BAB 3
A
|
“What are you trying to do?” Soal Azki
dengan keras. Arsyida yang sedang berdiri mengadap keluar tingkap tidak segera
menoleh padanya.
“Is that true what Shahril told me?”
Arsyida menoleh dan tersenyum megah. Azki bencikan senyuman itu.
“Yes.” Jawab Arsyida pendek sebelum duduk
di kerusi.
“What is your game Puan Arsyida?”
“Is it a problem when company gives you a secretary?”
“Secretary?” Ulang Azki sambil tersenyum sinis. Secretary atau spy?
“I don't need a secretary!” Sambung Azki
dengan tegas.
“Yes, you do.”
“For what? Jadi spy? Supaya boleh tahu apa saja yang aku buat?”
“Cuba pandang dari sudut positif. You’re too busy and always forget to attend a meeting. So, dengan adanya secretary....tiada lagi alasan TER....lupa kerana TER...lalu sibuk
menguruskan kerja sendirian.”
“Thanks a lot!” Sengaja Azki mengucapkan
ayat itu untuk memerli Arsyida. Dia memutuskan untuk beredar setelah mendengar
alasan Arsyida. Dia sengaja datang semata-mata untuk mendengarkan alasan bodoh
itu. Dia tahu, Arsyida memang bijak menyediakan jawapan setiap kali mereka
berdua bersoal jawab. Bunyi alasan Arsyida begitu logik tapi dia tidak bodoh
menerima alasan itu bulat-bulat. Lagipun tak semudah itu Arsyida menyediakan
sesuatu untuknya kalau tidak ada sebab lain. Dia tahu, Arsyida pasti
merencanakan sesuatu. Bukan Arsyida tidak tahu yang dia memang tak suka ada
orang lain yang sibuk-sibuk menguruskan dirinya di pejabat. Dia senang bekerja
sendiri.
“Azki, make sure you treat her well. She's a good
girl.” Pesanan itu buat hatinya semakin sakit. Tanpa memandang ke arah
Arsyida, dia membalas dengan sinis.
“Of course! I will.” Kemudian dia menghempas
pintu dengan kasar. Sengaja mahu tunjuk kemarahannya. Tetapi apa yang pasti,
dia akan memberi layanan terbaik buat setiausahanya nanti. Tunggu sajalah!
Tekadnya sudah begitu membulat. Dia akan pastikan setiausahanya pasti bertuah
dapat seorang ketua sepertinya, yang penyayang lagi bertimbang rasa. Tentu
setiausahanya itu nanti akan terkenang dirinya sepanjang hayat. Esok, dia akan
datang ke pejabat dan mahu lihat sendiri bagaimana rupa setiausahanya. Kalau
cantik sangat mengalahkan ratu dunia, dia akan pertimbangkan semula agendanya.
Dia terus saja menolak pintu utama tanpa mengendahkan sapaan gadis penyambut
tetamu yang baru muncul di hadapannya itu. Bukan tak suka nak layan tapi memang tak boleh layan perempuan gedik macam
tu. Baginya, perempuan kalau dilayan lebih-lebih akan mengada-ngada. Naik
kepala! Nak-nak perempuan mata duitan. Pantang lihat lelaki berduit, asyik nak mengendeng
saja. Lebih-lebih lagi kalau punya paras
rupa dan penampilan. Dia rimas! Agaknya kalau dia seorang yang tak berkedudukan,
rupa pun biasa-biasa tentu perempuan liat nak dekat. Apatah lagi kalau dia tak
berkereta mewah. Tentu bukan saja tak nak dekat tapi pandang pun tak sudi.
Perempuan zaman sekarang, semuanya materialistik! Kebendaan!
