Sunday, February 17, 2008

Anak lelaki atau perempuan???


Bagaimanapun sebagai umat Islam kita tidak boleh mempercayainya, namun kita diharuskan berusaha dan berdoa kepadaNYA kerana hanya dengan izinNYA barulah kita memperolehi apa yang dihajatkan.......InsyaAllah.

Sunday, February 10, 2008

Yang Jarang-Jarang Di dengar

Pepatah yang jarang sekali di dengar dan digunakan

Kalau laba bercikun-cikun,buruk diberitahu orang
Berdiam diri sewaktu dalam kesenangan, tetapi apabila susah
baru hendak mencari orang untuk meminta bantuan

Tidak tahu akan siput empuk
Orang yang terlalu bodoh

Hidup di hujung gurun orang
Hidup dalam penderitaan

Padam nyala tarik puntung
Di mana mati di situlah dikuburkan

Pecah kapi putus suai
Sesuatu yang tidak dapat dibaiki lagi

Pipit pekak makan berhujan
Orang yang sangat rajin

Begitulah indahnya budaya melayu, kata-kata kiasan/pepatah
menyimpan nasihat dan pedoman menjadikan budaya timur
kaya dengan bahasa.