Thursday, December 25, 2008

CICAKMAN 2 : PLANET HITAM


Sabtu, 20/12/08, aku menonton filem Cicakman 2 bersama teman baikku, LASIAH SALLEH. Kami bukan pergi berdua sahaja, tapi bersama anak-anak. Pada mulanya tak berniat pun hendak menonton filem itu, secara spontan saja kami mahu menontonnya selepas membeli barang kemas, hadiah untuk rakan sekerja yang akan menamatkan perkhidmatannya pada 28/12/08. Kawanku pulak, sempat tukar emas baru.......he he he bersinar cahaya keemasan di tangan kirinya!
Tapi kami terpaksa menunggu 2 jam sebab kami lambat tiba dan beli tiket. Kami beli tiket pukul 1.00 tgh sedangkan tayangannya baru saja bermula, nak tak nak terpaksa tunggu hingga pukul 3.00 petang. Sampai siap meronda-ronda Giant! Sempat aku rakam gambar anak-anak kami bersama patung MC D. Gambar tak berapa teranglah!

Anak-anak pula memang suka dan tak sabar hendak menontonnya. Asyik-asyik tanya, dah pukul 3.00 ptg ke blum? Maklumlah budak-budak, yang mak budak ni pulak maintain jerk, boleh berborak sakan sambil menunggu masa. Kami kalau dah bertemu memang tak ingat dunia, dah tak kisah alam sekeliling, berborak je.....macam-macam yang kami bualkan, sampai apek pakai seluar pendek (bukan seluar pendek biasa tapi seluar pendek yang terlalu pendek mcm amoi-amoi selelu pakai yg seksi tu) pun boleh jadi bahan bualan. Masa aku nampak saja apek seksi tu terus aku terbahak-bahak ketawa, tak boleh tahan. Trus aku bangun dan ajak kawan beredar dari situ. Tapi aku sempat lagi menoleh pandang apek seksi giler tu...keh keh keh.....

Ok, tepat jam 3.00 ptg kitaorang masuk ke pawagam dan menyaksikan filem ini dengan mood yg biasa-biasa jerk. Padaku citer ini boleh tahan, tapi watak Cicakman (Saiful Apek) kali ini macam kurang menyerlah saja, nampak watak Rrama pula yang lebih menarik. Overall, oklah...... Tapi lagu temanya aku suka. Pernah tengok tak video klip lagu ini, best, kan? Lain dari yang lain!

Aku sertakan lirik lagu tema filem ini,
Dibius Cinta : Melly & Yusry....


Kau membiusku dengan cinta
Cinta yang malu kukatakan
Kau membiusku dengan cinta
Sampai aku tak bisa berkata
Kau membiusku sampai aku jadi sering melamun
Memikirkan kita bisakah bersama
Aku dibius Cinta
Cintamu yang tak ada tandingan
Namun mungkin tak bisa
Entah ku tak tahu…

Kita yang malu hati untuk mengakui saling cinta
Usaha sekeras hati bersama selamanya

Aku dibius cinta…
Kau membiusku dengan cinta
Cinta yang malu kukatakan
Kau membiusku sampai aku jadi sering melamun

Memikirkan kita bisakah bersama
Aku dibius Cinta
Cintamu yang tak ada tandingan
Namun mungkin tak bisa
Entah ku tak tahu…
Kita yang malu hati untuk mengakui saling cinta
Usaha sekeras hati bersama selamanya
Aku dibius cinta…
Aku dibius cinta… Aku dibus cinta…












Monday, December 15, 2008

Aku & Dirimu - Bunga Cinta Lestari & Ari Lasso

Lagu ini mula mendapat perhatianku. Entah mengapa terasa enak dan romantis sekali, mungkin kerana bait-bait kata-katanya simple tapi padat. Liriknya mencuit hati dan naluri, lebih-lebih lagi kini aku sedang dalam proses pembikinan novel ke-2 (macam pembikinan filem pulak!). Novel ke-2, ada persamaan dan boleh aku katakan ianya seperti lagu ini. Tentang perasaan yang menyiksa, tentang cinta yang tak terungkap....


Aku belum letakkan judul pada novelku ini, tetapi mungkin juga tajuk lagu ini akan ku ambil dan gunakan. Mungkin 100% gunakan tajuk ini atau mungkin akan ku olah sedikit, mungkin Gazebo, Aku & Dirimu? Mungkin..... Aku belum putuskan lagi. Kenapa aku gunakan gazebo? Pastinya ada kena mengena, walaupun tidak menyeluruh cerita mengenai gazebo, tetapi aku gunakan gazebo itu sebagai lambang cinta.



Mengapa dan kenapa? Ahakss..... nantikan dan tunggu saja novel ke-2 ini menemui anda semua! Yang pasti kali ini aku gunakan penceritaan dari sudut 'aku' bukan seperti novel pertamaku. Genrenya masih lagi 'cinta & romantik' tapi ada ilmiah yang diketengahkan. Tentang dunia pekerjaan 'Sumber Manusia' & juga arkitek seni bina landskap.

