Wednesday, June 11, 2008

Salam untuk semua!



Cantikkan pantai (gambar atas), di Kuala Abang, Terengganu!


Bulan Mei 2008 aku baru menjejakkan kaki ke pantai timur, itupun kerana adik lelaki bertunang. Jika tidak, tidak tahulah bila akan sampai ke sana. Perjalanan yang panjang, meletihkan tapi seronok. Maklumlah dapat melihat negeri orang.


Di Kelantan, aku jatuh cinta dengan nasi dagangnya. Bukan tidak pernah makan tapi yang dijual di JB ni tidak seenak dan sesedap di sana. Kat sana 'terangkat' betul makan nasi dagang, sampai bertambah-tambah! Memang suka sangat nak makan nasi dagang tu lagi...InsyaAllah bulan Ogos ni pergi lagi sebab adik nak kahwin, aku bantai cukup-cukup nanti!