hari esok dan seterusnya.....
Renung-renungkanlah dan selamat beramal! Ewah, macam pernah ku dengar tapi di mana ya? Hahahahaha......
No comments:
Post a Comment