Aku tak mahu buat penjelasan lebih lanjut, cukuplah aku katakan aku pun sangat suka dengan novel-2 yang masih aku usahakan ini. Harap pembaca pun suka juga. Sekarang mari kita layan lirik lagu ini! Zassst!!!!!!!


Aku & Dirimu.....
Tiba saatnya kita saling bicara
Tentang perasaan yang kian menyiksa
Tentang rindu yang menggebu
Tentang cinta yang tak terungkap

Sudah terlalu lama kita berdiam
Tenggelam dalam gelisah
Yang tak teredam
Memenuhi mimpi-mimpi malam kita

Duhai cintaku, sayangku, lepaskanlah
Perasaanmu, rindumu, s’luruh cintamu
Dan kini hanya ada aku dan dirimu
Sesaat di keabadian

Jika sang waktu bisa kita hentikan
Ohhh Dan segala mimpi-mimpi jadi kenyataan’
meleburkan semua batas
Antara kau dan aku, kita

Thursday, November 20, 2008

GADGET?




Zaman sekarang ni memang tak sah kalau tak ada gadget. Tak kiralah, handphone ke, mp3, PSP dan lain-lain......aku pun terjebak sekali. Mula-mula tu rasa handphone saja sudah cukup tapi tangan ni menggatal nak mp3 pula. Sekarang ni bila dah ada mp3 selalu dok berangan dengar lagu sebelum mata terpejam. Tapi aku memang suka dengar lagu sebelum tidur tapi dulu pakai phone. Bila hubby kata tak elok aku pun mintaklah mp3. Heh he he.....dapat juga...... Pastu anak aku plak sibuk nak PSP, hubby terpaksa pejam mata dan tersengih...bayor jelah....untuk anak dan isteri....




Wednesday, September 24, 2008

Lirik lagu : Butterfly – Melly & Andhika







Ketika waktu mendatangkan cinta
Aku putuskan memilih dirimu
Setitik rasa itu menetes
Dan semakin parah

Bisa ku rasa getar jantungmu
Mencintaiku apa lagi aku
Jadikanlah diriku
Pilihan terakhir hatimu

reff:
Butterfly terbanglah tinggi
Setinggi anganku untuk meraihmu
Memeluk batinmu yang sempat kacau
Karna merindu

Butterfly fly away so high
As high as hopes I pray
To come and reach for you
Rescuing your soul that previous messed up touching me and you

Jalan ini jauh
Namun kita tempuh
Bagai bumi ini
Hanya milik berdua
Biar ku berlebihan

Mendekatimu
Namun ku tunggu

Wednesday, September 10, 2008

RIZQ HAKIM


Anakku dah besar, dah graduate. Hi hi hi, bukan graduate dari U tapi tadika (6 tahun).

Tak sangka masa berlalu begitu pantas, tak sedar pejam celik, pejam celik, anak yang dulu

sebebsar tapak tangan kini dah bujang. Yang buat aku makin bangga padanya bila dia dah

start puasa. Alahai, aku dulu umur 12 tahun pun puasa masih tak cukup. Budak sekarang

memang kuat semangat, puasa walaupun tak larat...... semuanya kerana dorongan yang
begitu kuat dari mak bapak. Aku dah janji dengan anak aku, kalau dapat puasa 20 hari, nak
belikan dia PS. Tak taulah nak beli PS2 atau PSP, itupun kalau dapat capai 20 hari ler. Saja
nak beri dia galakkan, nampaknya dia bersemangat walaupun pukul 6.30 petang melepek
dan tak larat nampaknya. Anakuku, anakku......


Thursday, August 28, 2008

Bollywood !!

Aku pasti ramai peminat filem Bollywood kan? Walaupun kebanyakan ceritanya stereotype, tapi kita masih 'gian' nak tengok cerita mereka. Mungkin kerana;
1) Kecantikan atau ketampanan pelakonnya
2) Ada lagu & tarian (syok tengok mereka menari)
3) Cerita yang kadang kala tak masuk akal (dah kena tembak pun boleh bangun lagi)
Dan banyak lagi faktor yang membuatkan kita masih ingin menontonnya.

Pelakon pujaanku......Best gak cerita Om Shanti Om ni.....







Monday, August 18, 2008

ADIK KAHWIN !

Adik no 2 (Eary) kahwin! 15/08/2008 (Jumaat), Kelantan.
Penatnya, maklumlah pasangannya (Naili) orang Kelantan. Bertolak 6.30 pagi sampai sana 9.00 malam. Tapi sempat juga aku singgah makan tengahari di Kuala Terengganu dan ber-shopping di Pasar Payang. Adalah sikit beli barang, kain batik (Noor Arfa) dan sedikit cenderahati (replika penyu - comel). Alhamdulillah, semuanya selamat dan berjalan lancar. Tapi gambar tak banyak sebab gambar belum cuci dan yang ada ni pun ambil dari kamera, tu pun tak berapa clear.

Orang Kelantan sambut orang Johor bukan main gempak, siap ada pertunjukkan silat (cara mereka), tinju (ala-ala tomoi) dan malam pula ada persembahan dikir barat. Seronok dapat lihat dikir barat, teringat zaman sekolah dan annual dinner (2007).

Bersama duit hantaran RM8,888.00.

Sibuk Rizq Hakim enter frame!