ARSYIDA mengeluh perlahan, begitulah Azki. Selalu masuk ke biliknya dengan
kasar dan biadap. Rasa hormat Azki padanya sudah tidak ada. Mujur saja dia
berkuasa, jika tidak tentu Azki tidak akan mempedulikannya. Walau apa pun, dia
tetap sayangkan Azki. Bukan ke mudah kalau Azki seperti abangnya, Ishan? Tak
perlu dia buat perkara-perkara yang menyukarkan. Tapi dia tahu, Azki akan akur
juga kerana lelaki itu bergantung hidup padanya. Dia pasti, kalau bukan kerana
bayaran yang lumayan tak mungkin lelaki itu akan terus bekerja dengannya. Pasti
sudah lama Azki angkat kaki. Tapi siapa lagi yang sanggup menggaji Azki dengan
bayaran yang cukup tinggi? Segala keperluan dipenuhi jika Azki terus berada di
syarikatnya. Tapi itulah silapnya, sepatutnya bukan hanya meletakkan syarat
untuk bekerja saja tetapi prestasi kerja dari segi kedatangan dan kerjasama
antara pekerja lain haruslah memuaskan. Dia kesal kerana rasa tanggungjawab
Azki terhadap pekerjaan dipandang remeh. Dia tahu Azki sering menggunakan
kesempatan dan alasan tidak ke pejabat kerana berjumpa dengan pelanggan. Tidak hadir
mesyuarat kerana terlalu sibuk hingga terlupa. Tapi dari sudut yang lain dia
kagum yang Azki bisa mendapatkan pelanggan besar. Dia masih ingat apa yang Azki
pernah katakan padanya dulu.
“You tell me…mana satu yang lebih baik.
Bersusah payah mengumpul pelanggan kecil setiap bulan atau mendapatkan
pelanggan besar dalam masa sekali tetapi boleh mendatangkan keuntungan dalam
jangka masa yang panjang.” Ya, tak
dinafikan ada kalanya Azki memang bijak dalam mendapatkan pelanggan. Tak perlu
dia rasa risau terhadap keuntungan yang bakal dibawa oleh lelaki itu. Tetapi
dia tak boleh bertoleransi dengan sikap Azki yang malas ke pejabat dan tidak
mahu menghadiri mesyuarat. Dia sudah penat mendengar umpatan staf yang lain
tentang Azki. Dia tak mahu dikatakan berat sebelah atau pilih kasih dan
membiarkan terus lelaki itu jadi malas datang kerja dan tidak boleh bekerja
secara berkumpulan. Dah tiba masanya dia perlu ubah keadaan itu. Tak perlu
ambil tindakan drastik tetapi cukuplah mulakan dengan sesuatu yang kecil
dahulu. Dia tersenyum sendiri, tiba-tiba rasa seronok melihat reaksi Azki
ketika marah. Azki tak ubah macam dulu. Anak kecil yang begitu manja tapi
nakal. Anak kecil yang kalau permintaannya tidak dipenuhi, akan memberontak.
Azki just like before, never change!
PUAS Emili
mencari telefon bimbitnya sejak semalam. Dicarinya dalam beg sandang dan di
dalam bagasi walaupun dia pasti tak mungkin meletakkan telefonnya di situ.
Dicubanya juga menelefon telefon bimbitnya sendiri melalui telefon rumah, tak
juga kedengaran bunyi telefon meskipun talian berjaya disambungkan. Ah! Mana ni? Dia tak tahu nak cari di mana lagi.
Tiba-tiba dia teringat sesuatu. Alamak! Tak kanlah tertinggal dalam kereta
orang tua tu? Dia menghempaskan diri di atas katil. Terbayang rasa menyampah
dan benci. Nak dapatkan balik telefon bimbitnya dari Azki, tentu payah. Tak
kannya lelaki itu mahu menghantarkan telefon padanya. Memang mimpilah Azki nak
buat macam tu. Kalau lelaki itu buat pun tentu dicampak telefonnya itu melalui
pagar rumah. Ah...jahanam ler jawabnya phone
aku tu! Macam mana ler aku boleh cuai sangat ni?
