Thursday, October 7, 2010

MOMEN INDAH!

Momen indah jarang-jarang berulang.
Mungkin ianya berlaku hanya sekali dalam hidup kita.
Ada momen yang dapat kita rakamkan, ada juga yang tidak.
Namun yang tidak dapat dirakam tak semestinya lupus dari ingatan.
Yang indah akan kekal indah dalam ingatan.
Momen indah itu amat dihargai kerana momen itu sesuatu
yang indah dan istimewa yang tak mungkin dapat dilupakan!

Antara momen indah yang dilalui dan dihayati bersama ;

Perjumpaan keluarga mak atok (sebelah abah)
di Serom, Muar raya ke 2. Ni baru keluarga Aishah (mak atok)
belum lagi adik-beradiknya yang seramai 8 orang.

Keluargaku di pagi raya......
Murfiqah Batriysia, 13/02/10 : Anak saudaraku yang comel sekali!

Dan di bawah ini antara momen indah anak-anakku......
Aqil yang tak reti duduk diam, ada saja tingkahnya yang mencuit hati!

Tatkala dia tersenyum, dunia ini bagaikan terhenti berputar!
Kan, ayat novel aku dah kuar!

Bahagianya melihat tawanya yang riang itu!

Saat dia melihat kita dengan pandangan yang polos,
kita tahu dia juga menyayangi diri kita!

Suka terselit dan menyelitkan diri dengan abangnya!

Si Fiqah bila berada di pangkuan Papa Mamatnya....dan
Rizq ambil peluang untuk menyibuk sama......
Inilah yang membuatkan aku ingin terus hidup,
melayari kehidupan bersama 3 lelaki yang aku
kasihi, sayangi dan cintai.
Tanpa mereka, mampukah aku jalani hidup ini dengan rasa bahagia.