Lamanya aku tidak singgah ke teratak ilhamku ini. Bukan aku lupa tapi aku dihambat kesibukan tugas yang tidak pernah reda Maklum sajalah kalau kerja makan gaji ni, bermacam tugasan, baru habis buat gaji, terus buat closing report. Lepastu disambung pula dengan salary advance dan minggu ni pula ada audit dari SIRIM pula. Perghhhh.....macam nak gila! Belum lagi dengan class dan assignment. Assignment pula langsung belum sentuh, nasib baik date submit 10 Mei 2008. Kalau tidak.....mati ooooo!
Baru-baru ini kita dikejutkan dengan pelbagai insiden dan antaranya adalah kisah Sufiah. Entah mengapa aku jadi minat mengetahui kisahnya apatah lagi bermacam informasi dan gambar-gambarnya bertandang ke e-mel ku....Fuh dasyat betul tapi aku akui dia cantik setelah bermekap.
Namun aku tidak berani mengulas lebih lanjut kerana kita sendiri tidak mengetahui cerita sebenarnya. Tuhan ada, Dia Maha Mengetahui dan Maha Pengampun....Siapalah kita untuk menghakimi Sufiah, namun jauh di sudut hatiku agar Sufiah diberikan petunjuk begitulah juga dengan kita semua. Semoga Tuhan sentiasa memberikan petunjuk dan hidayah pada hamba-hambanya yang lemah seperti aku.
No comments:
Post a Comment