Dia mengeluh, rasa begitu kecewa sekali. Banyak sangat
benda yang dirasakan begitu peribadi di dalam telefon bimbitnya itu. Tak mudah
nak biarkan begitu saja. Terpaksa juga dia cari jalan macam mana nak mendapatkan
semula telefonnya tanpa sebarang kecacatan atau kerosakan. Dia pasti saat ini,
telefonnya itu sedang digodeh oleh Azki. Ah, kenapa ler aku bodoh sangat tak
letak password? Dia menggenggam
rambutnya dengan kedua-dua belah tangannya macam orang yang kecewa putus cinta!
AZKI tersenyum puas, dibiarkan saja telefon yang berdering-dering sejak semalam.
Dia sengaja membiarkan telefon itu di dalam kereta tanpa berhasrat untuk
memulangkannya dalam masa terdekat. Dia pasti, tuan empunya telefon itu sedang
meroyan ketiadaan telefon itu. Lalai! Careless!
Memang padanlah semua benda kau tinggal! Kalau kepala tak melekat, memang boleh
jumpa kepala gadis itu bersepah di mana-mana. Bukan dia tak tahu sikap Emili
yang selalu cuai dalam menjaga barang keperluan sendiri. Pernah dulu, dia melihat
gadis itu dengan selamba tertinggal bra yang dilipat di hadapan tv. Tak tahu
malu langsung!
“Kau ingat aku suka sangat
ke nak tengok sampul nasi lemak 50 sen kau ni? Kau ingat kau sorang saja yang
duduk dalam rumah ni?” Soalnya sambil menolak bra dengan hujung kakinya.
“Ada aku kisah? Sapa suruh
tengok kalau tak suka?” Sambut Emili sambil berpatah semula mendapatkan bra
miliknya yang berwarna hitam itu.
“Kau ni nama aje perempuan tapi tak tahu malu. Semua benda kau nak
tunjuk ke?”
“Kau pun sama! Dah 20
tahun pun, boxer masih suruh Mak Eton
yang basuh! Hei....geli je!” Sahut Emili tak mahu mengalah.
Itulah yang buat Azki benci sampai sekarang. Gadis yang
muda empat tahun darinya itu rajin betul menjawab kalau dia bersuara. Memang
selalu buat dia hilang sabar. Tak pernah serik atau takut padanya. Bukan sekali
dua dia mengenakan gadis itu, banyak kali. Termasuk juga dengan menjetat kepala gadis itu. Sebab itu
jugalah dia bertekad tak akan tinggal sebumbung dengan gadis itu sebaik dia ada
wang sendiri. Mujur saja dia masih diberi kemewahan walaupun bersyarat. Ahhh.....keluhan
dilepaskan. Mahu buang rasa sakit hati jauh-jauh. Sehingga kini dia terpaksa
tunduk kepada perempuan bernama Arsyida.
Sebaik memakir kereta,
telefon bimbit milik Emili dimasukkan ke dalam glove compartment. Tak kuasa Azki nak bawa ke hulu ke hilir harta
benda gadis itu. Dia membetulkan tali leher sebelum melangkah. Biarpun
berkemeja, dia masih gemar mengenakan jeans. Tidak terlalu formal, ranggi tetapi masih kelihatan kemas dan bergaya.
Sebaik menjejakkan kaki ke
bahagian pemasaran, dari jauh dia sudah nampak seseorang yang sedang berada di
depan biliknya. Jantungnya terus berdegup kencang, rasa tak percaya. Terkejut
dan nak pengsan pun ada. Namun untuk berpatah semula sudah terlambat apabila
tiba-tiba saja Arsyida menghampirinya dari belakang.
“Good! Hari pertama ada secretary sudah datang awal. Come, let me introduce you to your secretary.”
Ujar Arsyida mendahului langkahnya. Dia tiada pilihan, terpaksa mengekori langkah
Arsyida yang tersusun itu. Semakin dia mendekati biliknya sendiri, semakin dia
merasakan dunianya semakin gelap. Kenapa perempuan itu? Sudah tiada perempuan
lain ke yang boleh dijadikan secretarynya?